Followers

Tuesday, November 27, 2012

insan terpenting dalam hidup


Bismillahirrahmanirrahim..

Di kala ini, langit tengah menangis. Hujan dengan lebatnya. Alhamdulillah wa syukrilillah.  lama sudah tak update blog dengan perkara yang bermanfaat.maafkan diri ni kerna banyak update tentang diri sendiri sehinggakan diri ni merasa lemah dengan ujian yang berlaku. Adakalanya kita akan berada di atas, adakalanya juga kita berada di bawah. Itulah aturan hidup. Tak semua akan berada di atas. Ingin sekali berkongsi apa yang telah dikongsikan oleh seorang classmate pada pagi tadi.

 Mungkin tajuknya tidaklah se gah tazkirah yang sahabat lain kongsikan.  Ada yang tersenyum pabila dia memulakan percakapannya.

 Apa yang boleh diringkaskan daripada cerita sahabat saya, ianya mengenai seorang ayah yang tidak dipedulikan oleh anak angkat dan anak kandungnya sendiri. Tika usianya telah lanjut, anak kandungnya menghantar ayahnya kepada anak angkatnya yang tidak berada dalam terurus yang mana anak angkatnya seorang kaki judi dan sebagainya.  Sehinggakan satu hari anak angkatnya menipu ayah angkatnya untuk menandatangan satu dokumen yakni dokumen menjual tanah ayahnya dan berjanji akan mengubati penyakit ayah angkatnya itu. Setelah mendapat duit, anak angkatnya menghilang. Akhirnya, si ayah ini di jaga oleh orang luar yang mempunyai belas kasihan dan rasa tanggungjawab terhadap insan lain.


Tika si ayah ini meninggal, beliau sempat berpesan supaya jangan izinkan anak-anaknya melihat jenazahnya. Allah. Begitu sekali hati seorang bapa yang sakit akibat perbuatan anaknya.  Sayu hati bila mendengar kisah ini meskipun kisah ni adalah tipikal di luar. Harap dapat mengambil iktibar dari kisah ini.

Ayah. Walau banyak manapun seorang ayah melakukan kesilapan, seorang anak haruslah memaafkan beliau kerna setiap insan tidak lepas daripada melakukan kesilapan. Ingat akan jasa ayah yang telah diberikan kepada kita sejak kita kecil lagi. Takkan hanya sedikit kesilapan yang dilakukan oleh seorang ayah, kita tak mampu untuk maafkannya untuk seumur hidup. Jangan setelah ayah sudah tiada di dunia, baru hendak menyesal akan perbuatan yang kita lakukan. Hargainya sementara beliau masih hidup. Dan balaslah jasa beliau setakat mana yang kita mampu.

Kisah ni memberi kesan buat diriku kerna aku pun banyak buat kesilapan pada ayahku. Bersyukur kerna ayah masih ada  disisiku berbanding rakanku yang ramai sudah jadi anak yatim. Bersyukur.

“Terima kasih ayah kerna telah membesarkan kami dari kecil lagi dan sanggup bersengkang mata semata-mata untuk mencari rezeki buat kami.” :’)

No comments: