Followers

Sunday, December 1, 2013

Syahid yang tertangguh: Ahmad Ammar

Siapa Ahmad Ammar ni?
ramai yang memuji Allahyarham dengan memberi link video kehidupan dia dari 1993-2013.
cuma tahu dia syahid.

buat diri ni jadi curious. ingin tahu apa kebaikan yang telah dibuat.
so, aku tengok video itu.
MashaAllah! Subhanallah!

Allahyarham mungkin hanya insan biasa.
ramai yang tidak mengenalinya.
tetapi di saat kematiannya,
dirinya dimuliakan sehingga dikebumikan di sebelah sahabat Rasulullah saw, Abu Ayyub Al-Ansari r.a.
ramai yang berebut untuk membawa jenazahnya.
betapa mulianya beliau.
meninggal dunia kerna accident dengan ambulan di Turki.
ya,
di Turki.
betapa mulianya Allahyarham sehinggakan orang yang tidak mengenali dirinya menjadi kagum dengannya.
jasanya mungkin kita tidak ketahui
tetapi,
apa yang kutahu,
hidup dia hanya untuk ummat.

"Sebelum kita tanya apa jasa org pada kita,
Tanyalah diri dulu apa jasa kita kepada mereka.."


ibu bapanya sungguh tenang saat pemergiannya.

https://www.facebook.com/ahmad.ammar.9659/info

http://saifulislam.com/2013/11/ammar-antara-tadbir-insani-dan-takdir-ilahi/



*************************************

tatkala menelusuri kisah Ahmad Ammar, hatiku berbicara ibarat yg ditulis oleh Fatin Nabilah Musanif:

MashaAllah. Subhanallah.
Terdetik rasa kagum pada seorang hamba. 
Hidupnya untuk Tuhan semata.
Baktinya untuk Islam.
Siapa sangka di usia muda, tidak sakit tidak apa, dia dijemput Tuhan.

Ku cuba telusuri kisahnya, jihadnya, matlamatnya.

Serasa ada airmata yang mengalir.
Usia muda, dihabiskannya untuk perjuangan, untuk Islam.
Betapa besar jiwa seorang khalifah bernama Ahmad Ammar.
Mungkinkah qudwah hasanah; Muhammad Rasullah menjadi idolanya?

Jasadnya tidak lagi di sini.

Rohnya juga telah berjumpa Ilahi.
Tapi semangat perjuangannya terus utuh bagai meresap terus ke sanubari.
Mungkin sebentar lagi rohku pula dijemput Ilahi.
Siapa tahu kapan aku akan pergi?
aku juga merindukan Syahid dijalanMu ini..

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.

Moga 'semangat' Almarhum Ahmad Ammar terus hidup dalam diri.
Moga aku juga berjiwa khalifah, berhati hamba.

Bukan syurgaNya yg aku buru...tapi RedhaNya yg aku mahu..

usah gentar,usah bimbang..
dengan tuhan,kita takkan kecundang...
semoga lebih ramai "Ammar" yg bangkit..
Semoga dengan pemergiannya, 
akan melahirkan ramai pemuda yang berjiwa sepertinya.

ameen.

2 November 2013
1 Muharam 1435H
AL-FATIHAH.

Saturday, November 16, 2013

you can choose

Assalamualaikum wbt.

Sekian lama,
tidak berupdate.
kasihan.
tetapi,
lagi kasihan buat diri ni.

****************************************

Jika adanya kelahiran,
pasti ada pengorbanan
dan juga pertumpahan darah
kerna itu
ianya dipanggil jihad
matinya seorang ibu
tika melahirkan seorang nyawa
syurga yang diberikan
daripada Pencipta Alam.

Setiap kelahiran,
bermaksud bermulalah
sebuah kehidupan
yang penuh dengan
segala ranjau dan onak duri
perlu berhati-hati
dan juga perlu bijak memilih
dalam segala tindakan

hanya ada dua jalan
samada kebaikan ataupun kejahatan
tiada tengah-tengah
perlu tulus dalam memilih jalan
sebaiknya
pilihlah jalan kebaikan
nescaya
syurga yang akan digapai
di penghujung jalan,
inshaAllah

moga-moga
hidup senantiasa ingat pada diri-Nya.
tidak kira masa
walau sesaat
walau seminit
walau sejam
walau berhari-hari


2351pm
16112013
Setiawangsa



Friday, October 25, 2013

Maryam Athirah

Dia
pada mulanya nampak sombong
tidak mudah bergaul dengan orang lain
seorang pendiam pada mulanya
dan juga seorang yang pemalu

Dia
seorang yang 'particular'
seorang yang cerewet dengan makanan
nampak 'nerd' pada mulanya

4 tahun sudah
orangnya yang nampak sombong
tidak mudah bergaul dengan orang lain

akhirnya 
telah mengubah dirinya
menjadi seorang yang suka menghiburkan kawannya
kadangkala menjadi penceria suasana
yang juga pandai bergaul dengan orang lain

Dia
seorang pendengar yang setia
punyai nasihat yang bernas untuk didengari
Jika dia diam, ada perkara yang tidak puas hati di matanya
seorang yang suka menolong kawan
disaat suka dan duka

terima kasih kerna sudi 
menjadi seorang kawan
kepada kami

Dia
Maryam Athirah binti Abdull Rahim

Hasil nukilan,
Nurfadhilah Ismail
25 Oktober 2013
12.15pm



Sunday, October 20, 2013

Eh.kau pun ada?







"beb, kau ada masalah eh?"
"takde lah." (senyum)
"jangan nak tipu aku.aku tau kau macammana.share la kat aku. "
"bukan taknak share. kalau share pun, kau pun tak boleh nak tolong aku. takpe, aku boleh handle.jangan risau eh."
"kau jangan nangis eh. kau kan strong."
"amin, moga aku kuat macam yang kau doakan." (senyum)
"jom lunch."






untuk kawan saya yang risaukan saya. thanks a lot for giving support. :')



I know. everyone have problem. and the problem must be face it. don't run from it. 
Moga Allah beri kekuatan.


**************************************************************************

I will miss this moment. forever.
2009
2009

                            

Friday, October 18, 2013

when we got test from Him

Bismillah.

actually, im tired with everything in this life. sometimes, I just wanna give up with all of those things. But, I try to be strong because of Him.

yes, I cried all of the time. but,I try to be a problem solver. I try to not cry again. and alhamdulillah, I made it. :)

and the problem still not solved yet. huhu. :'(
everyone depends on me but I'm tired already.
when the first plan cant be done, we move to second plan and if not succeed, we move to other plan.
fadhilah, please no excuses.
you can do it.

Im tired when too many outsider involved in this matter and they didnt try to solve this but they become instigator/troublemaker in this matter.
human behaviour. its common huh.
and it became worse when the people more trust to outsider compare to insider.
huh.

for the sake of my family,
please pray for us to become more stronger with this test.
amin.

Thursday, October 10, 2013

road in life journey

Bismillah.

ada orang request update blog. ade reader rupanya. :)

hmm, nak update ape ye... actually, many things happen to me along this life journey. :)
everyone have their own life journey. everyone have different journey.
actually, your life journey teaches you many lessons/hikmah that you cant see.
you can see after the things happen.
you will realize, 'owh, this is the hikmah Allah wanna give to me.'

the road we take in this life journey is our choice.
you can choose which road you want.
my advice, please choice the road that can bring you to heaven.
no matter how much pain you had gone through,
please be patient.
always smile.

10.10.13
4:54 pm

Saturday, September 14, 2013

perjalanan pulang ke rumah

                                            aku: "Ira, jom balik naik ktm dari Kuala Lumpur nak?"
                                            Ira: " taknak la. nak naik kat KL Sentral."
                                           aku: " kat KL Sentral nanti penuh orang.orang baru balik kerja.kat ktm                                                          Kuala Lumpur tak penuh lagi."

okey, aku berdiri dari Kuala Lumpur sampai ke Nilai. 1 jam setengah aku berdiri...

sampai ktm Seremban, aku tengok, masyaAllah. penuhnya ruang kat ktm ni. I just wonder, why so many people wanna back home this weekend?
tak pernah pernah aku tengok orang beratur beli tiket ktm sampai ke kawasan teksi and sampai bukak lagi satu kaunter.

sampai Terminal1, I see. bas yang aku nak naik penuh sangat dengan orang.impossible untuk aku berebut.
takpe, solat maghrib first.
should be pukul 8 tu dah ada bas la. then, orang tu cakap ni bas ke Kuala Pilah je.
Bahau lepas ni.

Again. full with people...
driver bus cakap ni bas yang terakhir. dah sudah. macam sardin dah bas tu.
Aku rasa nak menangis bukan sebab bas tu penuh macam sardin. tapi, sebab ada sorang pak cik ni dekattt sangat dengan aku...hati aku tak habis2 ucap, "Ampunkan aku ya Allah." aku asyik beristighfar pada Allah.
aku cuba jarakkan diri dengan pak cik tu. dia makin dekat dengan aku...... "Allah"
aku rasa dia ada niat yang lain. aku always cakap dalam hati, bila pakcik ni nak turun.
Allah...

akhirnya ada sorang adik ni turun, aku ke belakang mencari ruang. alhamdulillah, :') jauh daripada pak cik tu...

aku rasa tak selamat dah.
first time aku rasa nak menangis.

Alhamdulillah, akhirnya sampai Bahau pukul 10.40 malam.
4 jam aku berdiri. usah cakap la kan. imagine sendiri.
taip message kat apis (adik aku), jari aku menggeletar. pelik betul. patutnya kaki yang menggeletar.

first time ever, I decide after this balik rumah naik bus express dari Pudu Sentral.
serik dah.


Patutla aritu Didi beria suruh aku naik bas express walaupun aku ni lebih suka naik ktm.


Selamat Menyambut Hari Malaysia.
Many people back home this weekend because of this holiday. -_-' macammana kau boleh lupa fadhilah.



Monday, August 19, 2013

syukur Ya Rabb :')





Kadang-kadang
Tak semua benda yang kita nak
Kita akan dapat

Kadang-kadang
Kehidupan tak seperti yang kita inginkan

Kita inginkan keluarga bahagia
Diberi pada kita keluarga yang bermasalah

Kita inginkan kasih sayang
Diberinya kebencian

Kita inginkan yang terbaik buat diri kita
Tapi
Langit tak selalu cerah
Kita selalu terkandas ditengah jalan
Buat kita mudah berputus asa
Dengan kehidupan ini

Ramai
Ingin saja terjun bangunan
Ingin saja potong nadi
Kerna dunia tak menyebelahinya

Syukur
Masih ada Tuhan
Yang Maha Mengerti

Syukur
Masih punya iman
Masih punya Allah
Yang Maha Penyayang
:')


190813;
2214pm

Sunday, August 18, 2013

tiada siapa-siapa






Hati bergetar
Tidak kenal diri
Jauhnya engkau pergi
Mahu ke mana

Hati bergetar lagi
Aku mahu pergi jauh
Tinggalkan semuanya

Hati bergetar
Engkau takkan mampu
Ada yang masih sayang engkau

Siapa?
Aku sudah tiada siapa-siapa

Pulanglah
Pulang ke pangkuanNya
Dia masih ada
Walau bagaimana keadaan kau sekalipun
Dia terima

Pergilah
Pergi dekat pada Dia
Dia Maha Mendengar
Dia Maha Mengetahui

Sujudlah
Sujudlah padaNya
Dia Maha Mengerti
Mengadu pada Dia
Kerna Dia Maha Mengetahui
Dan
Bisa memujukmu
Agar hati menjadi tenang
Setenang yang kau mahukan

18082013
2343pm







hati


Bismillah

Hati,
Untuk kesekian kalinya
Kau disakiti lagi

Hati,
Pada siapa engkau ingin mengadu?
Pada siapa lagi?

Hati,
Tenanglah dikau
Hanya ingat pada Yang Esa
Penyembuh segala luka


Katakanlah Muhammad, " Aku tidak kuasa mendatangkan manfaat maupun  menolak mudarat bagi diriku kecuali apa yang dikehendaki Allah. (Al-A'raf: 188)

jalin ukhuwwah with primary schoolmate

Bismillah

100813

"Korang, sape nak join raya besok." Anati post di group fb " skp12 1997 - 2002"

8 buah rumah beraya.
Rumah anati, izan, emy, piqa, walimah syafiq, ayed, fidzah n last but not least rumah faizol.

Lama dah tak jumpa.update tentag diri masing2.
Terkejut tak lama lg nati will be married. Terkejut aku. Bila masa tunang, tau2 je cakap jangan lupa datang walimah dia nanti.

"Nati, berapa hantaran kau mintak kat belah lelaki." Tanye azli.
"Dia tu nak survey harga hantaran tu  nati," kata mak piqa.
"Ikut kau la.aku tak banyak pun mintak.nanti kau cakap kat bakal isteri kau, life lepas kahwin lagi penting. Berapa banyak hantaran tu tak berapa penting."

Terbaik punya jawapan nati. :))

Pergi rumah guru besar aka ayah fidzah...maintain je guru besar ni dengan songkoknya. :D
Pergi rumah faizol, ayah dia masih ingat lagi ayah kitorang semua.
Terbaik la cik jaafar ni.ingatan masih kuat.

Taktau pulak walimah syafiq haritu.
Aku siap tanye lagi kat nati
"Sape kawin ea arini.ade khemah."
Syapiq kawen la.rumah sebaris pun taktau.
Haru kau fadh.
Lain kali bila balik tu, tengok semua kad jemputan dulu. Kata faizol.

Masing2 cerita balik zaman sekolah dulu.
Seriously, aku tak ingat dah.
Samar2..
Kalau citer part cikgu, memang ingat la.



Piqa will be english teacher
Anati will be journalist
Fidzah will be daie ustazah pilihan.
InshaAllah


kurindu padanya

Bismillah

080813 / raya pertama

"Sape nak ikut akak pi ziarah kubur arwah wan?"
"Nak ikut", cousinku membalas.

"Kita pi lepas asar ye."

"Uda tak pernah jumpa arwah wan.muka arwah wan tu camne?"
"Tengok muka mak lang.serupa."

Lama dah tak ziarah kubur arwah wan.

"Wan, cucu wan semua dah besar.kami rindukan wan."
Semoga wan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Al-fatihah~

15 tahun sudah masa berlalu.
Masih lagi segar dalam ingatan.

Amin: "wan dah takde" (kami sibuk main buaian yang digantung  di pokok brsama sepupu yang lain.)
Aku naik, pi tengok wan. Wan senyum.wan tinggalkan kami di hari yang mulia, hari jumaat.

Dulu
1998
Sekarang
2013
Kami rindu
Al-fatihah

Thursday, August 8, 2013

08082013-EndofRamadhan1434H

080813; 0248am

Pagi tadi, technician TM datang...

sambil2 tu borak dengan apis dengan mak, 

"bang, nanti suruh adik abang ni buat *takingatapediacakap* "
apis: "bro, sebenarnya dia kakak saya, bukan adik, hehe.lg 1 umur sy baru 21 tahun"

technician TM: "yeke, sorry ye.x nampak macam adik.."

the rest is history. actually, technician tu orang kampung kami kt rembau...memang rancak la mak berborak.




*********************************


Right now, I can be patient.
I'm not sure whether to angry with him
or
to pity with him


whatever it is, I must be patient with this matter.
hold on, your time will come...

OH PROBLEMS, YOU KNOW WHAT?
YOU'RE NOT BIG, ACTUALLY...
I HAVE ALLAH 
AND I KNOW I CAN SOLVE YOU WITH ALLAH WILL.

080813; 0258am

Taqaballahu minna wa minkum
semoga Allah menerima amalan kita, inshaAllah
Salam Eidul Fitri buat semua.
Dear Ramadhan, 
You will be missed. :')

Sunday, August 4, 2013

berharap





Allah

ku punyalah mengharapkan dapat 10 malam terakhir
tapi,
Engkau lebih Maha Mengetahui

ya Allah,
Engkau terimalah segala amalku
walau ku tahu, amalku hanyalah sedikit
jika nak dibandingkan dengan hambaMu yang lain.





ramadhan 1434H





ramadhan 1434H
ku merasakan kelainan pada kali ni

ya Allah
ku hanya mendambakan pengampunan daripadaMu 
atas segala dosa yang lampau
tika ku alpa dengan duniawi
ku lupakan Engkau

Engkau yang lagi Maha Pengampun
lagi Maha Penyayang

selangkah ku jauh daripadaMu
seribu langkah Engkau mendekatiku

ya Allah, 
ku tak layak untuk mendambakan syurgaMu
tapi ku jua tak sanggup ke nerakaMu ya Allah




Thursday, August 1, 2013

when i made a mistakes

Bismillah...

***curi masa sekejap***

when i made a mistake in motor takaful.

after i done do a quotation for one participant, I realizes something. I was made a mistake again. the period of takaful is not same as before. the policy is still not expired yet. huu.

I said tu kak hidayah, one of the staff.

"kak dayah,camne ni. dah buat silap lg."
kak dayah cakap, "nak buat camne, kena la pi tingkat 12 sat g.tapi, nanti fadh cakap."

"kak dayah, tak reti nak cakap."huu
"kalau fadh buat silap selalu fadh akan buat apa. cakap je dengan hati. takde skrip pun."

level 12 is a haunted place for us. haha. because level 12 is a place when something wrong with our work. they will cancel or do something with the things we bring to them.usually the policy matter and NCD if motor takaful case.

I start to practice how to talk with the staff after this with kak dayah.
I don't want to talk with someone-that-always-angry-to-us when we do this thing.
I remember when the first time we do the mistake and I still a newbie in this place, she was mad with me and kak dayah with crazily. T.T

and the second time, we ask to another staff to markup our mistakes.
before this, kak dayah was made the mistake. so, she was talk to the staff but I also have with her when the mistakes happened. so, we put the responsibility together.

since the third mistakes was made by me, kak dayah ask me for told to them.
then,  I tried to talk with Puan Ayu, staff at level 12. sometimes she mad with us because the mistake but we're comfortable if we mad by her. this is because the way she mad to us is like a sister mad to her younger sister. haa, like that...

*phewww, today, her mood is good.*  punya la practice nak cakap dengan dia before jumpa tadi. huu...

alhamdulillah, we can meet with Puan Ayu and Mr. Shahril if anything.

tired huh, always go to level 12 and level 20...after we correct our mistake, we went to level 12 again. 


when we made mistakes, many things we can learn.

"do something you hate everyday,
just for the practice"

-JOHN C.MAXWELL-

Sunday, July 28, 2013

perkongsian di bulan ramadhan

Salam Ramadhan #19

alhamdulillah wa syukr lillah, masih dikurniakan nikmat untuk menyambut ramadhan pada tahun ni. moga Allah beri kesempatan untuk sampai ke penghujung ramadhan.

alhamdulillah, harini dapat menunaikan solat subuh di Masjid Al-Mukhlisin, Alam Damai bersama keluarga mirra...terkejut tengok masjid tu penuh dengan muslimin dan muslimat. kanak-kanak pun ada. saff penuh.

aku: "mira, masjid ni memang sentiasa ramai orang ea"
mira: "haah, selalunya ramai. arini hari ahad, ramai balik kampung.kalau hari biasa, lagi ramai daripada yang awak tengok tadi."

sebelum imam mulakan solat subuh, sempat pulak panggil budak-budak kat atas,

"anak-anak yang ada kat atas tu, mari turun solat jemaah sama-sama"
(ada qiamulail pagi tadi.)

alhamdulillah, sempat dengar kuliah subuh daripada ustaz zawawi yusoh. rasa macam banyak sangat ilmu yang dapat tadi.nak share kat fb, tapi panjang sangat.huu...share kat sini je la supaya aku boleh rujuk semula di masa akan datang. 

ustaz zawawi beri kuliah yang bertajuk tentang ISTIQAMAH.

istiqamah ni ada 3 jenis: 

1. ilmul yaqin
2. ainul yaqin
3. haqqul yaqin

1. ilmul yaqin

"ilmu jadi imam, amal jadi makmum."

 faham dak fadhilah.
sesuatu amalan tu bermula dengan ilmu. sekiranya tiada ilmu, tiadalah amal.
ilmu. ilmu adalah cahaya, ia takkan turun pada orang yang melakukan maksiat.
nak beristiqamah, kena berlandaskan iman. nak ada iman, kena berlandaskan ilmu.

orang sekarang ni, suka mengasingkan iqra' dan ifham. baca lain, faham lain. iqra' dan faham ni perlu seiring.

orang sekarang ni suka buat pakai ikut, bukan berdasarkan pada ilmu.

2. ainul yaqin

ilmu yang nampak depan mata.nampak dengan mata hati. subhanallah.

doa yang paling special, adalah doa daripada hati. 

orang sekarang ni suka berdoa dengan bacaan sedap. ada beza antara attalaq dan doa.
attalaq ni ucapan yang kita ucapkan tanpa ada rasa hati. doa pulak, adalah doa yang datang daripada hati. (erm, kena check balik tntg attalaq, tp td dengar ustaz sebut attalaq,hmm)

3.haqqul yaqin

haqqul yaqin ni macam hati kita dah sebati dengan amalan yang dah dibuat.
contohnya, sebati dengan al-Quran. Quran tu sentiasa ada dihati. Quran tu tak asing buat diri dia. Quran tu bukanlah dibuka di saat bulan ramadhan sahaja.

haqqul yaqin ni jugak boleh diistilahkan pabila seseorang gementar hatinya apabila dengar nama Allah. subhanallah. 

contohnya, azan. 
pabila dilaungkan Allahu Akbar, hati kita akan berkata,

"Allah, dunia ni kecil je jika nak dibandingkan dengan kebesaranMu ya Allah."

sebenarnya, orang salah faham dengan maksud hormati azan. hormati azan, bukanlah sekadar tidak bercakap ketika azan berkumandang. tetapi, hormati azan tu dimaksudkan dengan terus menyiapkan diri untuk tunaikan solat. 

ada satu kisah:

sorang pemuda yang memakai seluar pendek sedang bermain bola di padang. kemudian, dia terdengar azan asar berkumandang. terus dia stop sekejap daripada main bola tu. pabila azan asar habis, dia sambung semula main bola tu sampai lah ke solat isyak. 
dia tak solat pun. apa yang nak diceritakan kat sini, hormati azan bukanlah seperti apa yang dia lakukan ni. sepatutnya, selepas dia dengar azan, should be solat first. then, baru continue...

sambung balik haqqul yaqin,
sekiranya kita seronok lakukan ibadah, inshaAllah akan istiqamah.orang yang ada haqqul yaqin ni menganggap setiap ibadah yang dia lakukan, adalah special buat diri dia.dia tau nilai setiap ibadah. apa dia nilai setiap ibadah? tu... nilainya adalah SYURGA.lagi sekali, nilainya adalah SYURGA. yang nampak nilai syurga tu adalah yang ada haqqul yaqin dalam dirinya. dari luar nampak kosong, tapi sebenarnya amatlah bernilai.




ada lagi satu kisah: 

kisah seorang ayah yang hanya pentingkan kerjanya daripada keluarganya. satu hari, dia menyuruh anak dan isterinya balut hadiah untuk diberikan pada kawan-kawannya. anak dan isterinya pun membalut hadiah tu.

esoknya, anaknya beri hadiah yang dibalut tu pada ayahnya.
anak: "ayah, ni hadiah yang adik balutkan."
ayah: "ok"
anak: "ayah, adik ada hadiah nak bagi pada ayah."
ayah: "betul ke hadiah ni. cepat sikit. ayah dah lewat nak pergi kerja."
anak: "betul ayah, ni hadiah buat ayah." sambil memberikan satu kotak besar buat ayahnya.

ayahnya pun buka hadiah tu, terkejut ayah dia ni sampai marah pada anaknya.
"kau bagi kotak kosong je. bertuah punya anak."

anaknya menjawab, "ayah, hadiah tu special buat ayah. cuba ayah tengok betul-betul."
ayah: "kau jangan nak menipu. dalam kotak ni kosong. satu barang pun takde."
anak: "ayah, dalam kotak tu adik dah letakkan peluk, cium dan kasih sayang adik pada ayah. supaya ayah boleh bawak kotak tu pergi mana2. adik balut peluk cium dengan kasih sayang adik dalam kotak tu.adik nak ayah selalu ingat yang adik sentiasa ada dengan ayah walau kat mana pun ayah."

terharu ayah mendengarnya.dia terus memeluk anaknya sambil meminta maaf pada anaknya tu.

nak cakap nya kat sini. 
kita nampak kotak tu kosong, tapi sebenarnya nilai yang ada dalam kotak tu teramatlah berharga...



*****************************************************




ibu adalah kunci ke syurga.

pastu, ustaz share satu pengalaman dia dalam satu program modul umrah yang dilakukan.
ada satu kisah seorang pemuda ni share kisah hidup dia.

"ustaz nak tau tak, mak saya tu penipu orang nya."

terkejut ustaz dan peserta yang lain.

lepas tu, dia sambung.

mak saya tipu saya. ada satu masa tu, saya dan adik beradik lain makan. waktu tu mak tengah sidai kain. kami makan sampai bahagian lauk mak habis kami makan. lepas mak habis sidai baju, mak pun tanya, 

"mana lauk mak?"
"maaf mak, lauk mak kami terhabiskan tadi."
mak diam je. pastu mak cakap,
"takpelah, mak dah kenyang sebenarnya" mak cakap sambil senyum dan pergi kerja.

ade satu masa lain, kami makan lauk ikan sampai tinggal tulang je. 
mak makan tulang ikan tu. 
saya pun cakap, "mak, kenapa makan tulang ikan?"
mak, "takpe. tulang ikan ni makanan kesukaan mak." kata mak sambil senyum lagi. 

bila saya dah kerja, saya beri duit pada mak. 
"mak, ni duit buat mak. boleh buat belanja nanti."
mak, "takpe. mak ada banyak duit lagi."

saya bercakap pada mak, "mak, rehatlah.mak kan tak sihat tu."
mak, "takpe, mak tak sakit pun." kata mak lagi sambil senyum.

selepas tu, mak saya meninggal dunia. mak saya meninggal dunia sebab penyakit leukimia yang dia ada.

"sebenarnya, mak lapar sangat masa kami terhabiskan lauk mak tu. mak tipu kami.
sebenarnya, mak suka makan ikan. tulang ikan bukan makanan kesukaan mak. mak tipu kami.
sebenarnya, mak takde duit pun masa saya nak bagi tu. mak tipu saya ustaz. 
sebenarnya, masa saya suruh mak saya rehat, mak saya tengah tahan sakit leukimia yang dia ada. mak tipu kami."




kami semua menangis dengar cerita ni.

kenapa kita boleh sayang mak kita, tapi kenapa kita tak boleh sayang Allah, lebih dari kita sayang mak kita.
kenapa kita tak berani nak ingkar perintah mak, tapi kita berani ingkar perintah Allah.
kenapa kita boleh cintakan mak kita,tapi kita tak boleh nak cintakan Allah.

**********************************

cara nak beristiqamah, kena minta pada Allah, doa daripada hati. setiap amalan tu ulang banyak kali sampai jadi satu habit.


'Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu anni’ 

[Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf lagi Maha Mulia yang menyukai permintaan maaf, maafkanlah aku].


selamat mengejar malam 10 terakhir ramadhan. :)



sekiranya ada salah dan silap, bolehla perbetulkan... 


***jazakillah khairan jaza' mira :) sebab bagi kita tumpang tido and ajak pergi solat jemaah kat masjid and dengar kuliah subuh ni.***

Thursday, July 18, 2013

fitrah











Ya Allah, ampuni aku.
ku telah cuba tapi tak berdaya.
Engkau berikan kepadaku satu kekuatan.




kita boleh ke nak melawan fitrah?
tak boleh kan.
tapi,
saya taknak.






Ya Rabb~~

internship

bismillah....

sekejap je masa berlalu.tau2 je da 2 minggu kita berada dlm bulan ramadhan.first experience, ramadhan di KL sbb aku praktikal di sini. akademi etiqa, dekat dgn jln TAR. jalan always jammed.nak cerita experience intern di akademi etiqa. aku intern under agency. so far, sekarang ni aku buat general takaful. belum sentuh lagi life takaful. baru belajar tentang product etiqa.

yang best nye kat sini, everyday ada kuliah zuhur.cuma kita je yang kena pilih samada nak pergi dengar atau tak.

staff di agency ni pun memang seronok la. terhibur sikit kalau ade dorang which are kak lynd and kak ayu. ada sorang agent, kitorang panggil cik aya. cik aya always share experience dia.sometimes, ape yang cik aya cakap, kita akan motivated secara tak sedar.,seriously.

aku tinggal kat rumah abang aku yang sulung, kat setiawangsa.aku panggil Didi. hehe.dari rumah nak ke lrt, ambil masa tak sampai 5 minit if naik bus rapidKL. if jalan kaki, ambil ,masa 15minit.jarak dia lebih daripada 1km..abg aku army. so, cara dia cakap tu macam dekat je.first time jalankaki, rasa macam nak tercabut kaki ni.ade je aku nak kenakan dia tapi tak sampai hati. lame2 ok la. tapi kesian kat kasut aku.makin lama makin haus.

sekiranya aku rajin, aku akan jalan kaki ke lrt.
sekiranya aku malas, aku akan naik bus rapidKL.

***tadi dengar kuliah zuhur, amatlah menusuk dalam jiwa setiap apa yang ustaz tu cakap. mostly about dosa.dosa2 kita.

astaghfirullahaladzim...

Sunday, May 26, 2013

belang = makin cantik









Didi bawak pi Ulu Bendul utk ambil udara segar katenye. demam ku x kebah2. ade cerita disebalik rumah sewaku.jeng jeng jeng.
first time jumpa kak fie a.k.a kak ipar selepas dia lahirkan Umaira a.k.a anak buah.

kak fie: "nape muka fadhilah makin gelap ye."
me: "haa~ aritu banyak kena jemur kot. tu pasal jd mcm ni. -_-'

balik rumah, the same question from my mom,

mak: "nape muka akak makin belang. ketara sangat ni."
me: "akak berjemur. byk na aktiviti buat aritu. tulah, muka da la gelap, jd mkin gelap pulak. huu~"







banyak cerita yg da basi. but, what can i conclude, too much experience I got from that activity. thanks to Allah. :)

Thursday, May 16, 2013

no-one-else-know-about-me-except-HIM :')










when it comes to family, i'm easy to cry. once again. not once. more than that. 











THIS IS THE TIME. ENOUGH IS ENOUGH. A BIG TIME.

Tuesday, May 14, 2013

BM

Bismillah...

lama sudah blog ni tak ber'update'... bersawang pun ye.. (mane kau tau dah bersawang, fadh?')

tajuk entry kali ni adalah 'BM'
tau ke ape 'BM'  tu... 
'BM' = Baitul Muslim = dua hati disatukan menjadi satu. (macam ni boleh ke.)




adik2 bertanya, bila akak nak isi borang BM?
bila nak ber 'BM'?

aku: -_-'
entahlah. nak isi tapi tak isi2 lagi. dulu rasa nak kahwin cepat, tapi sekarang ni commitment banyak. so, i can't think about married first. teringat kata2 seorang kawan ni, if family kita tak setle lagi, kita tak boleh nak berfikir jauh lebih daripada tu seperti kahwin.tapi, if jodoh dah datang, takkan kita nak deny? ye dak. huu~

from individu muslim pun, aku masih banyak lagi kena belajar. kena mantapkan fikrah. I admit that I'm not grown like other my friends. masih tak bersedia untuk menempuh tangga yang seterusnya iaitu Baitul Muslim. daripada individu, menjadi berdua akhirnya membentuk satu keluarga. papepun, preparation mestilah kena mantap dulu. woah! 

nak ber'baitul muslim' ni, yang pertama sekali kita kena fikir tentang niat kita. tujuan kita untuk berkahwin. kenapa nak berkahwin.


Saya nak berbm sebab nak jaga hati
(hmm betul, tapi ada benda lebih besar kena fikir)

Saya nak berbm sebab saya nak ada penyambung generasi
(hmm betul betul betul, tapi ada benda lebih besar kena fikir)

Saya nak berbm sebab saya rasa saya dah ready
(Hmm boleh jadi betul, tapi ada benda lebih besar kena fikir)

Saya nak berbm sebab saya nak lar, sebok je nak tahu
(Saya sayang la sebab tu saya sebok, nanti jangan menyesal :P ) 

(yang ni, aku quote from blog of my friend. )

yang paling utama adalah niat kita. niat untuk ber'bm' adalah untuk mencari redha Allah. still dengan matlamat mengejar Dia yang Satu.

konklusi, pilih lah pasangan berdasarkan agamanya. inshaAllah akan lebih diberkati oleh Allah.






wallahu'alam

*** balik kelas semalam, nampak poster kursus kahwin on this month. bercadang untuk pergi. ada yg mengatakan JAKIM akan menukar modul selepas ni. 

Thursday, April 11, 2013

hanya sekadar luahan

"dia nak 'cuci tangan' sekarang ni.
dia nak enjoy
tak nak ambil peduli lagi dengan mereka semua.
dia nak hidup senang sekarang.
dia tak nak fikir tentang mereka lagi."

ouchh, my heart is hurts when im heard this from someone that i know. 

Ya Rabbi, please give us a strength. 
Hanya padaMu kami mohon kekuatan.

im cried again because of this.
i just want to ignore this, but i can't. 

Thursday, February 21, 2013

Hati dan burung


Bismillah…

Dina dan Batrisya memandang ciptaan Allah di satu laut. Subhanallah, kaku sebentar dengan ciptaanNya. kelihatan seperti seekor burung helang laut sedang berlegar di ruang langit.mencari makanan mungkin.


Dina: “Trisya, tau tak, hati kita ni ibarat burung. Macam burung helang kat atas tu.”

Batrisya: “tak tau. Perumpamaan mana pulak ni?apa yang diibaratkan.”

Dina: “Eheh. Perumpamaan daripada Ibnul Qayyim. Ibnul Qayyim kata: “Perumpamaan hati sama dengan burung yang terbang, semakin tinggi terbang semakin terhindar dari bencana, semakin rendah terbang semakin terancam bencana."

Batrisya: “Maksudnya? Tak faham.”

Dina: “okeh. Macam ni. Maksudnya, bila burung terbang tinggi, dia akan susah nak kena bencana macam kena tembak dengan pemburu ataupun sebarang penyakit.  Bila dia merendah ke bawah, bencana tu senang je akan kena pada dia sebab musuh banyak berada dibawah. Penyakit pun senang je nak dapat.”

Batrisya: “ok. Faham part burung tu. Tapi, kaitan dengan hati macammana pulak?”

Dina: “hati. Kisah burung ni di analogikan pada hati dan cita-cita. Bila burung tu terbang tinggi, bermaksud cita-citanya tinggi. Bila seseorang tu ada cita-cita yang tinggi, dia tak pedulikan hal-hal yang remeh. maksudnya dia terbebas dari hal-hal yang rendah sebab dia sibuk dengan urusan yang besar-besar je."

Batrisya: “cita-cita yang tinggi ye.hmm. menarik betul.maksudnye kat sini cita-cita kita sebagai seorang muslim la kan. Apa yang kita nak capai. Hal-hal yang remeh tu adalah perkara yang lagha la kan. Cita-cita kita sebagai seorang muslim adalah untuk mencapai redha Allah. Betul tak?”

Dina: “betul tu. nak capai redha Allah. Pandai la awak ni.”

Batrisya: “takdela. Betul la.tu jawapan semua orang tapi nak capai tu bukannya senang. Huhu. Thanks tau sebab bagitau satu ilmu buat kita."

Dina: “ilmu buat kita jugak.”


Monday, February 18, 2013

Kahfi

“Hari ni hari Jumaat.Baca al-Kahfi la patut.” Najib pandang teman di sebelah yang tengah potong fishball dengan hujung mata.Arah muka tegak je pada isi periuk yang tengah menggelegak.Senyum yang terasa nak pecah di bibir ditahan je sungguh-sungguh.Karang mau ada yang berbuka makan penyepak jadi main course silap-silap.Mee kari ni buat dessert je karang.

“Panjang sangat la surah tu….” Muka kelat. “Mengah aku nak habiskan.”

Haha.Jawapan dah diagak.Gelak yang terasa nak pecah jadi vokal pun dia telan terus je masuk perut.Telan gelak secara figurative taper.Tak batal puasa.Eheh.

Najib sengih. “Kau ni pun…..novel panjang berkajang beratus muka surat larat pulak nak baca sehari semalam tak berhenti.”

“Pedih la weh,sindir makan dalam.” Muka makin kelat.

Ketawa. “Surah Kahfi tu best la weh sebenarnya.Tapi dengan syarat kena baca sekali dengan dia punya tafsir la.”

Fahmi si teman berhenti terus potong fishball.“Lagi double the panjang nak ambil masa la kot kalau nak kena baca tafsir ayat dia sekali!Double mengah semput!”

Najib muka toya. “Aku buat tader la pulak semput putus nafas?”

“Kau lain….” Fahmi muka cemberut.Terus dia sambung kerja potong fishball.Nak makan mee kari di bumi yang beribu batu jauh dari rumah ni pandai-pandai buat sendiri la,bro.Mana nak cekau gerai tak pun merengek kat mak suruh masak.

“Amende yang lainnya.Kau makan nasik,aku makan nasik.Kau makan mee kari,aku makan mee kari….”

“Kau nampak aku pegang pisau ni?” Fahmi pandang Najib yang pegang senduk dengan kening terangkat sebelah.

Najib sengih selamba. “Sesungguhnya aku berpuasa.” Heh.

Tak jadi nak marah.Fahmi balik sambung potong fishball.

Senyap sekejap ruang dapur studio apartment tu.Hanya bunyi kipas cooker hood dan bunyi kuah menggelegak je yang mengisi ruang.Dan jugak bunyi pisau bertemu cutting-board.

Senduk di tangan mengacau kuah mee kari dalam periuk.Najib pandang Fahmi sekilas sebelum kembali dia pandang kuah mee karinya. “Kita rasa boring mengah macam tu sebab kita baca tak paham hujung pangkal,tak faham apa kot?”

Fahmi tak menjawab.Hanya terus potong fishball.

“Bila baca dengan makna,baru feel.Tau dalam tu sebenarnya sebut pasal apa.”

Tak bagi respond apa juga.Fishball dah habis,Fahmi sambung pulak dengan potong fishcake.

“Macam kalau orang tengok Hindustan tak pakai subtitle la.Sah tak faham apa kot,kan?Lost kelam kot ada.Lepas tu kata storyline ntahapahapantah.Padahal sendiri yang tak faham bahasa.” Fahmi dipandang lagi dengan hujung mata.

“Kau,memang suka bagi sindir makan dalam.” Kelat dah bertambah pahit.Makin laju tangan potong fishcake.

Najib sengih. “Tak….aku cakap benda betul la ni,cuma on a lighter note with an extreme example je.Nak bagi lagi senang faham and relate.” Senduk diletak dalam piring tepi dapur.Dia memusing badan agar dapat bersandar pada kitchen counter. “But seriously,surah Kahfi best kot.Banyak kisah.Banyak ibrah.”

“Kau jangan apply Arabic kau kat aku,boleh?” Mulut je yang menjawab.Tapi Fahmi tak angkat muka pun.

Haha. “Ibrah tu loosely translated as pengajaran la.”

“Bukan dalam surah Kahfi tu cerita pasal orang tidur dalam gua tu je ke.” Pisau yang berlari memotong fishcake terhenti.Fahmi pandang Najib dengan muka berkerut.

Sengih. Dia melangkah ke arah meja makan yang jadi pemisah ruang dapur dengan ruang belajar/bilik tidur.Tafsir hitam di tangan diletak di atas meja study si teman. “Try kau cuba baca pakai tafsir aku.Tapi dengan syarat after each ayat kena baca the meaning.”

“Kau tak nampak aku tengah buat apa ni?”

“Lepas habis masak karang la,bro!”

***

“Best betul kau punya tafsir!”

Sengih I-told-you-so.

Dengan gaya buat tak nampak sengih tu je dia terus menyambung. “Baru aku tau lepas cerita pasal pemuda Kahfi tu ada cerita pasal Nabi Musa dengan Nabi Khidir as well.” Fahmi gosok dagu sambil pandang siling. “Then lepas tu cerita pasal kisah Zulkarnain pulak.An the story example of the two men with the gardens.Siap ada blow-by-blow dialogues tu.” Muka kagum. “Serius sebelum ni aku tak pernah perasan dan tau.” Masih bercerita dengan gaya bersemangatnya. “And the complimentary hadiths to support the kisah of those ayats!Serius tafsir kau best,weh.Yang pasal kisah Nabi Musa dengan Nabi Khidir punya hadith panjang tu memang totally detailed and complimented the ayat yang cerita pasal the kisah.And the hadith pasal Yakjuj and Makjuj jugak.” Senafas je Fahmi menghabiskan detailed commentary.Kalah sports commentator bagi commentary pasal Usain Bolt lari tengah Olimpik.

Senyap sekejap tiga saat.“I guess… the passion and enthusiasm are in the right place.” Najib sengih. “Kau dah gaya bagi review novel yang menang Hadiah Nobel je gayanya.”

“This..” Tafsir di tangan di angkat. “…is beyond all the best books ever written by mankind.Ever!” Fahmi memang gaya semangat sungguh.

“Of course.” Sengih I-told-you-so lagi.Sengaja menggiat.

“Provided that orang faham the maksud,though.” Muka berubah.

“Yang penting kita mulakan dengan baby steps kot,no?”

“Hmm.” Non-committal.Fahmi renung dinding.Dahi sedikit berkerut.Kemudian dia pandang Najib yang tengah bersila di atas katil setentang.Najib pandang dia balik dengan kening terangkat sebelah.

“Apanya?” Tau muka ada soalan.

Fahmi pandang tafsir di tangan.Kemudian pandang Najib balik. “Bukan kau ke dulu yang cakap kat aku kalau betul sayang kawan,benda yang dia paling sayang patut bagi kat kawan yang dia sayang tu.” Kening double-jerk sambil pandang tafsir di tangan.

“Weh!Tu aku nak buat pusaka keturunan aku tu!”

Hahahaha.Ingat dia je tau menggiat orang?

“Tapi kalau kau dah nak sangat,kau ambil je la de.” Muka pasrah.

Fahmi senyum. “Esok turun Darus Salam,yuk.”

“Nak cari apa?”

“Aku pun nak ada benda buat pusaka keturunan aku jugak.”

Sengih.

“Harapnya pusaka berbaca.” Fahmi sengih juga. "Dan difaham makna.Dan dihadam diamalkan jugak."

“Tau taper.Letak dalam almari kumpul habuk,tak ada makna.”

“Weh.”

“Hmm?”

“Thanks.”

Sengih aje.


***this entry totally from Hlovate. 

Tuesday, February 12, 2013

ujian datang bersama dengan thesis

Bismillah...

alhamdulillah, aku diuji lagi. :)
netbook rosak tatkala aku tengah menyiapkan thesis ku.
thesis tak back up. (salah sendiri)
analysis semuanya dalam netbook. T.T
menangis. hanya untuk hilangkan lelah.
mengadu dengan akhawat.
dipesan minta doa pada mak supaya semuanya ok.
solat hajat.
fadhilah yang kuat. mohon pinjam kekuatan daripada Allah.
bila hantar baiki netbook,
orang tu beritahu hard disk dah tak hidup.
possibility, nothing can be cover. 
terdiam. Ya Rabbi.
dia cakap, kalau orang lain yang hadapi case yang sama macam aku ni,
dah lama dia menangis depan dia. 
aku...
hmm, menangis dalam hati je.
sebelum ni tak pernak terjadi.
tak ambil pusing tentang back up.
nasihat buat diri, lepas ni.
apa-apa yang penting, buat back up.
save dalam pendrive ke,
upload dalam gmail ke.
tarik nafas panjang.
bangkit semula setelah menghilangkan lelah ini.
Allah. Allah. Allah.

ya Allah, aku terima ujianMu ini dengan redha. :')

p/s: menghilangkan lelah sambil memandang tasik di belakang PK. kalah dengan ciptaanMu. habis ku mengadu, dengan tasik, pokok-pokok, everything yang ada di situ. sambil membaca Love Letter from Him. :')

Allah. Allah. Allah. 
Engkaulah sumber kekuatanku tatkala diri ini lemah.

Nurfadhilah binti Ismail, tahukah kamu bahawa kamu ni kuat? YES, i'm STRONG with HIM. :')

Sunday, February 3, 2013

TEASER : Trip KAMI ke Utara


29 Januari 2013 - 1 Februari 2013
Our Trip: Actuary USIM 5th Batch






Kelak







Tidak berganjak kedua-dua kaki seorang hamba pada Hari Kiamat sehingga ia disoal mengenai umurnya pada perkara apakah ia habiskan, ilmunya untuk apakah ia digunakan, harta bendanya dari manakah ia peroleh dan pada apakah ia belanjakan, mengenai tentang tubuh badannya, pada perkara apakah ia susutkan kemudaan serta kecergasannya. [HR Tarmizi]