Followers

Monday, November 7, 2016

#NotaKehidupan1










disaat sepetang bersama housemate, 
hanya berdua, azie dan dila. 

"asar dah masuk. jom solat jemaah sama-sama." ajak dila kepada azie.
usai sahaja solat asar, azie dan dila membaca al-mathurat bersama. tatkala azie membaca doa rabithah, terdengar pitu rumah dibuka. oh ya, iza dan ida baru balik dari kerja. ternampak kami membaca mathurat, mereka duduk bersama. sedang azie membaca doa rabithah, terdengar seperti suara menangis daripada azie. 

"haish, sedih la pulak." kata azie. dila memandang wajah azie. lama. begitu juga dengan iza dan ida. kemudian iza ke arah azie sambil memeluk azie. 

"kak dila, tolong sambungkan doa." kata iza. 
"takpe. boleh teruskan baca." kata azie pula kepada kami. sekejap sahaja membacanya, bacaan doa tak dapat diteruskan. dila menyambung bacaan doa sambil hati menghayati bacaan doa rabithah itu.

antara bait-bait doa rabithah yang dibaca, 


Ya Allah, sesungguhnya Engkau mengetahui bahawa sesungguhnya hati-hati kami ini,
telah berkumpul kerana cinta-Mu,
dan berjumpa dalam ketaatan pada-Mu,
dan bersatu dalam dakwah-Mu,
dan berpadu dalam membela syariat-Mu.
Maka ya Allah, kuatkanlah ikatannya,
dan kekalkanlah cintanya,
dan tunjukkanlah jalannya,
dan penuhilah ia dengan cahaya yang tiada redup,
dan lapangkanlah dada-dada dengan iman yang berlimpah kepada-Mu,
dan indahnya takwa kepada-Mu,
dan hidupkan ia dengan ma'rifat-Mu,
dan matikan ia dalam syahid di jalan-Mu.
Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.




Amin ya Allah. 














No comments: