Followers

Thursday, March 16, 2017

Sarah #offmarket




Bismillah. 



Sambil mengisi isi dalam goodies bag untuk walimah sarah, sambil tu berborak dengan auntie hajar. borak dalam loghat nogoghi pulak tu. jadi rare sekejap. selalu loghat kat kampung je. banyak topik yang dibincangkan sampai lah ku tahu auntie hajar ni kerja sendiri sebagai freelance translator. banyak tips yang auntie bagi kalau nak kerja sendiri. ku tanya pun sebab ada niat untuk kerja sendiri dalam jangka masa panjang. means in future inshaAllah. 


bila borak part sarah, auntie tu tanya,
"you all ni ambil law jugak ke dengan sarah?" 

aku pun jawab, "eh, tak lah. saya tak belajar sama dengan sarah. lain ipt. hehe. tapi kenal dekat uia lah jugak."

in short, boleh lah nak cerita yang ku kenal sarah ni dekat dalam bilik dia. 
kawan-kenal-dalam-bilik-mahallah-safiyyah. 2013. haa. gitteww.

sebab, ku selalu lepak bilik sarah. sarah ni salah seorang roomate kawan aku, dijah namanya. 
dijah panggil sarah, 'kak sarah'. 
aku pun panggil kak sarah. sekali kena tegur dengan dijah,

"kak fadh, kak sarah sebaya dengan kak fadh laa." (perasan muda kau ye, fadh. haha..)

sarah ni busy la jugak. ye lah, ambil law kan. bila datang bilik dia, dia tengah study gitu. takde lah nak kacau sangat. 

pernah la ada dalam perbualan aku dengan sarah ni, 
sarah: "fadh amik course ape dekat usim?"
aku: "ambil course actuary."
sarah: "owhh, adik kita pun amik actuary jugak. fadh tak kenal kot.hehe."
aku: "maaf lah, kita memang tak kenal sangat junior ni.. huhu."
sarah: "kiranya awak ni satu batch dengan ahmad zahiruddin lah ye."
aku: "haah, mana tau ni?"
sarah: "adik kita ada lah cerita sikit waktu family day actuary haritu."
aku: "owhh"

(aku tak pergi family day tu. taktau lah kot ahmad ni famous dlm kalangan junior. haihh. hahaa)
ni tahun 2013. 


bila aku pindah seremban, kitorang still keep in touch sampai sekarang. main badminton, buka puasa bersama. beraya bersama. 

Feb 2016. 
sarah tanya tentang peribadi ahmad. well, dekat situ aku macam tak sangka. tetiba teringat perbualan aku dengan sarah waktu dalam bilik dia dulu. tak sangka lah kannn. (sebenarnya aku tunggu je soalan dari sarah sebab aku dah tahu sikit2 lah pasal ni. tak terkejut sangat cuma tak sangka.hehe.)

one of her question is,
"macammana Quran dia?" (bagus betul kan soalan Sarah)

.
.
.

alhamdulillah, semuanya berjalan lancar sampailah diakad nikah kan pada 12 Mac 2017. 😊

dalam tak sangka, tak percaya tu, 
alhamdulillah, semuanya dipermudahkan oleh Allah. 

Barakallahu lakuma wa baraka 'alaikuma wa jama'a bainakuma fil kheyr for both of you, Ahmad Zahiruddin & Nur Sarah.

Semoga bait muslim yang dibina dilimpahi mawaddah, sakinah dan rahmat. Moga bahagia hingga syurgaNya. Amin. 






*first time jadi orang tengah (lebih kurang la)

video

                                                             video akadnikah #ahmadsarah


No comments: