Followers

Thursday, February 21, 2013

Hati dan burung


Bismillah…

Dina dan Batrisya memandang ciptaan Allah di satu laut. Subhanallah, kaku sebentar dengan ciptaanNya. kelihatan seperti seekor burung helang laut sedang berlegar di ruang langit.mencari makanan mungkin.


Dina: “Trisya, tau tak, hati kita ni ibarat burung. Macam burung helang kat atas tu.”

Batrisya: “tak tau. Perumpamaan mana pulak ni?apa yang diibaratkan.”

Dina: “Eheh. Perumpamaan daripada Ibnul Qayyim. Ibnul Qayyim kata: “Perumpamaan hati sama dengan burung yang terbang, semakin tinggi terbang semakin terhindar dari bencana, semakin rendah terbang semakin terancam bencana."

Batrisya: “Maksudnya? Tak faham.”

Dina: “okeh. Macam ni. Maksudnya, bila burung terbang tinggi, dia akan susah nak kena bencana macam kena tembak dengan pemburu ataupun sebarang penyakit.  Bila dia merendah ke bawah, bencana tu senang je akan kena pada dia sebab musuh banyak berada dibawah. Penyakit pun senang je nak dapat.”

Batrisya: “ok. Faham part burung tu. Tapi, kaitan dengan hati macammana pulak?”

Dina: “hati. Kisah burung ni di analogikan pada hati dan cita-cita. Bila burung tu terbang tinggi, bermaksud cita-citanya tinggi. Bila seseorang tu ada cita-cita yang tinggi, dia tak pedulikan hal-hal yang remeh. maksudnya dia terbebas dari hal-hal yang rendah sebab dia sibuk dengan urusan yang besar-besar je."

Batrisya: “cita-cita yang tinggi ye.hmm. menarik betul.maksudnye kat sini cita-cita kita sebagai seorang muslim la kan. Apa yang kita nak capai. Hal-hal yang remeh tu adalah perkara yang lagha la kan. Cita-cita kita sebagai seorang muslim adalah untuk mencapai redha Allah. Betul tak?”

Dina: “betul tu. nak capai redha Allah. Pandai la awak ni.”

Batrisya: “takdela. Betul la.tu jawapan semua orang tapi nak capai tu bukannya senang. Huhu. Thanks tau sebab bagitau satu ilmu buat kita."

Dina: “ilmu buat kita jugak.”


Monday, February 18, 2013

Kahfi

“Hari ni hari Jumaat.Baca al-Kahfi la patut.” Najib pandang teman di sebelah yang tengah potong fishball dengan hujung mata.Arah muka tegak je pada isi periuk yang tengah menggelegak.Senyum yang terasa nak pecah di bibir ditahan je sungguh-sungguh.Karang mau ada yang berbuka makan penyepak jadi main course silap-silap.Mee kari ni buat dessert je karang.

“Panjang sangat la surah tu….” Muka kelat. “Mengah aku nak habiskan.”

Haha.Jawapan dah diagak.Gelak yang terasa nak pecah jadi vokal pun dia telan terus je masuk perut.Telan gelak secara figurative taper.Tak batal puasa.Eheh.

Najib sengih. “Kau ni pun…..novel panjang berkajang beratus muka surat larat pulak nak baca sehari semalam tak berhenti.”

“Pedih la weh,sindir makan dalam.” Muka makin kelat.

Ketawa. “Surah Kahfi tu best la weh sebenarnya.Tapi dengan syarat kena baca sekali dengan dia punya tafsir la.”

Fahmi si teman berhenti terus potong fishball.“Lagi double the panjang nak ambil masa la kot kalau nak kena baca tafsir ayat dia sekali!Double mengah semput!”

Najib muka toya. “Aku buat tader la pulak semput putus nafas?”

“Kau lain….” Fahmi muka cemberut.Terus dia sambung kerja potong fishball.Nak makan mee kari di bumi yang beribu batu jauh dari rumah ni pandai-pandai buat sendiri la,bro.Mana nak cekau gerai tak pun merengek kat mak suruh masak.

“Amende yang lainnya.Kau makan nasik,aku makan nasik.Kau makan mee kari,aku makan mee kari….”

“Kau nampak aku pegang pisau ni?” Fahmi pandang Najib yang pegang senduk dengan kening terangkat sebelah.

Najib sengih selamba. “Sesungguhnya aku berpuasa.” Heh.

Tak jadi nak marah.Fahmi balik sambung potong fishball.

Senyap sekejap ruang dapur studio apartment tu.Hanya bunyi kipas cooker hood dan bunyi kuah menggelegak je yang mengisi ruang.Dan jugak bunyi pisau bertemu cutting-board.

Senduk di tangan mengacau kuah mee kari dalam periuk.Najib pandang Fahmi sekilas sebelum kembali dia pandang kuah mee karinya. “Kita rasa boring mengah macam tu sebab kita baca tak paham hujung pangkal,tak faham apa kot?”

Fahmi tak menjawab.Hanya terus potong fishball.

“Bila baca dengan makna,baru feel.Tau dalam tu sebenarnya sebut pasal apa.”

Tak bagi respond apa juga.Fishball dah habis,Fahmi sambung pulak dengan potong fishcake.

“Macam kalau orang tengok Hindustan tak pakai subtitle la.Sah tak faham apa kot,kan?Lost kelam kot ada.Lepas tu kata storyline ntahapahapantah.Padahal sendiri yang tak faham bahasa.” Fahmi dipandang lagi dengan hujung mata.

“Kau,memang suka bagi sindir makan dalam.” Kelat dah bertambah pahit.Makin laju tangan potong fishcake.

Najib sengih. “Tak….aku cakap benda betul la ni,cuma on a lighter note with an extreme example je.Nak bagi lagi senang faham and relate.” Senduk diletak dalam piring tepi dapur.Dia memusing badan agar dapat bersandar pada kitchen counter. “But seriously,surah Kahfi best kot.Banyak kisah.Banyak ibrah.”

“Kau jangan apply Arabic kau kat aku,boleh?” Mulut je yang menjawab.Tapi Fahmi tak angkat muka pun.

Haha. “Ibrah tu loosely translated as pengajaran la.”

“Bukan dalam surah Kahfi tu cerita pasal orang tidur dalam gua tu je ke.” Pisau yang berlari memotong fishcake terhenti.Fahmi pandang Najib dengan muka berkerut.

Sengih. Dia melangkah ke arah meja makan yang jadi pemisah ruang dapur dengan ruang belajar/bilik tidur.Tafsir hitam di tangan diletak di atas meja study si teman. “Try kau cuba baca pakai tafsir aku.Tapi dengan syarat after each ayat kena baca the meaning.”

“Kau tak nampak aku tengah buat apa ni?”

“Lepas habis masak karang la,bro!”

***

“Best betul kau punya tafsir!”

Sengih I-told-you-so.

Dengan gaya buat tak nampak sengih tu je dia terus menyambung. “Baru aku tau lepas cerita pasal pemuda Kahfi tu ada cerita pasal Nabi Musa dengan Nabi Khidir as well.” Fahmi gosok dagu sambil pandang siling. “Then lepas tu cerita pasal kisah Zulkarnain pulak.An the story example of the two men with the gardens.Siap ada blow-by-blow dialogues tu.” Muka kagum. “Serius sebelum ni aku tak pernah perasan dan tau.” Masih bercerita dengan gaya bersemangatnya. “And the complimentary hadiths to support the kisah of those ayats!Serius tafsir kau best,weh.Yang pasal kisah Nabi Musa dengan Nabi Khidir punya hadith panjang tu memang totally detailed and complimented the ayat yang cerita pasal the kisah.And the hadith pasal Yakjuj and Makjuj jugak.” Senafas je Fahmi menghabiskan detailed commentary.Kalah sports commentator bagi commentary pasal Usain Bolt lari tengah Olimpik.

Senyap sekejap tiga saat.“I guess… the passion and enthusiasm are in the right place.” Najib sengih. “Kau dah gaya bagi review novel yang menang Hadiah Nobel je gayanya.”

“This..” Tafsir di tangan di angkat. “…is beyond all the best books ever written by mankind.Ever!” Fahmi memang gaya semangat sungguh.

“Of course.” Sengih I-told-you-so lagi.Sengaja menggiat.

“Provided that orang faham the maksud,though.” Muka berubah.

“Yang penting kita mulakan dengan baby steps kot,no?”

“Hmm.” Non-committal.Fahmi renung dinding.Dahi sedikit berkerut.Kemudian dia pandang Najib yang tengah bersila di atas katil setentang.Najib pandang dia balik dengan kening terangkat sebelah.

“Apanya?” Tau muka ada soalan.

Fahmi pandang tafsir di tangan.Kemudian pandang Najib balik. “Bukan kau ke dulu yang cakap kat aku kalau betul sayang kawan,benda yang dia paling sayang patut bagi kat kawan yang dia sayang tu.” Kening double-jerk sambil pandang tafsir di tangan.

“Weh!Tu aku nak buat pusaka keturunan aku tu!”

Hahahaha.Ingat dia je tau menggiat orang?

“Tapi kalau kau dah nak sangat,kau ambil je la de.” Muka pasrah.

Fahmi senyum. “Esok turun Darus Salam,yuk.”

“Nak cari apa?”

“Aku pun nak ada benda buat pusaka keturunan aku jugak.”

Sengih.

“Harapnya pusaka berbaca.” Fahmi sengih juga. "Dan difaham makna.Dan dihadam diamalkan jugak."

“Tau taper.Letak dalam almari kumpul habuk,tak ada makna.”

“Weh.”

“Hmm?”

“Thanks.”

Sengih aje.


***this entry totally from Hlovate. 

Tuesday, February 12, 2013

ujian datang bersama dengan thesis

Bismillah...

alhamdulillah, aku diuji lagi. :)
netbook rosak tatkala aku tengah menyiapkan thesis ku.
thesis tak back up. (salah sendiri)
analysis semuanya dalam netbook. T.T
menangis. hanya untuk hilangkan lelah.
mengadu dengan akhawat.
dipesan minta doa pada mak supaya semuanya ok.
solat hajat.
fadhilah yang kuat. mohon pinjam kekuatan daripada Allah.
bila hantar baiki netbook,
orang tu beritahu hard disk dah tak hidup.
possibility, nothing can be cover. 
terdiam. Ya Rabbi.
dia cakap, kalau orang lain yang hadapi case yang sama macam aku ni,
dah lama dia menangis depan dia. 
aku...
hmm, menangis dalam hati je.
sebelum ni tak pernak terjadi.
tak ambil pusing tentang back up.
nasihat buat diri, lepas ni.
apa-apa yang penting, buat back up.
save dalam pendrive ke,
upload dalam gmail ke.
tarik nafas panjang.
bangkit semula setelah menghilangkan lelah ini.
Allah. Allah. Allah.

ya Allah, aku terima ujianMu ini dengan redha. :')

p/s: menghilangkan lelah sambil memandang tasik di belakang PK. kalah dengan ciptaanMu. habis ku mengadu, dengan tasik, pokok-pokok, everything yang ada di situ. sambil membaca Love Letter from Him. :')

Allah. Allah. Allah. 
Engkaulah sumber kekuatanku tatkala diri ini lemah.

Nurfadhilah binti Ismail, tahukah kamu bahawa kamu ni kuat? YES, i'm STRONG with HIM. :')

Sunday, February 3, 2013

TEASER : Trip KAMI ke Utara


29 Januari 2013 - 1 Februari 2013
Our Trip: Actuary USIM 5th Batch






Kelak







Tidak berganjak kedua-dua kaki seorang hamba pada Hari Kiamat sehingga ia disoal mengenai umurnya pada perkara apakah ia habiskan, ilmunya untuk apakah ia digunakan, harta bendanya dari manakah ia peroleh dan pada apakah ia belanjakan, mengenai tentang tubuh badannya, pada perkara apakah ia susutkan kemudaan serta kecergasannya. [HR Tarmizi]