Followers

Sunday, February 8, 2015

misi banjir

Assalamualaikum wbt. :)

lets update blog for this year. 2015. yeahh! 

Alhamdulillah, 4-6 jan 2015 bulan lepas pergi misi banjir di jerantut. ramai sukarelawan dari kalangan lelaki sebab misi ni misi pasca banjir. kami ke sana untuk membantu mereka yang memerlukan. alhamdulillah dipermudahkan segalanya.

siang kami membantu kemas rumah mangsa2 banjir. malam kami berehat santai. malam pertama, kami bersesi taaruf, malam kedua, "sharing moment" apa yang dapat sepanjang 3 hari 2 malam di sini. alhamdulillah, dipermudahkan oleh Allah, kami stay di rumah makcik Saedah. breakfast, tolong memasak untuk dalam 50 orang. tapi, bahan2 semua dah ada.
kami penat tapi seronok. :)

_________________________________________________________

[Sharing Misi Banjir]

"setiap musibah yang ditimpa, hadapi ia dengan senyuman"

Masih teringat lagi sewaktu misi banjir walaupun sudah 2 minggu berlalu. Kebanyakan drpd kami adalah pertama kali menjadi sukarelawan termasuklah saya.

Syukur, Alhamdulillah dipilih oleh Allah untuk pergi ke misi banjir jerantut dibawah Briged BAKTI.

"what have you done with flood victims?"

Kata2 pensyarah membuatkan salah seorang sukarelawan turut serta untuk membantu mangsa banjir di sana. Alhamdulillah.

Misi banjir yg telah banyak mentarbiyah diri supaya menjadi:

1.LEBIH BERSYUKUR

"nak didik diri bersyukur, tengok orang yg lebih sedikit harta drpd kita."

Terkesan selepas dengar kisah seorang ibu tunggal yg baru sahaja beli baju sekolah anak 3 hari sebelum banjir. Setelah banjir surut paras lutut, beliau pulang ke rumah hanya untuk mencari baju sekolah anak2nya. Malangnya, baju yg dicari tidak jumpa. Tetapi, beliau tetap tersenyum.

2. BERUKHUWWAH LILLAHI TAALA

"ukhuwwah tidak mengenal erti usia dan jarak."

Walaupun hanya sehari dua menolong membersihkan rumah mereka, kami terasa seperti sudah lama kenal. Seperti anak dan ibu. Seperti wan dan cucu. Ketika pulang, sempat seorang makcik yg baru shj kenal dtg ke masjid Bukit Rang, bekalkan kami makanan utk makan di dalam bas.

3. REHLAH TARBAWI

"susahnya nak bersihkan rak ni. Huh. Kalau beli,mungkin baru rm20 agaknya."

Tersenyum dengar luahan seorang sukarelawan. Mungkin bagi kita, ianya boleh dibeli dengan mudah. Tetapi, bagi mereka yg sudah kehilangan banyak benda?

kadang-kadang bila hidup selesa, kita lupa. Nikmat yg kita kecapi hanya sementara. Bukan selamanya.

4. MEMBERI LEBIH SENYUMAN


"dengan senyuman, ia boleh jadikan kita lebih bersyukur, lebih sabar dan lebih ikhlas."

5. DEKAT DENGAN ALLAH

Melihat kesan banjir, masyaAllah. Macammana boleh jadi macam ni? Hati tertanya-tanya. Ianya hanyalah drpd air. Benarlah, bila Allah berkata 'kun fayakun', semuanya boleh terjadi dengan kuasaNya. Allahu akbar!


Banjir. Ianya ujian buat kita, sejauh mana kita cuba untuk
hadapi ujian yg diberikan oleh Allah. Mungkin kita sudah jauh daripada Allah, Allah hantar ujian ini supaya hambaNya ingat padaNya sentiasa.


Oleh,
Nurfadhilah Ismail
(Sukarelawan Briged BAKTI Negeri Sembilan)