Followers

Wednesday, March 8, 2017

masak lomak cili api nogoghi




"penat ke kak?" tanya mak kepada aku. 


"takde lah penat sangat mak. hee. nak citer dekat mak, aktiviti akak harini ada program ala2 picnic gitu. yang best nya, masak lomak cili api guna dapur kayu. dah lama tak masak guna dapur kayu. teringat time kecik2 dulu.huu"


"tu lah. sekarang ni semua dah senang. nak masak, hidup je kan dapur gas.
nak basuh baju, tekan je dekat mesin basuh.
tapi tu pun, ada lagi rasa susah nak buat. " 
tudia bila mak berkata. 

sentap kita. haa..


share sikit resepi masak lomak cili api original oghang nogoghi punya.


cili api segenggam
kunyit hidup
serai
ikan
asam keping
santan


cara-cara:

1. siang ikan, tak payah selar ikan pun takpe. sebab nak masak gulai kan..
2. tumbuk cili api dan kunyit hidup guna lesung batu.
3. masukkan bahan yang ditumbuk bersama ikan.
4. terus letak atas api. tak perlu letak minyak masak. bagi sampai keluar air sikit dan rasa macam ikan tu dah sebati dengan bahan. letakkan serai yg dah diketuk.
5. masukkan santan.
6. letak asam keping. untuk elakkan bau hanyir. biarkan sehingga menggelegak. tutup api.
7. sedia dihidang.

*tak perlu letak bawang.



No comments: