Followers

Thursday, December 20, 2012

pujukan

Bismillahirrahmanirrahim...

Sekali lagi, ini yang aku dapat apabila membaca Love Letter from Him tatkala diri dirundung masalah.
secara random, ini yang telah diilhamkanNya kepadaku. :')
dan sebagai pujukan buat diriku ini. 


"Maka hadapkanlah wajahmu dgn lurus kpd agama (Islam); sesuai (fitrah) Allah disebabkan Dia telah menciptakan manusia menurut (fitrah) itu. Tidak ada perubahan pada ciptaan Allah. (Itulah) agama yang lurus,tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."(30:30)


"Dan apabila Kami berikan sesuatu rahmat kepada  manusia, nescaya mereka gembira dengan (rahmat) itu. Tetapi, apabila mereka ditimpa musibah (bahaya) kerana kesalahan mereka sendiri, seketika itu mereka berputus asa." (30:36)





jangan biarkan kami dalam keadaan berputus asa, Ya Allah.




"Dan tidaklah mereka memerhatikan bahawa Allah yang melapangkan rezeki bagi siapa yg Dia kehendaki dan Dia (pula) yg membatasi (bg siapa yg Dia kehendaki). Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang beriman." (30:37)


"Allah yg menciptakan kamu, kemudian memberimu rezeki, lalu mematikanmu, kemudian menghidupkanmu (kembali)...." (30:40)





~Dan hatiku tenang Ya Allah. :') 

Dia lebih mengetahui segalanya tentang diri kita. dan Dia tahu apa yang terbaik buat diri kita.

No comments: