Followers

Sunday, July 28, 2013

perkongsian di bulan ramadhan

Salam Ramadhan #19

alhamdulillah wa syukr lillah, masih dikurniakan nikmat untuk menyambut ramadhan pada tahun ni. moga Allah beri kesempatan untuk sampai ke penghujung ramadhan.

alhamdulillah, harini dapat menunaikan solat subuh di Masjid Al-Mukhlisin, Alam Damai bersama keluarga mirra...terkejut tengok masjid tu penuh dengan muslimin dan muslimat. kanak-kanak pun ada. saff penuh.

aku: "mira, masjid ni memang sentiasa ramai orang ea"
mira: "haah, selalunya ramai. arini hari ahad, ramai balik kampung.kalau hari biasa, lagi ramai daripada yang awak tengok tadi."

sebelum imam mulakan solat subuh, sempat pulak panggil budak-budak kat atas,

"anak-anak yang ada kat atas tu, mari turun solat jemaah sama-sama"
(ada qiamulail pagi tadi.)

alhamdulillah, sempat dengar kuliah subuh daripada ustaz zawawi yusoh. rasa macam banyak sangat ilmu yang dapat tadi.nak share kat fb, tapi panjang sangat.huu...share kat sini je la supaya aku boleh rujuk semula di masa akan datang. 

ustaz zawawi beri kuliah yang bertajuk tentang ISTIQAMAH.

istiqamah ni ada 3 jenis: 

1. ilmul yaqin
2. ainul yaqin
3. haqqul yaqin

1. ilmul yaqin

"ilmu jadi imam, amal jadi makmum."

 faham dak fadhilah.
sesuatu amalan tu bermula dengan ilmu. sekiranya tiada ilmu, tiadalah amal.
ilmu. ilmu adalah cahaya, ia takkan turun pada orang yang melakukan maksiat.
nak beristiqamah, kena berlandaskan iman. nak ada iman, kena berlandaskan ilmu.

orang sekarang ni, suka mengasingkan iqra' dan ifham. baca lain, faham lain. iqra' dan faham ni perlu seiring.

orang sekarang ni suka buat pakai ikut, bukan berdasarkan pada ilmu.

2. ainul yaqin

ilmu yang nampak depan mata.nampak dengan mata hati. subhanallah.

doa yang paling special, adalah doa daripada hati. 

orang sekarang ni suka berdoa dengan bacaan sedap. ada beza antara attalaq dan doa.
attalaq ni ucapan yang kita ucapkan tanpa ada rasa hati. doa pulak, adalah doa yang datang daripada hati. (erm, kena check balik tntg attalaq, tp td dengar ustaz sebut attalaq,hmm)

3.haqqul yaqin

haqqul yaqin ni macam hati kita dah sebati dengan amalan yang dah dibuat.
contohnya, sebati dengan al-Quran. Quran tu sentiasa ada dihati. Quran tu tak asing buat diri dia. Quran tu bukanlah dibuka di saat bulan ramadhan sahaja.

haqqul yaqin ni jugak boleh diistilahkan pabila seseorang gementar hatinya apabila dengar nama Allah. subhanallah. 

contohnya, azan. 
pabila dilaungkan Allahu Akbar, hati kita akan berkata,

"Allah, dunia ni kecil je jika nak dibandingkan dengan kebesaranMu ya Allah."

sebenarnya, orang salah faham dengan maksud hormati azan. hormati azan, bukanlah sekadar tidak bercakap ketika azan berkumandang. tetapi, hormati azan tu dimaksudkan dengan terus menyiapkan diri untuk tunaikan solat. 

ada satu kisah:

sorang pemuda yang memakai seluar pendek sedang bermain bola di padang. kemudian, dia terdengar azan asar berkumandang. terus dia stop sekejap daripada main bola tu. pabila azan asar habis, dia sambung semula main bola tu sampai lah ke solat isyak. 
dia tak solat pun. apa yang nak diceritakan kat sini, hormati azan bukanlah seperti apa yang dia lakukan ni. sepatutnya, selepas dia dengar azan, should be solat first. then, baru continue...

sambung balik haqqul yaqin,
sekiranya kita seronok lakukan ibadah, inshaAllah akan istiqamah.orang yang ada haqqul yaqin ni menganggap setiap ibadah yang dia lakukan, adalah special buat diri dia.dia tau nilai setiap ibadah. apa dia nilai setiap ibadah? tu... nilainya adalah SYURGA.lagi sekali, nilainya adalah SYURGA. yang nampak nilai syurga tu adalah yang ada haqqul yaqin dalam dirinya. dari luar nampak kosong, tapi sebenarnya amatlah bernilai.




ada lagi satu kisah: 

kisah seorang ayah yang hanya pentingkan kerjanya daripada keluarganya. satu hari, dia menyuruh anak dan isterinya balut hadiah untuk diberikan pada kawan-kawannya. anak dan isterinya pun membalut hadiah tu.

esoknya, anaknya beri hadiah yang dibalut tu pada ayahnya.
anak: "ayah, ni hadiah yang adik balutkan."
ayah: "ok"
anak: "ayah, adik ada hadiah nak bagi pada ayah."
ayah: "betul ke hadiah ni. cepat sikit. ayah dah lewat nak pergi kerja."
anak: "betul ayah, ni hadiah buat ayah." sambil memberikan satu kotak besar buat ayahnya.

ayahnya pun buka hadiah tu, terkejut ayah dia ni sampai marah pada anaknya.
"kau bagi kotak kosong je. bertuah punya anak."

anaknya menjawab, "ayah, hadiah tu special buat ayah. cuba ayah tengok betul-betul."
ayah: "kau jangan nak menipu. dalam kotak ni kosong. satu barang pun takde."
anak: "ayah, dalam kotak tu adik dah letakkan peluk, cium dan kasih sayang adik pada ayah. supaya ayah boleh bawak kotak tu pergi mana2. adik balut peluk cium dengan kasih sayang adik dalam kotak tu.adik nak ayah selalu ingat yang adik sentiasa ada dengan ayah walau kat mana pun ayah."

terharu ayah mendengarnya.dia terus memeluk anaknya sambil meminta maaf pada anaknya tu.

nak cakap nya kat sini. 
kita nampak kotak tu kosong, tapi sebenarnya nilai yang ada dalam kotak tu teramatlah berharga...



*****************************************************




ibu adalah kunci ke syurga.

pastu, ustaz share satu pengalaman dia dalam satu program modul umrah yang dilakukan.
ada satu kisah seorang pemuda ni share kisah hidup dia.

"ustaz nak tau tak, mak saya tu penipu orang nya."

terkejut ustaz dan peserta yang lain.

lepas tu, dia sambung.

mak saya tipu saya. ada satu masa tu, saya dan adik beradik lain makan. waktu tu mak tengah sidai kain. kami makan sampai bahagian lauk mak habis kami makan. lepas mak habis sidai baju, mak pun tanya, 

"mana lauk mak?"
"maaf mak, lauk mak kami terhabiskan tadi."
mak diam je. pastu mak cakap,
"takpelah, mak dah kenyang sebenarnya" mak cakap sambil senyum dan pergi kerja.

ade satu masa lain, kami makan lauk ikan sampai tinggal tulang je. 
mak makan tulang ikan tu. 
saya pun cakap, "mak, kenapa makan tulang ikan?"
mak, "takpe. tulang ikan ni makanan kesukaan mak." kata mak sambil senyum lagi. 

bila saya dah kerja, saya beri duit pada mak. 
"mak, ni duit buat mak. boleh buat belanja nanti."
mak, "takpe. mak ada banyak duit lagi."

saya bercakap pada mak, "mak, rehatlah.mak kan tak sihat tu."
mak, "takpe, mak tak sakit pun." kata mak lagi sambil senyum.

selepas tu, mak saya meninggal dunia. mak saya meninggal dunia sebab penyakit leukimia yang dia ada.

"sebenarnya, mak lapar sangat masa kami terhabiskan lauk mak tu. mak tipu kami.
sebenarnya, mak suka makan ikan. tulang ikan bukan makanan kesukaan mak. mak tipu kami.
sebenarnya, mak takde duit pun masa saya nak bagi tu. mak tipu saya ustaz. 
sebenarnya, masa saya suruh mak saya rehat, mak saya tengah tahan sakit leukimia yang dia ada. mak tipu kami."




kami semua menangis dengar cerita ni.

kenapa kita boleh sayang mak kita, tapi kenapa kita tak boleh sayang Allah, lebih dari kita sayang mak kita.
kenapa kita tak berani nak ingkar perintah mak, tapi kita berani ingkar perintah Allah.
kenapa kita boleh cintakan mak kita,tapi kita tak boleh nak cintakan Allah.

**********************************

cara nak beristiqamah, kena minta pada Allah, doa daripada hati. setiap amalan tu ulang banyak kali sampai jadi satu habit.


'Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu anni’ 

[Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf lagi Maha Mulia yang menyukai permintaan maaf, maafkanlah aku].


selamat mengejar malam 10 terakhir ramadhan. :)



sekiranya ada salah dan silap, bolehla perbetulkan... 


***jazakillah khairan jaza' mira :) sebab bagi kita tumpang tido and ajak pergi solat jemaah kat masjid and dengar kuliah subuh ni.***

Thursday, July 18, 2013

fitrah











Ya Allah, ampuni aku.
ku telah cuba tapi tak berdaya.
Engkau berikan kepadaku satu kekuatan.




kita boleh ke nak melawan fitrah?
tak boleh kan.
tapi,
saya taknak.






Ya Rabb~~

internship

bismillah....

sekejap je masa berlalu.tau2 je da 2 minggu kita berada dlm bulan ramadhan.first experience, ramadhan di KL sbb aku praktikal di sini. akademi etiqa, dekat dgn jln TAR. jalan always jammed.nak cerita experience intern di akademi etiqa. aku intern under agency. so far, sekarang ni aku buat general takaful. belum sentuh lagi life takaful. baru belajar tentang product etiqa.

yang best nye kat sini, everyday ada kuliah zuhur.cuma kita je yang kena pilih samada nak pergi dengar atau tak.

staff di agency ni pun memang seronok la. terhibur sikit kalau ade dorang which are kak lynd and kak ayu. ada sorang agent, kitorang panggil cik aya. cik aya always share experience dia.sometimes, ape yang cik aya cakap, kita akan motivated secara tak sedar.,seriously.

aku tinggal kat rumah abang aku yang sulung, kat setiawangsa.aku panggil Didi. hehe.dari rumah nak ke lrt, ambil masa tak sampai 5 minit if naik bus rapidKL. if jalan kaki, ambil ,masa 15minit.jarak dia lebih daripada 1km..abg aku army. so, cara dia cakap tu macam dekat je.first time jalankaki, rasa macam nak tercabut kaki ni.ade je aku nak kenakan dia tapi tak sampai hati. lame2 ok la. tapi kesian kat kasut aku.makin lama makin haus.

sekiranya aku rajin, aku akan jalan kaki ke lrt.
sekiranya aku malas, aku akan naik bus rapidKL.

***tadi dengar kuliah zuhur, amatlah menusuk dalam jiwa setiap apa yang ustaz tu cakap. mostly about dosa.dosa2 kita.

astaghfirullahaladzim...