Followers

Monday, July 13, 2015

Ramadhan 1436H

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt. :)

27 Ramadhan 1436H

Alhamdulillah, ya Allah. Kau masih kurniakan bulan Ramadhan kepadaku pada tahun ini. 

10 malam terakhir, Allah mudahkan untuk diriku untuk beriktikaf di masjid Negeri, Seremban. :)
satu pengalaman yang menarik untuk dikongsi. dah bertahun aku tak pergi Masjid Negeri walaupun anak orang nogoghi. ;)

First time beriktikaf dekat situ bersama kawan2ku. tak tahu pun Qiam jemaah nya pukul 3 pagi. makcik dekat situ kejut aku pukul 2.30 pagi untuk bangun Qiam. awal sungguh.kiranya aku tidur dalam sejam setengah je time tu. tapi, badan segar je. Allah permudahkan lagi. :')

apa yang lain dengan masjid lain?
for the first time in my life, aku buat solat sunat tasbih. ikut imam la time tu. ada la beberapa kali kaki ni menggeletar menahan. duhh. memang tabik dengan makcik2 ni yang buat solat sunat tasbih yang panjang tu. aku mengadu dengan kawan aku,

"kau tahu tak, ni first time aku buat solat sunat tasbih. sakit kaki. " -aku-
"bagusla tu. mula2 je rasa macam tu. (senyum) -kawan-
"aku pun macam tu jugak dulu, tapi bila fikir balik sebenarnya seronok bila buat solat sunat tasbih ni. kita memuji Allah dalam solat.fadilat dia pun banyak." -kawan-
"lagipun, cuba kau fikir zaman Rasulullah dulu, para sahabat solat berjam-jam pun takde rasa macam kita rasa. para sahabat seronok je buat... kita pun boleh buat jugak, sebenarnya. hmm." -kawan-

speechless.

Alhamdulillah ya Allah, atas nikmat yang Kau berikan buat kami. :')

jumpa makcik yang kami kenal, nampak matanya bengkak. menangis mungkin disaat imam membacakan doa. ya Allah, moga Engkau berikan kemanisan iman yang kami dambakan. 

bersahur. 
berbumbungkan langit dan bulan. indahnyaaa. saja je bersahur dekat luar masjid. :)

ada kawan yang tengah sarat pregnant pun beriktikaf sekali. Subhanallah.

********************************************************************

malam kedua beriktikaf,

kelihatan beberapa orang revert hadir untuk beriktikaf. MasyaAllah. 
Alhamdulillah, diberi peluang lagi untuk hadir ke Masjid Negeri untuk beriktikaf. 

aku suka beriktikaf dekat masjid ni sebab buatkan diri aku fokus pada Allah semata. Plus, hati jadi tenang je. banyak yang aku belajar dengan orang sekeliling. 

aku lihat, yang hadir beriktikaf ramai makcik2 yang sudah berusia. umur sepertiku, boleh kira berapa. ada yang umur lebih kurang denganku, lepas iktikaf, bersiap2 untuk pergi kerja. bersiap dari masjid. salah satu inisiatif yang baik untuk yang lain praktikkan.

Alhamdulillah ya Allah. 
Syukur, alhamdulillah. :)


jazakillahu khairan kathiran kepada temanku. :)


*malam ketiga, Allah bagi cuti. :')

No comments: