Followers

Wednesday, July 30, 2014

update blog.




blog.
last update 27 April 2014.
today 30 July 2014


rindu dengan blog.
terasa nak menulis lagi.
just for me.
untuk puaskan hati ni.


hanya di sini ku kan berkongsi cerita.



sepanjang last update hingga ke harini,
aku dapat sorang kakak ipar.
namanya Zaherra Yusof.
sempurna sudah keluargaku.
5 lelaki, 5 perempuan.
ada lagi sebenarnya.
banyak sangat.
Heh.



:)




Harini raya ke3
sempat lagi nak ucapkan,
Taqaballahu minna wa minkum~

Sunday, April 27, 2014

KONWANIS yang best!

“fina, apa point yang fina terkesan dengan KONWANIS tadi?”

“banyak sangat. Tapi fina nampak jelas tentang isu feminism. Tuntutan2 spt isu hak sama rata dalam harta warisan. Dah diperjelaskan kenapa lelaki dapat lebih daripada perempuan sebab tanggungjawab yang mereka pikul. Then, Amina Wadud yang pernah menjadi imam dalam solat jumaat. Memang tak relevan.”

“kak fadh, awat terharu sangat time talkshow tadi?”

“dak aih. Terharu ke.huhu. actually, hati terkesan dengan kata-kata Dr. Murizah.”

“apa dia?”

Diam seketika.

“hmm.apa dia ye. kena meletakkan matlamat yang jelas dalam hidup ni, ALLAH. kena focus pada matlamat kita. inshaAllah akan dipermudahkan dalam semua perkara.”

“lagi?”

“ Dakwah itu kehidupan dan kehidupan adalah dakwah. Tak boleh nak asingkan. Bila kita fikir hidup kita adalah untuk diri sendiri, hidup kita akan menjadi kecil. Biar hidup kita ni banyak memberi pada orang lain. Hidup untuk akhirat. That’s the point. Sebab kehidupan sana lagi penting. Kena bercita-cita tinggi. Himmah ‘aliyah! J

“betul tu. Bila kita hidup untuk akhirat, dunia akan ikut kita. Allah akan tolong kita.”

“Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang melakar IMPIAN. Kena percaya pada potensi diri. Semua orang hebat. Kita dah menang pertarungan sejak dari dalam perut ibu kita lagi. Hidup ni mesti ada langkah pertama.” –Dr Murizah

“Puan Suzana pun inspired jugak. Kalau nak kemuliaan, kita kena berbalik pada Islam. Takde cari lain. Kita ni sebenarnya kena selalu koreksi diri. Bila keluar, kita bukan keluar dengan bawa diri sendiri tapi harga diri. HARGA DIRI. Kita bawa nama mak ayah kita, suami kita bagi yang dah berkahwin.”

 “part Heliza Helmi pun banyak jugak kan dapat point. Hasil daripada perkongsian dia yang dah pernah pergi Syria dengan Palestin. Belajar daripada kehidupan orang lain. Dengan nikmat yang Allah beri pada kita, actually ada bahagian orang lain. What you give, you will get back more.”

“analogi pensil adalah sama dengan kehidupan. Jadilah pensil yang digunakan untuk menulis kebaikan, yang akan beri kebaikan dan kebahagiaan pada orang lain. Tulislah sebanyak-banyaknya. Pabila pensil tumpul, kita kena asah balik. Bila nak asah, pasti ada sakit, perit dan bermacam-macam lagi rasa. Itu pasti. Lepas pensil dah tajam, kita tulis lagi kebaikan sebanyak mana yang kita boleh.”

“sekiranya kita nak jernihkan air kopi dalam gelas, kita perlukan banyak air putih untuk alirkan dalam air kopi sehingga melimpah ruah.”

 banyak sangat nak share. KONWANIS hebat! mantap! tahniah pada yang menjayakan.

Monday, January 6, 2014

Alfatihah buat Tok

Bismillahirrahmanirrahim

05012014

Pukul 12.50am
"Kak, Tok dah takde." -mak
Pukul 12.22am.

Innalillahi wainna ilaihi rajiun.
Drpd Dia kita dtg, kpd Dia jualah kita kembali.

Baru je semalam ckp dgn mak, ajak pi KL tengok Tok.
Then, got news, Tok dah pergi.
Tak sempat tengok jenazah.
Plan nak kebumikan di Perak, but then, they decide kebumikan di Kota Damansara je.

After got the news, tak dpt tidur. Inform pd anuar yg berada di  Mesir, dlm wechat.
Tok dah takde. Then, got a call from international call. Assume this one mesti anuar.
I cant sleep.

Segala memori dgn Tok tetiba terimbau dgn sendiri.
Sedih.
She had a pancreas cancer.

Masuk bilik Tok, rasa mcm Tok ada lagi. Bilik Tok sejuk je. :')
Moga Tok ditempatkan bersama golongan yang beriman di sana dan berada dalam tenang.

Fatimah binti Md Arif
09101935 - 05012014

Allahummaghfir laha warhamha wa 'afiha wa'fu 'anha.

Sesungguhnya kematian itu sebaik2 peringatan.