Followers

Thursday, November 24, 2016

pergi terlalu awal - ayah

Bismillah. 


ada waktu yang kita akan teringat dengan orang yang kita sayang, tapi dah tak boleh nak jumpa lagi dekat dunia ni. waktu tu kita rasa macam tak boleh nak move on.

satu satu memori yang pernah kita cipta bersama akan teringat sampai nak ulang balik masa tu. rasa nak jumpa sangat tapi kita tahu, kita takkan boleh jumpa orang yang dah tinggalkan dunia ni lagi.waktu tu air mata dah tak terkeluar.. kita akan jadi senyap. taknak bercakap dengan orang. dan rasa nak duduk seorang diri. orang bermesej, ber whatsapp, semua kita tak balas. 

kita akan asyik termenung sampai tak sedar rupa-rupanya kita tengah termenung. 
Allahu. 

Engkau saja yang tahu perasaan aku. 
secara zahirnya, alhamdulillah sihat dengan nikmat kesihatan yang Kau berikan. 
ku tahu ajal maut memang dah ditentukan dan kena redha dengan pemergian orang yang kita sayang. 
sebab, dia hanyalah pinjaman semetara. 
dengan kematian, Kau ingatkan kepada kami bahawa semua milik kita di dunia ni hanya pinjaman. semuanya Engkau punya. 
dan bila-bila masa Kau boleh ambil semula. 

kali terakhir jumpa ayah, bulan 9. akak balik bulan 10 tapi ayah keluar pergi Pahang. 

masih terngiang-ngiang dekat telinga ni, ayah cakap dekat akak,

"kak, ayah dah tak lama dah ni."

masa tu, akak fikir, 'apalah ayah ni. mengarut je.' sebab waktu tu ayah sihat. 

sebenarnya, ayah dah cakap dengan ramai orang yang dia dah tak lama. tapi tak sangka, apa yang ayah cakap tu betul. 

tahun ni memang terasa lain lagi-lagi waktu raya. for the first time, ayah layan anak-anaknya bergambar. gambar selfie pun layan. waktu tu kami seronok sangat-sangat. ayah spend masa dengan kami. layan cucu. seronoknya waktu tu.


ayah... (mata panas pulak) 

harini cukup 14 hari ayah pergi. harini hari khamis. bila tengok jam pukul 7 pagi, akak akan teringat ayah. waktu tu lah ayah pergi. ayah nak tau tak, ayah pergi senang sangat. mak cakap, nampak ayah macam tidur je. kami semua terkejut yang ayah dah pergi. 

ingat lagi bila didi call akak, cakap ayah dah takde, akak cakap dekat didi,
"jangan main-main dengan benda macam ni." lepas didi letak fon, Allah je tau perasaan masa tu... bukan ke pagi tu apis dengan nudin nak bawak ayah pergi klinik sebab batuk ayah tak elok...


ayah...

terima kasih ayah...
sebab membesarkan kami sampai sekarang. 
maafkan kami sebab tak sempat nak balas jasa ayah. 
kami sayang ayah walau tak bercakap sangat. 
sebab kami tau, itu cara ayah. 
ayah suka bagi nasihat dekat akak. 
akak suka dengar nasihat ayah.
suka dengar cerita ayah...

cepatnya masa berlalu. 
awalnya Allah jemput ayah. :')


ayah, 
akak akan sentiasa sedekahkan al-fatihah buat ayah. 
moga ayah ditempatkan bersama orang yang beriman dan beramal soleh. 


Allahyarham Ismail bin Zainal Abidin
13 September 1957 - 10 November 2016
59 tahun.

Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fu'anhu.


#akakmenangislagi #staystrongfadh #youneedtomoveon 

*maafkan saya jika saya tak balas mesej/whatsapp. (telegram dah uninstalled. nanti saya install semula. bila saya dah ready untuk berhadapan dengan semua orang dan juga komitmen) 
*terima kasih sebab memahami. 
*i need more time.



No comments: