Followers

Tuesday, May 24, 2016

Perjalanan

Bismillah..


Kisah perjalanan ke tempat kerja.

boleh dikatakan ada je perkara yang boleh aku ambil sepanjang perjalanan sambil tengok sekeliling dan keindahan alam.

harini, sedang aku tengah menunggu trafic light bertukar warna hijau, ku lihat jalan sebelah di hadapan ku kereta berjalan perlahan. trafic light di sana dah bertukar warna hijau. ada 2 buah lori yang besar di sebelah kirinya. di tengah2 nya kulihat ada satu motor yang enjinnya mati. start berkali2 tapi belum berjaya. kereta di tepi melaju terus memotong laluan motor di tengah2 tu.

yang bawa motor tu seorang indian. di belakangnya ada alat pemotong rumput. mungkin bekerja sebagai pemotong rumput. motornya,aku lihat dah uzur sangat. entah kenapa aku rasa sayu. dah la baru lepas hujan. jalan pun masih basah.

bila hujan je dan hatiku rasa sayu, aku selalu terfikir,
'harini siapa yang meninggal dunia ye?'

kejadian lain,

hari yang sebelumnya,

waktu dalam perjalanan jugak, tetiba kereta di hadapan ku berhenti. aku fikir, dah kenapa berhenti di tengah2 jalan ni?

lepas tu, aku nampak, seorang uncle lalu membawa basikal. di belakangnya ada banyak kotak2 dan besi. mungkin nak dibawa ke tempat kitar semula. uncle tu usianya mungkin dalam lingkungan 60-an.aku lalu bersebelahan uncle tu dan uncle tu senyum pada aku.  entahlah. semua ni mengusik jiwa aku.

terkadang, kita rasa kehidupan kita susah. banyak cabaran dan dugaan yang Allah nak uji. Tapi, sebenarnya ada lagi kehidupan orang lain yang lebih susah daripada kita dan masih tersenyum. :)