Followers

Tuesday, July 31, 2012

ramadhan month (school memories)

Assalamualaikum wbt... :)


Ramadhan hari ke-11


Alhamdulillah 3x... still dapat merasa nikmat Allah swt. 
teringat bulan puasa di sekolah. 
seronok aje. best. :)





*tadarus Quran every day.
*tilawah Quran by individual. sape yang dapat khatam Quran paling banyak, will get reward from our school.ade yang khatam 3 kali sepanjang ramadhan tu. terfikir la, camne dia boleh bace sampai khatam 3x. 
saya? sekali khatam je sepanjang ramadhan tu. alhamdulillah, daripada tak khatam. kan...
*berbuka puasa.rotate. 1st week, buka puasa dengan dorm-mate. 2nd week, buka puasa dengan usrah. 3rd week and 4th week tak ingat. yang penting, duk dekat meja yang berlainan setiap kali berbuka puasa. 
*sahur. teringat ade sekali, senior kejut dari Dewan Selera @ DS. DS depan hostel perempuan. dekat je nak pi sana.


Kak Mus: "Bangun! harini sahur lauk ayam....................punya telur." (hahaha)
saje je kak mus ni. haissh~


*time form 4, last week of ramadhan, kena tidur kat surau atas (surau di hostel perempuan). tak boleh tidur kat dorm sebab untuk bangun Qiamulail. senang sikit tidur kat surau atas.kejut sekali je. senior, tidur kat dorm. tak aci betul. tapi, bila time form 5, turn kita pulak tidur di dorm. haha.


time bulan ramadhan, memang terasa meriahnya. full with many activities. jiwa pun 'kenyang' je. 


*pukul 12, lampu kena tutup. sape yang nak stay up, sume duduk kat depan pintu. haha. belajar kat depan pintu. tapi, banyak kenangan la. dengan ade yang mengigau tengah2 malam. scary~ tapi, study punya pasal, teruskan aje.


**one of my friends said, "tak best la duk hostel. banyak na peraturan. ni tak boleh, tu tak boleh. sume tak boleh."
told you, everything they do to us, there must be a reason. actually, all of the rules were teach us.


***stay at hostel during school is the best memories cause many memories can be create such as ramadhan month. :D


"fad, nak alamat."
"asal. nak kawen da ke.hehe"
"haah. jodoh da sampai." (betul tekaanku)
"congrats! iAllah, aku sampai."


~my ex-schoolmate will be change her status end of August. congratulations!

Wednesday, July 25, 2012

Up and Down

assalamualaikum wbt... :)

Salam Ramadhan Hari yang Ke-5

“Sungguh, orang-orang yang beriman ialah apabila disebut nama Allah, akan gementar hati mereka, bila dibacakan ayat-ayatnya, bertambahlah iman mereka kerana-Nya, dan hanya kepada Tuhan mereka sahajalah mereka bertawakkal.”(Al-anfal:2)


after final exam, balik rumah mak cik. to see my grandma. Tok tak berapa sihat. jatuh dalam lift.
then, mak cik offer kerja. kt tempat kerja dia perlukan part time.

saya kata, "x cadang nak kerja sebenarnya. nk tengok Tok je kat sini."
at last, saya terima. kerja kat situ seminggu je. seminggu before puasa, balik rumah parent.
kerja kat tempat wasiat. Rockwills Corporation Sdn Bhd. Company ni buat wasiat. Professional Will's Writer. di Jalan Klang Lama. Company ni complete, semua ade. Department Finance, Legal, and else. even kerja one week je. kerja saya key-in wills or wasiat to a new system.kalau kat situ, sy kerja di Bahagian Custody. tempat simpan wasiat. 
so, hadap PC je la., 
in one week, dapat la 10, 000 wills. last day, pulun habis la. cecah la 1000++ sorang. haha
total wills yang perlu key-in ada dalam 70,000. they said. must be done before end of September.
income, rm50 per day. total dapat rm400 in one week.


up and down. 
terasa iman ni makin kurang. 
on the way balik rumah parent. dari dalam KTM.
depan saya, sorang perempuan. pakai niqab. pegang tafsir. 
then, dia keluar. masuk sorang lagi. perempuan pakai jubah and tudung bidang 60. duduk dekat dpan saya ganti ukht yang pakai niqab tadi.
then, dia keluar, masuk sorang lagi. pakai baju kurung + tudung labuh + niqab. ganti tempat tadi.


from KL Sentral to Seremban.
then, dapat banyak message from akhawat.
petunjuk apa yang Allah nak bagi ni?
make me thinks.
muhasabah banyak2 time tu.






laptop buat hal. --> tak start buat thesis lagi. huu~ trouble
ujian JPJ -  ...


moga ramadhan kali ini, memberikan seribu  makna buat diriku. amin. ~

Wednesday, July 4, 2012

jualbeli basikal dan mercedes

Assalamualaikum wbt. :) 


Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta-benda mereka dengan (balasan), bahawa mereka akan beroleh syurga (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah didalam (kitab- kitab) Taurat dan Injil, serta Al Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jualbelinya itu dan (ketahuilah bahawa) jualbeli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar. [9:111]


Analogi:


jual beli Basikal dan Mercedes


selalunya, kalau kita menjual sesuatu, kita akan berikan barang kepada pembeli. then, the transaction was done.


what if, after kita menjual sesuatu, kita berikan barang kepada pembeli tetapi the transaction is not done yet. pembeli tu beri kepada kita sesuatu kepada kita atas barang yang kita jual tu. 


tak nampak lagi ye, 
ok macam ni.
kita jual basikal kepada pembeli.then, pembeli tu ambil basikal yang dia beli, lalu dia berikan mercedes pada kita yakni penjual. ada tak kita nampak situasi ni berlaku pada kita? takde kan! 


nak dijadikan cerita, basikal tu pun actually pembeli tu punya.


nampak complicated ke. actually not.
daripada ayat diatas tu, kita tak nampak apa yang Allah beli pada orang beriman. sebab dia adalah benda yang kita tak nampak. so, diberikan analogi yang boleh buat kita nampak. macam contoh diatas, basikal dan mercedes.


sama la jugak, kalau pahala tu digantikan dengan wang ringgit, mesti kita berlumba-lumba nakkan pahala tu.


basikal tu, dianalogikan pada diri kita, jiwa dan harta benda.
mercedes tu dianalogikan sebagai syurga.
pembeli, Allah.
penjual, diri kita.



macam, kita pinjam basikal dari kawan kita. then, kawan kita nak beli basikal tu dari kita. kita pulak, mesti terfikir, nape lah nak beli basikal dia sendiri. lepas tu, digantikan pulak basikal tu dengan kereta mercedes. tak ke kita bahagia and happy.

kita gembira tak terkira sebab dapat mercedes yang harganya lagi lah bernilai berkali ganda dari basikal tu.



so, ayat

"basikal tu pun actually pembeli tu punya." ni lah yang dimaksudkan. diri kita ni sebenarnya Allah yang punya. betul tak.


actually kita ni takde pape. semuanya Allah punya. tapi Allah still nak berjual beli dengan kita. ikutkan kita takde hak nak jual sebab 'barang' tu pun Allah yang punya yakni diri kita.


bila kita tengok balik dari analogi tu la kan, kita nak tak mercedes tu, mestilah nak kan. 


Allah bagi perumpamaan yang sama tapi dalam bentuk ghaib. tak nampak secara depan mata.

syurga. siapalah yang taknak kan. semua orang nak masuk syurga. 


so, if nak masuk syurga, kita mestilah serahkan jiwa dan harta benda kita pada Allah. inshaAllah, kita akan dapat syurga tu. 


so, Allah dah state dalam ayat 111 surah at-taubah, 


"sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta-benda mereka dengan (balasan), bahawa mereka akan beroleh syurga."


Jom! jadi orang yang beriman. :)




"seorang pemimpin bukan lahir dari dalam bilik kuliah, tetapi lahir pabila berada dalam kancah kemelut."






:')




Ihfazillah, yahfazka