Followers

Monday, June 18, 2012

kekasih yang ideal?


Destinasi cinta yang ku cari

Sebenarnya terlalu hampir

Hanya kabur kerana dosa, di dalam diri..



“hoi, jiwang!”

“huh?” Humairah tersentak. Cepat-cepat dia tutup contengan di dalam buku di depannya itu, tak nak sahabatnya Diana ternampak.

“oo cinta-cinta ea..cakap nak study sosio.” Diana mengusik nakal. Dia yang baru selesai bersolat isyak melabuhkan punggungnya di atas katil Humairah.  Kemudian dia berbaring, masih dalam pakaian sembahyang nya – baju kurung sama yang dipakainya ke kuliah siang tadi, berstokin, dan bertudung labuh hingga ke pinggang.

“hehe..lambat kau balik Dena? Kerajinanmu meng-inferior-kan diriku tau.” Humairah membalas sambil mencucuk-cucuk Diana dengan pen di tangan nya. “pergi mandilah, biri-biri..”

“adeh adeh, sakit lah..”

“uloh, slow je pun..” Humairah berhenti.

“kesianlah..aku penat la..stayback..ada discussion tadi..kau ni ha, aku ajak teman takmau. Cakap nak study sosio. Rupanya..mencari-cari destinasi cinta..ciss.” Diana menjawab, siap dengan gaya tangan dan muka sekali, membuatkan Humairah geram. Tapi dia malas nak melayan sahabat karibnya itu.

“Mestilah mencari-cari cinta..kau tahu apa, kau biri-biri..”
Humairah buka kembali buku notanya sambil tersenyum sendiri. Malas dia nak melayan si Diana yang belum habis dengan gaya tangan dan muka nya, bukan main seronok lagi dia tertawakan Humairah.
Lama sikit, Diana berhenti. Penat la tu, usikan dia tak ada maklumbalas.

“Eh kau pernah bercinta?” tiba-tiba Diana bertanya.

“huh?” itu saja respon Humairah. Terkejut agaknya. Bukan agak, memang ya, terkejut. Dia memandang Diana, berkerut sikit dahinya.

“Eh jangan tengok aku..aku biri-biri. Mana pernah aku bercinta. Hehe.”

“Haha, soalan kau..” dia diam sekejap, berfikir, apa nak jawab.  “hm, pernah la jugak. Tapi aku rasa aku bukan kekasih yang baik la. Kesian kot dekat dia..” Humairah menjawab sambil bermain-main dengan pen di tangan.

Terbeliak mata Diana. Tak sangka sungguh dia, kawan nya tu pernah bercinta. Setahu dia si Humairah ni memang anti couple-couple ni. Sayonara jahiliyah, dia kata. Hah apa lagi, tiba-tiba Diana jadi teruja nak dengar lebih..ditongkatnya dagu, ditenungnya Humairah sambil matanya kelip-kelip.

“wah wah..ini di luar jangkaan. Ceritalah ceritalah..heee”

“amboi kau..suruh mandi tak larat. Letih fizikal la, letih mental la, letih emosi la. Cerita-cerita ni kau energetic pulak..” Humairah saja nak buat Diana geram. Dia tahu kawannya tu kalau main tarik tali macam tu dia akan fokus lebih sikit. Sebab Humairah nak bercakap benda yang penting, jadi dia perlu pastikan Diana fokus. Hehe. Dia senyum sambil angkat-angkat kening di dalam hati. (*macam mana tu?)

“Ala kau ni, itu tadi..ok lepasni aku mandi, janji janji. Tapi kau kena cerita dulu. Cepat la…eish.” Dah berkerut-kerut dahi Diana. Memang dah tak sabar tu gayanya.
Humairah senyum. Ikan dah main tepi bubu.

“iye, iye..ha apa yang kau nak tahu. Cuba bagi soalan. Aku ni kalauopen ended ni, aku payah sikit..”

“Tadi tu..apesal yang kau kata kau rasa kau bukan kekasih yang baik. Aku mana ada pengalaman cintun-cintun ni. Nak jugak aku tahu, apa benda ciri-ciri kekasih yang cemerlang ni, ehheh.” Tersengih lebar Diana. Sah, memang curious jiddan ni!

Humairah mencapai pensil, kemudian lukis-lukis sikit dalam bukunya. Diana menjenguk-jenguk.
“Ha kau tengok ni. Ni love kan?” Humairah mengangkat bukunya, ada satu bentuk hati yang dia baru saja lukis. Diana mengangguk-ngangguk.
“So kalau love, cinta, mestilah kena ada trust, thoughts, denganhonesty..kan. Kalau tak, macam mana nak kata tu cinta.” Sambil tu, dia tulis-tulis tiga perkara itu di dalam bentuk love yang dilukisnya.

“ok..percaya, ingat, and jujur. Pastu, kau tak ada ke semua tu dulu?” tanya Diana.

“Tepat sekali..aku tak ada. Pembetulan ea, bukan dulu. Still, sekarang.”

Lagi lah terbeliak mata Diana, kawan nya tu sedang bercinta rupanya! Sayonara  jahiliyah apakah ini??

Humairah perasan yang Diana terkejut, tapi dia teruskan saja bercerita.

“Kesian dia tau..dia tak pernah lupa aku. Selalu kirimkan macam-macam untuk aku. Selalu contact aku, selalu tolong jaga aku.. aku pulak, kadang-kadang je respon. Eih memang jarang lah. Aku lagi banyak contact orang lain, ingat orang lain. Dah la tu, dia percaya dengan aku pulak. Aku banyak kali kot buat something yang dia tak suka. Tapi dia maafkan je. Bila aku minta maaf, aku cakap tak nak buat lagi dah, dia percaya. Dia bagi chance lagi. Padahal lepastu aku buat lagi. Bukan sekali tau, banyak kali dah macam tu. Bila sekeliling dia tanya kenapa dia still dengan aku, dia defend aku. Dia cakap, dia lebih kenal aku. Hm.”
Humairah diam sekejap. Diana dengar dengan penuh khusyuk. Berkerut-kerut dahi dia. Tengah digest la tu.

“Eh kau faham tak ni? ke boringBoring pegi mandilah.”

“Eih orang tengah dengar ni!” Melayang tangan Diana singgah di bahu Humairah. Marah benar dia, hehe. Humairah senyum dalam hati, dia yakin sahabat nya tu memang tengah fokus tu.

“adui kau ni..tangan tu berbisa sungguh. Dah la berbisa, tak duduk diam pulak. Ok,ok..apa dah tadi, ha, last sekali honesty kan. Hah yang ini tak payah cakap la, dia lah palinggg jujur dengan aku. Mana pernah dia selindung apa-apa, semua dia bagitahu, aku je yang dengar tak dengar. And dia tak pernah sekali pun tipu aku, atau tak tunaikan janji. Kalau dia cakap, memang dia akan buat. Tapi aku..tak jujur. Banyak masa, aku langgar janji aku, aku buat benda yang dia tak suka. Pastu aku try nak sorok tapi last-last dia tahu jugak, tapi aku selamba je buat muka tak bersalah. Hm..”

Humairah diam sekejap. Kemudian dia sambung lagi.

“tak tahu kenapa dia still dengan aku. Tak tinggal aku. Semua orang cakap, dia memang betul-betul paling cintakan aku. And aku rasa pun macam tu sebenarnya. Memang nampak.  Cuma aku je..cakap cinta dia, tapi, tengok lah macamana aku layan dia.”

Humairah berhenti. Dua-dua terdiam sekejap. Tiba-tiba Diana buka mulut.

“oo…oo…agak la. Kau ni, kejam jugak ek. Kenapa ek? Kau ni, kalau tak sayang tak cinta baik kau tinggal je dia. Kesian kot, kau buat macam tu dekat dia.”

“Masalahnya aku tak boleh tinggal dia..aku tak boleh hidup tanpa dia. Kalau dia tak ada, hancur punah hidup aku Dena..”

“Amboih sampai macam tu sekali? Hebat benar dia ni. Cakap sikit, siapa, kot kot aku kenal ke.”

“Kau betul nak tahu?”

“Eh tak perlulah pandang macam tu, seram aku. Haah, betul lah ni..kot-kot la aku boleh bantu sikit hubungan korang ni. hehe. Doktor cinta gitu.”

“Haah la aku rasa memang kau boleh bantu. Aku pernah dengar, kalau nak bercinta, kena ada kawan yang tolong kita. Supaya dia boleh tolong ingatkan kita, yang kita ni kekasih ‘someone’..kena lah jaga perangai..huhu”

Diana senyum kelat. Sebab dia rasa tak senang sebenarnya bila dia tahu yang Humairah bercinta. Sebab setahu dia, mereka dua-dua dah faham yang hubungan sebelum nikah itu salah di sisi syariat. Tapi dia pura-pura tak terkejut sangat, dia plan nak selidik dulu.

“Erk..aku ni nak kata reti, kau tahulah, aku pun mana pernah bercinta-cinta ni. Eh tapi aku boleh tryLecturer aku kata aku ni fast learner, hehe. Dan aku pun rasa macam tu.”
Humairah ketawa. Ada je jawapannya si Diana ni, haih.

“Hah, siapa dia?”

“Aku yakin kau kenal dia.”

“Wuih?? Ok automatic sekarang aku dah flashback satu-satu muka kawan-kawan kita nih, huih, huih..Yang mana satu ni..Eh tapi kau ni, aku langsung tak ada nampak kau baik dengan mana-mana lelaki. Mana pulak datang nya kekasih tiba-tiba ni..”

“Sebab dia ‘bukan lelaki’..”

WHAT??” Hah sudah, Humairah bercinta dengan bukan lelaki? Ah ni lagi parahhh..

“dia adalah…ALLAH….”

Terdiam Diana. Dia memang jenis yang critical thinking. Kalau dia diam tu, tengah digest la tu.
Humairah menyelak muka surat belakang yang dia conteng-conteng tadi, kemudian dia berikan pada Diana.

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa, di dalam diri..

“dah, pergi mandilah Dena. Tadi dah janji kan..hehe. biri-biri gemuk.”
and by the way, tu lagu Mestica. Destinasi Cinta tajuk dia..”

Diana duduk terkebil-kebil. Berfikir.
Satu, dia lega sebab Humairah bukan ‘bercinta’ macam yang dia ingatkan tadi. Suspense betul.
Dan satu lagi, dia sedar, yang rupanya, dia pun mungkin tengah jadi kekasih yang teruk juga. Betul lah, destinasi cinta yang paling sweet tu hampir sangat sebenarnya. Cuma nampak kabur sebab ada nya dosa dan noda.

Itu si Humairah dan Diana.
Kita macam mana?


"Bila sekeliling dia tanya kenapa dia still dengan aku, dia defend aku. Dia cakap, dia lebih kenal aku. Hm.”
credit to: eushahida

1 comment:

Anonymous said...

nice!!:)