Followers

Wednesday, July 4, 2012

jualbeli basikal dan mercedes

Assalamualaikum wbt. :) 


Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta-benda mereka dengan (balasan), bahawa mereka akan beroleh syurga (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah didalam (kitab- kitab) Taurat dan Injil, serta Al Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jualbelinya itu dan (ketahuilah bahawa) jualbeli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar. [9:111]


Analogi:


jual beli Basikal dan Mercedes


selalunya, kalau kita menjual sesuatu, kita akan berikan barang kepada pembeli. then, the transaction was done.


what if, after kita menjual sesuatu, kita berikan barang kepada pembeli tetapi the transaction is not done yet. pembeli tu beri kepada kita sesuatu kepada kita atas barang yang kita jual tu. 


tak nampak lagi ye, 
ok macam ni.
kita jual basikal kepada pembeli.then, pembeli tu ambil basikal yang dia beli, lalu dia berikan mercedes pada kita yakni penjual. ada tak kita nampak situasi ni berlaku pada kita? takde kan! 


nak dijadikan cerita, basikal tu pun actually pembeli tu punya.


nampak complicated ke. actually not.
daripada ayat diatas tu, kita tak nampak apa yang Allah beli pada orang beriman. sebab dia adalah benda yang kita tak nampak. so, diberikan analogi yang boleh buat kita nampak. macam contoh diatas, basikal dan mercedes.


sama la jugak, kalau pahala tu digantikan dengan wang ringgit, mesti kita berlumba-lumba nakkan pahala tu.


basikal tu, dianalogikan pada diri kita, jiwa dan harta benda.
mercedes tu dianalogikan sebagai syurga.
pembeli, Allah.
penjual, diri kita.



macam, kita pinjam basikal dari kawan kita. then, kawan kita nak beli basikal tu dari kita. kita pulak, mesti terfikir, nape lah nak beli basikal dia sendiri. lepas tu, digantikan pulak basikal tu dengan kereta mercedes. tak ke kita bahagia and happy.

kita gembira tak terkira sebab dapat mercedes yang harganya lagi lah bernilai berkali ganda dari basikal tu.



so, ayat

"basikal tu pun actually pembeli tu punya." ni lah yang dimaksudkan. diri kita ni sebenarnya Allah yang punya. betul tak.


actually kita ni takde pape. semuanya Allah punya. tapi Allah still nak berjual beli dengan kita. ikutkan kita takde hak nak jual sebab 'barang' tu pun Allah yang punya yakni diri kita.


bila kita tengok balik dari analogi tu la kan, kita nak tak mercedes tu, mestilah nak kan. 


Allah bagi perumpamaan yang sama tapi dalam bentuk ghaib. tak nampak secara depan mata.

syurga. siapalah yang taknak kan. semua orang nak masuk syurga. 


so, if nak masuk syurga, kita mestilah serahkan jiwa dan harta benda kita pada Allah. inshaAllah, kita akan dapat syurga tu. 


so, Allah dah state dalam ayat 111 surah at-taubah, 


"sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta-benda mereka dengan (balasan), bahawa mereka akan beroleh syurga."


Jom! jadi orang yang beriman. :)




"seorang pemimpin bukan lahir dari dalam bilik kuliah, tetapi lahir pabila berada dalam kancah kemelut."






:')




Ihfazillah, yahfazka

No comments: