Followers

Tuesday, April 11, 2017

5 bulan 1 hari








ayah garang. sebenarnya takdelah sangat bila difikirkan balik.
ayah orangnya tak banyak bercakap sangat dengan anak-anak.
aku percaya, bukan aku sorang je dapat ayah macam ni.
tapi, bila ayah dah bercakap, benda tu memang penting sangat.

ingat lagi,
waktu zaman sekolah rendah,
kami adik beradik cukup takut dengan ayah.
contohnya bila hal di dapur,
bila nak tengah hari je, aku tak boleh duduk senang lenang dekat depan tv atau kat mana je lah.
mesti kena ke dapur, tolong mak masak.
kalau tak tolong, boleh nampak ayah pandang lain macam je dekat aku.
itu pandangan suruh pergi tolong mak dekat dapur.
hasilnya, masakan yang boleh dibanggakan waktu sekolah rendah adalah ikan masak asam pedas. ok lah tu kan.

pernah sekali,
ayah tegur kami adik beradik,

"hangpa ingat mak hang orang gaji ka? pinggan sendiri tak reti nak basuh. ada pulak kuli yang nak pi basuh pinggan hangpa tu"

lepas kena tegur tu, lepas makan je kami terus pi basuh pinggan sendiri. takdak dah orang lain basuh.

kadang tu, bila ayah balik dari menjala ke, mancing ke, aku kena panggil.

"kak, pi siang ikan tu."
 kadang tu ada ikan sembilang, ikan putih, macam2 ikan lah.
ayah duduk tepi, tengok aku siang ikan.
kalau salah, ayah ajar cara siang ikan yang betul.

takdelah macam adik beradik lelaki aku yang lain,
depa berdiri keliling tengok aku siang ikan,
lepas tu cakap, "macammana kau siang ikan ni kak?"
depa ni memang kecoh je. tapi jadi penyeri lah jugak kat rumah tu.

bila dah besar ni, takde dah macam dulu.
phone ayah takde whatsapp.
aku selalu dapat gambar dari no phone sape tah. mungkin kawan ayah.
gambar muka ayah happy dapat ikan.
kadang, gambar ayah berkebun pun ada.
muka semuanya happy.

maafkan akak, ayah.