Followers

Monday, June 8, 2015

Almarhum Hj Ujang bin Amat

6 Jun 2015

6:53 am: didi call ajak pergi tengok atok dekat hospital. atok kritikal. didi suruh baca dalam group whatsapp tenaka. 
sementara tunggu didi sampai, aku baca yasin dengan housemate. selesai baca yasin.

7:15 am: notification daripada group whatsapp tenaka tekauu. 
Pak Ngah: "atuk dah meninggal dunia..pukul 7 ni tadi." terdiam. atok dah takde?

Innalillahi wainna ilaihi rajiun. :'( 

pak cik dari Pasir Besar.
Induk dari KL.
mak, mak teh, maklong dari kampung. 
tak sempat sampai HTJ.. atok dah takde.

jenazah atok dimandikan dekat HTJ.semua anak lelaki atok dengan cucu mandikan atok. genap seminggu atok dekat HTJ. 

10:11 am: jenazah atok sampai kampung. suasana suram. sedara mara datang... baca yasin. 
cari mak. peluk mak kuat2. mak, sabar ye...

semua anak, cucu cium atok buat kali terakhir. sebak. tengok muka atok. atok senyum. macam orang tidur. 
apak: "tengok atok kali terakhir. lepas ni dah takde atok."
sebak. tak tahan. air mata laju turun. 

12:50pm: solat jenazah atok. dekat rumah sebelum dibawa ke masjid. pakcik jadi imam kepada atok.
lepas solat zohor, solat jenazah di masjid. pakcik juga yang jadi imam. alhamdulillah. 
kemudian, jenazah dibawa ke tanah perkuburan. waktu talkin dibacakan, hati hiba. suasana mendung. hujan gerimis. 

kami serahkan kepada Allah untuk jaga atok..

lepas selesai, ziarah kubur arwah wan yang tak jauh dari situ. 
ya, atok dan wan dah takde. redha. 
wan meninggal dunia tahun 1998.
atok meninggal dunia tahun 2015. umur 84 tahun.

petang sampai malam. hujan turun. alhamdulillah... 

semuanya tinggal kenangan.

Moga Allah ampunkan segala dosa atok dan sentiasa dalam rahmat Allah, amin ya Rabb.


*******
Terima kasih atok kerana telah mendidik ibu ayah kami dari kecil hingga dewasa. 
atok sentiasa dihati kami. sentiasa.
semestinya ramadhan dan raya tahun ni berbeza dengan tahun sebelumnya.

Sungguh,
kematian sebaik-baik peringatan.
walau muda, walau tua. 
mati tidak kira masa dan usia.
sentiasalah bersedia.


Al-fatihah.