Followers

Friday, March 17, 2017

ibarat irama dan lagu (Hanis & Zuff)



Bismillah.

first of all, im sooooo sorry to zuff and hanis sebab lambaaaat sangat post tentang korang berdua. sampai dah ada aleesya baru nak buat post tentang korang. well, janji tetap janji. walaupun aku dah banyak tak ingat sangat, janji kena ditepati walau dah bertahun. πŸ˜‚


sebelum post ni dibaca sampai ke penghujungnya, harap bersabar untuk membacanya ya. 


kisah ni special untuk hanis dan zuff sebab dulu-dulu pernah janji nak buat satu post tentang depa berdua ni. macammana depa kenal sampai lah ke jinjang pelamin and sampai dapat aleesya sekarang. (dulu-dulu, i love write in this blog. walaupun banyak yang merapu.) 


zuff and hanis. malu2 lagi time ni

siapa hanis and zuff ni? (tengok gambar diatas) haa. depa berdua ni classmate ku zaman belajaq dekat usim dulu. satu2 nya pasangan yang menjadi hingga ke jinjang pelamin. buat masa ni lah kann. tak tahu lah in future ada tambahan lagi ke tak. who knows? hehe. 


waktu second year, hanis dengan zuff ni selalu dijadikan 'bahan' dalam kelas dengan classmate yang lain. biasa lah. waktu tu boleh dikatakan ramai yang nakal sikit. bila ada kelas je, nama hanis selalu dikaitkan dengan zuff. 

bila dah third year, nama hanis dengan zuff ni dah jarang disebut dalam kelas. dah takde kena kacau lagi dengan classmate yang lain. sampailah zaman praktikal. boleh dikatakan senyap daripada bahan gosip. taktahu macammana boleh jadi senyap. 

waktu third year ni lah, kalau tak silap. hanis ni asyik pening kepala sebab ramai lelaki yang nak masuk meminang dia. tapi, semuanya ditolak. salah satu alasan dia adalah sebab masih belajar lagi. ni apa yang aku dengar dari maryam (yam) dan hanis ni selalu menyinggah rumah sewa kami dulu. so, banyak la cerita yang kami tahu. waktu tu lahh. hanis ni boleh dikatakan perempuan yang comel la. muka ada muka keibuan. kira beruntung lah siapa yang dapat dia. (jangan kembang sangat ye hanis 😜) 


bila zaman praktikal, kurang sikit nak update tentang classmate ni. sampailah waktu wani kahwin dengan piki. tahun 2013 kan, kalau tak silap. 

waktu wani kahwin, kami (ladies) ramai yang datang nikah and walimah wani. siap tidur situ lagi. ye lah, orang yang pertama kahwin dalam batch kita waktu tu. 

waktu tu, takde whatsapp, zaman teknologi tak berkembang macam zaman sekarang ni. phone nokia 3310 pun wujud lagi time ni. kalau tak silap, zaman tu tengah famous dengan bbm. aku pun takde bbm waktu tu. so, everything on facebook. group actuary pun hanya wujud dalam facebook je. (sekarang ni dah tak aktif group tu. sadis betul)

waktu tu, girl's actuary ni post lah gambar dekat group tu. dan macam2 komen dibaca. sampai ada satu komen tu dari zuff sakat hanis kalau tak silap. waktu tu, hanis macam malu sangat. blushing gitu dekat dalam bilik wani. hahaa. then, girl's actuary yang lain ni pun kacau hanis. aku pulak buat muka blur sebab tak tahu cerita. rupa-rupanya, waktu tu hanis and zuff dah ada relationship lah lebih kurang. im not sure waktu tu zuff dah datang rumah hanis ke belum. 

alkisahnya, (cerita baru nak mula. panjang nau mukadimah nya. harap bersabar ye)

depa ni ada yahoo group (tak ingat group apa tapi group dalam emel lah) waktu praktikal. dalam group ni kalau tak silap, ada yam, hanis, arif dengan zuff. kalau tak silap lah sebab tempat praktikal depa ni dekat-dekat je. buat group untuk hilangkan kebosanan waktu praktikal kot, i guess. 

dalam group ni lah zuff mula buat move dekat hanis. tak ingat lah apa yang zuff cakap time tu kan. aku pun dah tak ingat.  
then, sampailah conversation yang hanis cakap, (lebih kurang gini lah ayatnya)
"kalau serious, datang lah rumah"   - ni yam yang cerita dekat aku. marah dekat yam kalau cerita ni salah. hahaa. 

lepas tu, zuff datang rumah family hanis. sorang-sorang tak silap. zuff bawak keropok lekor. bagi umpan dekat abah hanis. hahaa. eh, umpan ke. lebih kurang lah ye zuff. 

lepas tu, mula lah step bertunang sampai lah ke kahwin. 

apa yang aku rasa waktu tu lah, dengan perbuatan zuff,
zuff ni boleh dikatakan gentleman lah jugak. hahaa. (puji lagi)
sebab dia terus jumpa family hanis. takde dating bagai. (perempuan lebih suka lelaki macam ni lah)
lagi satu, zuff ni pandai lah jugak. dia jumpa family hanis lepas dah habis study. means dah habis zaman hadap buku and exam etc. 


aku pernah lah tanya soalan dekat hanis waktu makan2 dekat kl sentral.
"kenapa ramai2 lelaki yang nak dekat hanis, hanis pilih zuff? bukan ke hanis tak suka zuff.." hahaa. 
betul lah. waktu zaman kena kacau tu, boleh dikatakan hanis ni memang tak suka zuff. perangai zuff pun tak semenggah je waktu tu. perangai nakal-suka-kacau-orang (zaman tak matang)

hanis jawab, 
lambat jugak dia jawab. dia senyap mula2. dalam beberapa saat lepas tu, baru hanis bukak mulut,
"sebab nampak zuff serious bila dia datang jumpa family. and sebab istikharah lah jugak."

aku macam tak sangka lah kan. yang zuff dengan hanis ni jadi sampai kahwin.
pejam celik pejam celik, dah nak masuk 3 tahun kan usia perkahwinan korang berdua. 


waktu hanis kahwin tu pun, girl's actuary pun stay dekat homestay (selang dalam 2-3 buah rumah hanis). siap ada baju tema lagi. orang lain semua duk pikir kita ni bridesmaid hanis. πŸ˜† waktu tu jugak dapat good news dari ziey. ziey tunjuk cincin tunang dia. then, malam tu duk tengok gambar majlis tunang ziey. ni cerita lain. ziey kenal pun tak lama. nak dijadikan dunia ni kecik je sebenarnya. tunang ziey tu satu sekolah dengan azim-yang-bijak-pandai. sekarang ni dah jadi suami isteri dah pun. dah ade sorang anak lagi. alhamdulillah. 


so, nak buat konklusi dekat sini, asal ada majlis kahwin classmate je, mesti ada good news lain which is someone will get married soon. macam hanis, zuff and ziey. 
minggu lepas, walimah ahmad sebelah sarah. baru ni dapat good news from yaya pulak. nak nikah katanya. alhamdulillah, tahniah yayaaa. Moga dipermudahkan segala urusan.
(kan i dah kata. betul lah konklusi yang i buat ni. hewhewhew)

and alhamdulillah, walimah ziey pun boleh dikatakan semua girl's actuary turun kelantan. 
boleh lah kan masuk part ziey sikit. mohon izin ye hanis and zuff. ahaa. 


in short, alhamdulillah. pasangan comel ni pun dah dikurniakan seorang anak yang cute lagi miut. namanya aleesya. tak ingat nama panjang aleesya. maafkan ku sekali lagi ye. huhuu.

aku harap, janji yang dulu tu dah settle ya. walau tak jadi macam cerita kisah cinta pun. ampun ya. almaklumlah, dah lama tak menulis. 😜

bawah ni, ada lah beberapa keping gambar untuk kenangan. 

aku suka make up hanis waktu ni. simple je. time ni tangan zuff berpeluh kot nak pasang cincin dengan gelang tangan. hahaa

dengan madam karmila. rindu nak belajar dengan madam lagi. banyak yang praktikal.

gambar blur sebab amik dalam insta je. (awat kiki selalu takde) 

aleesya waktu ziarah baby mukmin (anak jiey) - comel kann.😍 tengok lah mama ayah dia. 

mama and aleesya😍😍 (comel kann dua-dua walau shawl hanis senget. hahaa)



ni gambar aleesya yang latest. jadi model dah sekarang ni. comel ya amat. geram dah ni. (gambar curi dari ig hanis. mohon izin ye hanis. )





post ni banyak puji depa berdua comel. takpe lah, lama tak jumpa. sesekali aku puji. lepas ni tak yah nak puji dah. hehe. 



last but not least, moga perkahwinan Hanis & Zuff sentiasa berada dalam lindungan rahmat Allah. berkasih sayang kerana Allah. susah senang bersama. bahagia hingga ke Jannah, inshaAllah.

Thursday, March 16, 2017

Sarah #offmarket




Bismillah. 



Sambil mengisi isi dalam goodies bag untuk walimah sarah, sambil tu berborak dengan auntie hajar. borak dalam loghat nogoghi pulak tu. jadi rare sekejap. selalu loghat kat kampung je. banyak topik yang dibincangkan sampai lah ku tahu auntie hajar ni kerja sendiri sebagai freelance translator. banyak tips yang auntie bagi kalau nak kerja sendiri. ku tanya pun sebab ada niat untuk kerja sendiri dalam jangka masa panjang. means in future inshaAllah. 


bila borak part sarah, auntie tu tanya,
"you all ni ambil law jugak ke dengan sarah?" 

aku pun jawab, "eh, tak lah. saya tak belajar sama dengan sarah. lain ipt. hehe. tapi kenal dekat uia lah jugak."

in short, boleh lah nak cerita yang ku kenal sarah ni dekat dalam bilik dia. 
kawan-kenal-dalam-bilik-mahallah-safiyyah. 2013. haa. gitteww.

sebab, ku selalu lepak bilik sarah. sarah ni salah seorang roomate kawan aku, dijah namanya. 
dijah panggil sarah, 'kak sarah'. 
aku pun panggil kak sarah. sekali kena tegur dengan dijah,

"kak fadh, kak sarah sebaya dengan kak fadh laa." (perasan muda kau ye, fadh. haha..)

sarah ni busy la jugak. ye lah, ambil law kan. bila datang bilik dia, dia tengah study gitu. takde lah nak kacau sangat. 

pernah la ada dalam perbualan aku dengan sarah ni, 
sarah: "fadh amik course ape dekat usim?"
aku: "ambil course actuary."
sarah: "owhh, adik kita pun amik actuary jugak. fadh tak kenal kot.hehe."
aku: "maaf lah, kita memang tak kenal sangat junior ni.. huhu."
sarah: "kiranya awak ni satu batch dengan ahmad zahiruddin lah ye."
aku: "haah, mana tau ni?"
sarah: "adik kita ada lah cerita sikit waktu family day actuary haritu."
aku: "owhh"

(aku tak pergi family day tu. taktau lah kot ahmad ni famous dlm kalangan junior. haihh. hahaa)
ni tahun 2013. 


bila aku pindah seremban, kitorang still keep in touch sampai sekarang. main badminton, buka puasa bersama. beraya bersama. 

Feb 2016. 
sarah tanya tentang peribadi ahmad. well, dekat situ aku macam tak sangka. tetiba teringat perbualan aku dengan sarah waktu dalam bilik dia dulu. tak sangka lah kannn. (sebenarnya aku tunggu je soalan dari sarah sebab aku dah tahu sikit2 lah pasal ni. tak terkejut sangat cuma tak sangka.hehe.)

one of her question is,
"macammana Quran dia?" (bagus betul kan soalan Sarah)

.
.
.

alhamdulillah, semuanya berjalan lancar sampailah diakad nikah kan pada 12 Mac 2017. 😊

dalam tak sangka, tak percaya tu, 
alhamdulillah, semuanya dipermudahkan oleh Allah. 

Barakallahu lakuma wa baraka 'alaikuma wa jama'a bainakuma fil kheyr for both of you, Ahmad Zahiruddin & Nur Sarah.

Semoga bait muslim yang dibina dilimpahi mawaddah, sakinah dan rahmat. Moga bahagia hingga syurgaNya. Amin. 






*first time jadi orang tengah (lebih kurang la)


                                                             video akadnikah #ahmadsarah


Wednesday, March 8, 2017

masak lomak cili api nogoghi




"penat ke kak?" tanya mak kepada aku. 


"takde lah penat sangat mak. hee. nak citer dekat mak, aktiviti akak harini ada program ala2 picnic gitu. yang best nya, masak lomak cili api guna dapur kayu. dah lama tak masak guna dapur kayu. teringat time kecik2 dulu.huu"


"tu lah. sekarang ni semua dah senang. nak masak, hidup je kan dapur gas.
nak basuh baju, tekan je dekat mesin basuh.
tapi tu pun, ada lagi rasa susah nak buat. " 
tudia bila mak berkata. 

sentap kita. haa..


share sikit resepi masak lomak cili api original oghang nogoghi punya.


cili api segenggam
kunyit hidup
serai
ikan
asam keping
santan


cara-cara:

1. siang ikan, tak payah selar ikan pun takpe. sebab nak masak gulai kan..
2. tumbuk cili api dan kunyit hidup guna lesung batu.
3. masukkan bahan yang ditumbuk bersama ikan.
4. terus letak atas api. tak perlu letak minyak masak. bagi sampai keluar air sikit dan rasa macam ikan tu dah sebati dengan bahan. letakkan serai yg dah diketuk.
5. masukkan santan.
6. letak asam keping. untuk elakkan bau hanyir. biarkan sehingga menggelegak. tutup api.
7. sedia dihidang.

*tak perlu letak bawang.