Followers

Wednesday, October 10, 2012

kurasakan 'sesuatu'


sesuatu?
ianya tidak dapat dikenal pasti
adakah ianya
perasaan? benda?
yang pasti ia susah untuk diungkapkan.

adakah ia satu perasaan
perasaan kehilangan sesuatu,
sesuatu yang berharga
pada diri sendiri mungkin.
yang kita tidak mahu ia hilang.

perasaan sayang? rindu?
kurasa ini pun bukan
tetapi ada sesuatu yang lain.
kurasakan sesuatu yang makin lama
makin jauh dariku,
apakah ia?
ia meninggalkan satu persoalan buat diriku.

Ya Rabbi,
ku tertanya-tanya lagi
apakah ia?
jika ianya adalah iman,
kurayu padaMu,
ku mohon,
jangan ditarik iman yang telah
kau berikan padaku.

amiin~

Amethyst90.
July, 2012

No comments: