Followers

Friday, December 4, 2015

Bintang Syurga

Ilahi,
Izinkan ku menjadi
Bintang Syurga
Namun, 
Aku sering memikirkan
kelayakan diri
Kerana,
Iman itu bukan
dengan angan-angan
Juga,
Bukan sekadar
kata-kata
Tapi,
Perlu dibenarkan
dengan amal.
اللهم ارزقنا الشهادة!

Saturday, November 7, 2015

Bebelan #1

Bismillah.

Ada 3 hal yang tidak pernah kita tahu:

1. Rezeki
2. Umur
3. Jodoh

~ adik send pada whatsapp.

minggu ni banyak betul orang tanya.

kawan sekolah rendah whatsapp, first thing yang dia tanya bukan khabar,

"kau bila nak kawen?"
aku: "uitt, kau tak tanya pun aku sihat ke tak. terus tanya pasal kawen pulakk."


kakak office pulak pandang lama dekat aku,
aku tanya, "kenapa kak?"
kakak office: "fadh bila nak kawen?"
aku: "huish, soalan akak mencabar minda sungguh laa."

Coach-coach: 
"muka berseri semacam ni. nak kawen dah ke?kad mana?"

jumpa pakcik makcik, 
"ekau ni bilo nak kawen?"

semuanya dalam minggu ni. 

wahai sekalian manusia yang bertanya padaku, 
jodoh itu adalah rahsia daripada Allah, den pun taktau bilo jodoh den. 

orang sekeliling aku sibuk tanya pada aku, tapi kann, mak tak pernah pun tanya aku nak kawen bila. love you, mak. you know your daughter enough. it will make me stress with that question. 



takut ni je yang memanggil dulu sebelum jodoh datang. adakah aku bersedia?

"Jika datang orang yang bisa membuat kita tenang, mungkin itu cukup untuk menjadi alasan menerimanya. Setiap orang mendambakan ketenangan, ketenangan itu jauh lebih mendamaikan daripada rasa nyaman. Ketenangan meliputi batin dan tubuh.  Bahkan hilang rasa khawatir, apakah dengannya ini kita akan tidak bahagia, miskin, dsb. Semua kekhawatiran itu tidak ada karena kita merasa begitu tenang dengan orang ini. Sekalipun tidak ada rasa cinta pada awalnya."kurniawangunadi



#Rant

Wednesday, November 4, 2015

Inspired Story

Bismillah.

perasan tak, sebenarnya kita banyak belajar dengan orang sekeliling kita. kadang-kadang, cerita orang sekeliling kita tu akan membuatkan kita terinspirasi, memberi pengajaran buat kita dan macam-macam lagi.

today, i met someone. temankan kawan ni hantar tempahan menjahit dan ambil kain yang dah siap pada kak mariam (bukan nama sebenar). we went to her house. small's house. she's a revert. kerja dia menjahit. dia chinese muslim. dia memang ambil tempahan telekung dan sejadah sahaja sekarang ni. and you know what, dia dapat banyak tempahan hanya daripada buat telekung dengan sejadah sahaja. wow kan!

bila nak balik tu, my friend ni bagi duit pada kak mariam upah menjahit telekung tu. and you know what, surprisingly, you cant imagine, harga untuk upah tu kita takkan dapat dekat mana-mana. eh, taktau lah kan tempat lain ada ke tak. i just surprised. murahnyaaa upah kak mariam bagi, ya Allah.

my friend pun cerita. actually, she wanna give more but she insisted. she said, 
"takpe lor. saya pun mahu memberi juga"

kawan cakap lagi,

"kak mariam memang panjang fikiran dia. dia baik sangat. hidup dia tak lah sesenang kita, tapi suka memberi. nak tau tak, sejak aku hantar tempahan pada kak mariam, rezeki yang aku dapat makin meluas. anak dia form 4 tapi tak hantar ke sekolah sebab dekat sekolah, anak dia diketepikan dan dipandang pelik hanya sebab dia anak revert. (ada lagi ye manusia macam ni). end up, kak mariam hantar anak dia ke tuition. "

ok, apa yang aku terfikir la. kak mariam buat banyak sangat telekung and sejadah. aku tahu apa yang difikirkan oleh kak mariam. dia nak agar apa yang dia buat ni akan dapat juga saham daripada Allah kelak. people buy the telekung. people buy the sejadah. and people use it for Allah. banyaknya pahala dia dapat, subhanallah!

and 1 more, kak mariam ni very positive orangnya. terkadang kita mesti ada rasa sedih dgn kehidupan kita, and then she will give postive message to us. kak mariam always smile. :)
#learnfromOthers
#ThankYouAllah
because let me meet with kak mariam (bukan nama sebenar).
#Inspiredstory

***banyak sangat 'you know what' blerghhh

Monday, November 2, 2015

im back

Bismillah.
 
lama dah tak singgah di sini.
how time flies.
 
got news someone passed-away. i read her blog.
terfikir juga. blog yang kutulis ni adakah ia memberi manfaat pada orang lain?
 
mati. tiada siapa antara kita yang tahu bila kematian kita.
maybe hari ini. esok atau bila-bila masa sahaja.
jangan pernah fikir, kematian hanya untuk orang yang berusia.
 
kematian tidak mengenal usia.
kawan-kawan yang masih lagi jauh dengan Allah,
yang masih leka lagi dengan duniawi,
yang masih ada rasa ingin enjoy dalam diri,
yang terkadang tersungkur ditengah-tengah jalan,
yang terhanyut seketika dengan arus dunia,
 
Marilah kita,
Jom bangkit,
lets past become our past
Change for good.
just do it for lillah.
 
ya,
buat kerana Dia.
Allah. :)
 
 

Saturday, July 25, 2015

Ukhuwwah kerana Dia

Nurfadhilah & Nurfarrah Ain

Post yang diconteng di wall fb Nurfadhilah Ismail 2 tahun lepas. rindu katanya sampai tercipta bait-bait indah mengenai ukhuwwah.lepas tu tanya, sapa yang tulis status tu? haha.

kita kenal waktu jadi fasilitator dalam program KRIM 2 tahun lepas. kenal kejap je tapi rasa macam da lama kenal. time nak balik tu rasa macam taknak balik. hmm, susah nak ungkapkan.
Then, keep contact via fb.
jumpa semula dalam program SKGP, 2014. dalam bulan 10 macam tu.
start situ, kita keep contact. kita jadi rapat lepas pergi misi banjir dekat Jerantut, Pahang awal tahun haritu...jadi mentor KLS sama-sama...then, kita jadi lebih rapat lagi. maybe kita ada banyak persamaan? ke tak? haha. banyak yang sama kan? 
banyak perkara yg dah dikongsi bersama samada rahsia sulit ataupun tak. (tapi tak semua. tak boleh nak lawan atie Nur Izzati Azizul.hehe)
diminta tolong untuk jadi peneman sebelah di saat akad nikah...tukang touch up, walau tak reti, peneman outdoor photoshoot, tolong merewang, peneman tidur malam sebelum akad nikah. eh, yang ni shima yang teman, bukan fadh. banyak story yang dicerita antara kita berdua. keep secret okay. hehe.
moga ukhuwwah kita akan kekal sampai bila-bila walaupun jauh di mata, walau dah berubah status menjadi zaujah. (tak reti nak buat ayat cantik-cantik. almaklumlah, dah lama tinggalkan subjek Bahasa Melayu)

Moga jadi zaujah yg taat pada perintah Allah dan zauj.
Moga baitul muslim yg dibina menjadi qudwah buat akhawat yg lain dan masyarakat, inshaAllah.
sayang enti kerana Allah.
kepada Puan Nurfarrah Ain Harraf Ain
tak banyak cakap orangnya
tapi selalu buat orang ketawa.
just wanna let you know, 
fadh rasa sangat2 bersyukur dapat kenal farah @ farah yippie @ ain @farah.deyndang
banyak nye nama awok. haha. 
actually taknak buat mata ni masuk habuk. 
Barakallahu lakuma wa baraka alaikuma wajamaa bainakuma fil khair.
Moga Allah berkati pernikahan kalian berdua.



 best dapat kenal  dengan syiqah n syima... awesome.






ukhwah fillah abadan abada.
may Allah bless us
doakan fadh menyusul pulak lepas farah. ;)

Lots of love, 
Nurfadhilah Ismail.

Monday, July 13, 2015

Ramadhan 1436H

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt. :)

27 Ramadhan 1436H

Alhamdulillah, ya Allah. Kau masih kurniakan bulan Ramadhan kepadaku pada tahun ini. 

10 malam terakhir, Allah mudahkan untuk diriku untuk beriktikaf di masjid Negeri, Seremban. :)
satu pengalaman yang menarik untuk dikongsi. dah bertahun aku tak pergi Masjid Negeri walaupun anak orang nogoghi. ;)

First time beriktikaf dekat situ bersama kawan2ku. tak tahu pun Qiam jemaah nya pukul 3 pagi. makcik dekat situ kejut aku pukul 2.30 pagi untuk bangun Qiam. awal sungguh.kiranya aku tidur dalam sejam setengah je time tu. tapi, badan segar je. Allah permudahkan lagi. :')

apa yang lain dengan masjid lain?
for the first time in my life, aku buat solat sunat tasbih. ikut imam la time tu. ada la beberapa kali kaki ni menggeletar menahan. duhh. memang tabik dengan makcik2 ni yang buat solat sunat tasbih yang panjang tu. aku mengadu dengan kawan aku,

"kau tahu tak, ni first time aku buat solat sunat tasbih. sakit kaki. " -aku-
"bagusla tu. mula2 je rasa macam tu. (senyum) -kawan-
"aku pun macam tu jugak dulu, tapi bila fikir balik sebenarnya seronok bila buat solat sunat tasbih ni. kita memuji Allah dalam solat.fadilat dia pun banyak." -kawan-
"lagipun, cuba kau fikir zaman Rasulullah dulu, para sahabat solat berjam-jam pun takde rasa macam kita rasa. para sahabat seronok je buat... kita pun boleh buat jugak, sebenarnya. hmm." -kawan-

speechless.

Alhamdulillah ya Allah, atas nikmat yang Kau berikan buat kami. :')

jumpa makcik yang kami kenal, nampak matanya bengkak. menangis mungkin disaat imam membacakan doa. ya Allah, moga Engkau berikan kemanisan iman yang kami dambakan. 

bersahur. 
berbumbungkan langit dan bulan. indahnyaaa. saja je bersahur dekat luar masjid. :)

ada kawan yang tengah sarat pregnant pun beriktikaf sekali. Subhanallah.

********************************************************************

malam kedua beriktikaf,

kelihatan beberapa orang revert hadir untuk beriktikaf. MasyaAllah. 
Alhamdulillah, diberi peluang lagi untuk hadir ke Masjid Negeri untuk beriktikaf. 

aku suka beriktikaf dekat masjid ni sebab buatkan diri aku fokus pada Allah semata. Plus, hati jadi tenang je. banyak yang aku belajar dengan orang sekeliling. 

aku lihat, yang hadir beriktikaf ramai makcik2 yang sudah berusia. umur sepertiku, boleh kira berapa. ada yang umur lebih kurang denganku, lepas iktikaf, bersiap2 untuk pergi kerja. bersiap dari masjid. salah satu inisiatif yang baik untuk yang lain praktikkan.

Alhamdulillah ya Allah. 
Syukur, alhamdulillah. :)


jazakillahu khairan kathiran kepada temanku. :)


*malam ketiga, Allah bagi cuti. :')

Monday, June 8, 2015

Almarhum Hj Ujang bin Amat

6 Jun 2015

6:53 am: didi call ajak pergi tengok atok dekat hospital. atok kritikal. didi suruh baca dalam group whatsapp tenaka. 
sementara tunggu didi sampai, aku baca yasin dengan housemate. selesai baca yasin.

7:15 am: notification daripada group whatsapp tenaka tekauu. 
Pak Ngah: "atuk dah meninggal dunia..pukul 7 ni tadi." terdiam. atok dah takde?

Innalillahi wainna ilaihi rajiun. :'( 

pak cik dari Pasir Besar.
Induk dari KL.
mak, mak teh, maklong dari kampung. 
tak sempat sampai HTJ.. atok dah takde.

jenazah atok dimandikan dekat HTJ.semua anak lelaki atok dengan cucu mandikan atok. genap seminggu atok dekat HTJ. 

10:11 am: jenazah atok sampai kampung. suasana suram. sedara mara datang... baca yasin. 
cari mak. peluk mak kuat2. mak, sabar ye...

semua anak, cucu cium atok buat kali terakhir. sebak. tengok muka atok. atok senyum. macam orang tidur. 
apak: "tengok atok kali terakhir. lepas ni dah takde atok."
sebak. tak tahan. air mata laju turun. 

12:50pm: solat jenazah atok. dekat rumah sebelum dibawa ke masjid. pakcik jadi imam kepada atok.
lepas solat zohor, solat jenazah di masjid. pakcik juga yang jadi imam. alhamdulillah. 
kemudian, jenazah dibawa ke tanah perkuburan. waktu talkin dibacakan, hati hiba. suasana mendung. hujan gerimis. 

kami serahkan kepada Allah untuk jaga atok..

lepas selesai, ziarah kubur arwah wan yang tak jauh dari situ. 
ya, atok dan wan dah takde. redha. 
wan meninggal dunia tahun 1998.
atok meninggal dunia tahun 2015. umur 84 tahun.

petang sampai malam. hujan turun. alhamdulillah... 

semuanya tinggal kenangan.

Moga Allah ampunkan segala dosa atok dan sentiasa dalam rahmat Allah, amin ya Rabb.


*******
Terima kasih atok kerana telah mendidik ibu ayah kami dari kecil hingga dewasa. 
atok sentiasa dihati kami. sentiasa.
semestinya ramadhan dan raya tahun ni berbeza dengan tahun sebelumnya.

Sungguh,
kematian sebaik-baik peringatan.
walau muda, walau tua. 
mati tidak kira masa dan usia.
sentiasalah bersedia.


Al-fatihah.

Sunday, February 8, 2015

misi banjir

Assalamualaikum wbt. :)

lets update blog for this year. 2015. yeahh! 

Alhamdulillah, 4-6 jan 2015 bulan lepas pergi misi banjir di jerantut. ramai sukarelawan dari kalangan lelaki sebab misi ni misi pasca banjir. kami ke sana untuk membantu mereka yang memerlukan. alhamdulillah dipermudahkan segalanya.

siang kami membantu kemas rumah mangsa2 banjir. malam kami berehat santai. malam pertama, kami bersesi taaruf, malam kedua, "sharing moment" apa yang dapat sepanjang 3 hari 2 malam di sini. alhamdulillah, dipermudahkan oleh Allah, kami stay di rumah makcik Saedah. breakfast, tolong memasak untuk dalam 50 orang. tapi, bahan2 semua dah ada.
kami penat tapi seronok. :)

_________________________________________________________

[Sharing Misi Banjir]

"setiap musibah yang ditimpa, hadapi ia dengan senyuman"

Masih teringat lagi sewaktu misi banjir walaupun sudah 2 minggu berlalu. Kebanyakan drpd kami adalah pertama kali menjadi sukarelawan termasuklah saya.

Syukur, Alhamdulillah dipilih oleh Allah untuk pergi ke misi banjir jerantut dibawah Briged BAKTI.

"what have you done with flood victims?"

Kata2 pensyarah membuatkan salah seorang sukarelawan turut serta untuk membantu mangsa banjir di sana. Alhamdulillah.

Misi banjir yg telah banyak mentarbiyah diri supaya menjadi:

1.LEBIH BERSYUKUR

"nak didik diri bersyukur, tengok orang yg lebih sedikit harta drpd kita."

Terkesan selepas dengar kisah seorang ibu tunggal yg baru sahaja beli baju sekolah anak 3 hari sebelum banjir. Setelah banjir surut paras lutut, beliau pulang ke rumah hanya untuk mencari baju sekolah anak2nya. Malangnya, baju yg dicari tidak jumpa. Tetapi, beliau tetap tersenyum.

2. BERUKHUWWAH LILLAHI TAALA

"ukhuwwah tidak mengenal erti usia dan jarak."

Walaupun hanya sehari dua menolong membersihkan rumah mereka, kami terasa seperti sudah lama kenal. Seperti anak dan ibu. Seperti wan dan cucu. Ketika pulang, sempat seorang makcik yg baru shj kenal dtg ke masjid Bukit Rang, bekalkan kami makanan utk makan di dalam bas.

3. REHLAH TARBAWI

"susahnya nak bersihkan rak ni. Huh. Kalau beli,mungkin baru rm20 agaknya."

Tersenyum dengar luahan seorang sukarelawan. Mungkin bagi kita, ianya boleh dibeli dengan mudah. Tetapi, bagi mereka yg sudah kehilangan banyak benda?

kadang-kadang bila hidup selesa, kita lupa. Nikmat yg kita kecapi hanya sementara. Bukan selamanya.

4. MEMBERI LEBIH SENYUMAN


"dengan senyuman, ia boleh jadikan kita lebih bersyukur, lebih sabar dan lebih ikhlas."

5. DEKAT DENGAN ALLAH

Melihat kesan banjir, masyaAllah. Macammana boleh jadi macam ni? Hati tertanya-tanya. Ianya hanyalah drpd air. Benarlah, bila Allah berkata 'kun fayakun', semuanya boleh terjadi dengan kuasaNya. Allahu akbar!


Banjir. Ianya ujian buat kita, sejauh mana kita cuba untuk
hadapi ujian yg diberikan oleh Allah. Mungkin kita sudah jauh daripada Allah, Allah hantar ujian ini supaya hambaNya ingat padaNya sentiasa.


Oleh,
Nurfadhilah Ismail
(Sukarelawan Briged BAKTI Negeri Sembilan)