Followers

Thursday, February 21, 2013

Hati dan burung


Bismillah…

Dina dan Batrisya memandang ciptaan Allah di satu laut. Subhanallah, kaku sebentar dengan ciptaanNya. kelihatan seperti seekor burung helang laut sedang berlegar di ruang langit.mencari makanan mungkin.


Dina: “Trisya, tau tak, hati kita ni ibarat burung. Macam burung helang kat atas tu.”

Batrisya: “tak tau. Perumpamaan mana pulak ni?apa yang diibaratkan.”

Dina: “Eheh. Perumpamaan daripada Ibnul Qayyim. Ibnul Qayyim kata: “Perumpamaan hati sama dengan burung yang terbang, semakin tinggi terbang semakin terhindar dari bencana, semakin rendah terbang semakin terancam bencana."

Batrisya: “Maksudnya? Tak faham.”

Dina: “okeh. Macam ni. Maksudnya, bila burung terbang tinggi, dia akan susah nak kena bencana macam kena tembak dengan pemburu ataupun sebarang penyakit.  Bila dia merendah ke bawah, bencana tu senang je akan kena pada dia sebab musuh banyak berada dibawah. Penyakit pun senang je nak dapat.”

Batrisya: “ok. Faham part burung tu. Tapi, kaitan dengan hati macammana pulak?”

Dina: “hati. Kisah burung ni di analogikan pada hati dan cita-cita. Bila burung tu terbang tinggi, bermaksud cita-citanya tinggi. Bila seseorang tu ada cita-cita yang tinggi, dia tak pedulikan hal-hal yang remeh. maksudnya dia terbebas dari hal-hal yang rendah sebab dia sibuk dengan urusan yang besar-besar je."

Batrisya: “cita-cita yang tinggi ye.hmm. menarik betul.maksudnye kat sini cita-cita kita sebagai seorang muslim la kan. Apa yang kita nak capai. Hal-hal yang remeh tu adalah perkara yang lagha la kan. Cita-cita kita sebagai seorang muslim adalah untuk mencapai redha Allah. Betul tak?”

Dina: “betul tu. nak capai redha Allah. Pandai la awak ni.”

Batrisya: “takdela. Betul la.tu jawapan semua orang tapi nak capai tu bukannya senang. Huhu. Thanks tau sebab bagitau satu ilmu buat kita."

Dina: “ilmu buat kita jugak.”


No comments: