Followers

Sunday, December 1, 2013

Syahid yang tertangguh: Ahmad Ammar

Siapa Ahmad Ammar ni?
ramai yang memuji Allahyarham dengan memberi link video kehidupan dia dari 1993-2013.
cuma tahu dia syahid.

buat diri ni jadi curious. ingin tahu apa kebaikan yang telah dibuat.
so, aku tengok video itu.
MashaAllah! Subhanallah!

Allahyarham mungkin hanya insan biasa.
ramai yang tidak mengenalinya.
tetapi di saat kematiannya,
dirinya dimuliakan sehingga dikebumikan di sebelah sahabat Rasulullah saw, Abu Ayyub Al-Ansari r.a.
ramai yang berebut untuk membawa jenazahnya.
betapa mulianya beliau.
meninggal dunia kerna accident dengan ambulan di Turki.
ya,
di Turki.
betapa mulianya Allahyarham sehinggakan orang yang tidak mengenali dirinya menjadi kagum dengannya.
jasanya mungkin kita tidak ketahui
tetapi,
apa yang kutahu,
hidup dia hanya untuk ummat.

"Sebelum kita tanya apa jasa org pada kita,
Tanyalah diri dulu apa jasa kita kepada mereka.."


ibu bapanya sungguh tenang saat pemergiannya.

https://www.facebook.com/ahmad.ammar.9659/info

http://saifulislam.com/2013/11/ammar-antara-tadbir-insani-dan-takdir-ilahi/



*************************************

tatkala menelusuri kisah Ahmad Ammar, hatiku berbicara ibarat yg ditulis oleh Fatin Nabilah Musanif:

MashaAllah. Subhanallah.
Terdetik rasa kagum pada seorang hamba. 
Hidupnya untuk Tuhan semata.
Baktinya untuk Islam.
Siapa sangka di usia muda, tidak sakit tidak apa, dia dijemput Tuhan.

Ku cuba telusuri kisahnya, jihadnya, matlamatnya.

Serasa ada airmata yang mengalir.
Usia muda, dihabiskannya untuk perjuangan, untuk Islam.
Betapa besar jiwa seorang khalifah bernama Ahmad Ammar.
Mungkinkah qudwah hasanah; Muhammad Rasullah menjadi idolanya?

Jasadnya tidak lagi di sini.

Rohnya juga telah berjumpa Ilahi.
Tapi semangat perjuangannya terus utuh bagai meresap terus ke sanubari.
Mungkin sebentar lagi rohku pula dijemput Ilahi.
Siapa tahu kapan aku akan pergi?
aku juga merindukan Syahid dijalanMu ini..

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.

Moga 'semangat' Almarhum Ahmad Ammar terus hidup dalam diri.
Moga aku juga berjiwa khalifah, berhati hamba.

Bukan syurgaNya yg aku buru...tapi RedhaNya yg aku mahu..

usah gentar,usah bimbang..
dengan tuhan,kita takkan kecundang...
semoga lebih ramai "Ammar" yg bangkit..
Semoga dengan pemergiannya, 
akan melahirkan ramai pemuda yang berjiwa sepertinya.

ameen.

2 November 2013
1 Muharam 1435H
AL-FATIHAH.