Followers

Saturday, June 30, 2012

3 years

Assalamualaikum wbt. :)

When people ask: “how are you?” and we answered “alhamdulillah”, they will assume that we are doing fine. But they forget that we praise Allah when we are HAPPY & SAD…

alhamdulillah, selesai sudah final exam untuk semester 6. rasa macam baru je semalam jadi first year. yeah, i know you feel too. heh. 
3 tahun sudah. kita berada di sini. 

before and after final exam

meja study
reminder
                                             

next year, final year student. thesis. and busier than before. are you ready for that? 

pernah terfikir. nak buat comparison between first year and now by pictures. mesti lain kan. :)
bila ingat balik, dulu, terasa budak laki dalam kelas tak reti buat apa2. tak matang. ye, terasa macam we handle them. geram. kemuncaknya, berselisih pendapat dan ada luahan perasaan di situ pada 2nd year. time tu, boleh dikatakan most of us got problem and not satisfied with each others. bila ingat balik, lama kan kita nak ok.

one of my friends said: "kita akan jadi mcm ni sampai final year. not ok with each others. "

then, naik sem baru. nampak perubahan dalam diri mereka, alhamdulillah. ukhuwwah antara mereka makin rapat. envy with them.
3rd year. proud with you all. ada rasa kagum dengan certain person. 
ukhuwwah antara kami, girls too. lain dengan course yang lain.


proud with our class because our class is different with others. proud with people in that class too. 
even macam2 perangai ada, we're still together. ada masalah, share sesama kita. kalau tak pada semua, pada seseorang dalam class tu. 

kiki, maryam, yaya, azie, shidah and me. riadhah same2. kalau tak di pavilion, dataran nilai pun boleh. :) "bila lagi kita dapat riadhah same2 eh. rindu at that moment."

wani jadi semakin matang bila lepas join herbalife. selalu consult dgn dia especially about this life. (dlm blog ni selalu mentioned nama wani tapi dia xtau. haha)
sometimes, nampak orang tu always happy at outside. tapi, actually they're not. 
they're more sensitive. nak bagitau ke sape? tak perlu la kan. yang penting bukan saya. i'm a serious person. really.

"orang yang selalu solat di masjid, adalah orang yang paling handsome and cool." (pernah dengar tak ayat ni.) -quote-

perasan dalam kelas tu terasa macam xde sesuatu. then, i realize why not kalau kita buat tazkirah. so, kita buat tazkirah every wednesday. share ilmu yang kita ada. for reminder too. sebab, semua orang inginkan kebaikan.takde sape yang taknak. inshaAllah, akan dibuat lagi pada next semester dengan lebih tersusun.

perasan jugak, someone try change to be a good person.

"aku rasa rugi sepanjang 3 tahun belajar kat sini.sebab banyak benda yang aku tak tahu dan baru sekarang aku tau. dan rasa ketinggalan." (Zuff, 2012)

"apa yang ketinggalan?"

"ilmu agama. aku terasa beruntung dapat kawan yang selalu ingatkan aku." (Zuff, 2012)

its okay and be thankful to Him sebab dapat kesedaran pada waktu sekarang ni.
compare to my brothers, still not get it. sometimes, jealous dengan orang yang dapat kesedaran awal. tahu. ada yang tak faham dengan situasi ni. (camne boleh sampai sini)

another story
time makan kat rumah sewa. (kalau makan, suka cerita zaman dulu2, macam time sek. tak pun isu semasa skrg ni) 

siti: "tak sangka kan, dah 2 tahun kita stay kat sini."
nur: "ingat lagi tak,  dulu ramai yang tak reti masak. yang reti masak, macam tak confident je nak masak.sekarang, semua orang boleh masak sorang2. kalau dulu, ada orang takut nak dekat dengan minyak masak. tapi, sekarang, boleh masak sendiri dah. haha."

after this, try masak cepat2 pulak ye korang. ;)

            **************************************************************

"eh, takkan kau takde cita-cita? tak tau nak jadi ape?"



Friday, June 22, 2012

hidup yang bermakna











"Ada benda yang tarik kau balik ke from going back to those?" Botol lemoned dibawa ke bibir.


AO menghela nafas panjang. Perlahan dia turut sama meneguk air di tangan."Akan ada satu point dalam life, yang buat aku rasa it's about time to get rid of all the nonsense. Masa muda sekali je, Ked. Aku rasa rugi sangat kalau biar je buat benda sia-sia. Buat benda yang tak bawak pada amal." Dia merenung gelas di tangan. 


"Betul la. kadang-kadang akan ada rasa gelas tu half-empty versus half-full.tapi tu la. mainan hati dengan perasaan tu tak boleh nak diikutkan sangat."
Pandangannya dialihkan ke arah Ked. 


"Aku nak hidup aku ada makna. Ada makna yang berkat."

                                                                                        [Hlovate, Versus, page: 373]















Visit of Professor Steve Haberman


20 June 2012: Dinner Fundraising Haberman


most of them are from alumni City University, London.student's Prof Steve Haberman. Cass Business School.
only 3 of us are students whereas, all of them are workers such as from Bank Negara, MNRB and Actuarial Partners.
speechless. don't know what should we do. 
we thought, our lecturer will come, but he didn't.
there have something like a gap between us and them.
ah, feels like i wanna lose this thing from my mind,
but, at least we got some experience...
manners. that's important.


21 June 2012: Visit of Prof Haberman to USIM


meet with lecturers.
talk with us. Q&A session. many things we got from him.
actuarial science course, professional exam, master program etc..


friend: 'do you have some failure before this?'
Prof: "No, I didn't. luckily, i passed my professional exam when the first time i take. but i have some story about a politician and a reporter. 


reporter: "How you get the GOOD decision?"
Politician: "from a good experience."
reporter: "how you get the good experience?"
Politician: "from a BAD decision."


friend: "Can we know, who is the politician?"
Prof: "Haha. this is only a story. "



Prof Steve Haberman
Qualified Actuary
Professor of Actuarial Science, Director and Deputy Dean 
Cass Business School






p/s: do you know actuary? 


Don't ever think to stop or turn back with what you do when the thing is more than half-way

Wednesday, June 20, 2012

random #2




jauh...
jauh~
dan jauh lagi~~

awak...
jangan jauh lagi.
please. hold on.
you can start again.
biar lambat asalkan tidak berhenti,
supaya kelak, 
awak tidak akan menyesal.

mari sini,
ke sini.
sini lagi.



supaya hati awak tak jauh
denganNya...


Monday, June 18, 2012

kekasih yang ideal?


Destinasi cinta yang ku cari

Sebenarnya terlalu hampir

Hanya kabur kerana dosa, di dalam diri..



“hoi, jiwang!”

“huh?” Humairah tersentak. Cepat-cepat dia tutup contengan di dalam buku di depannya itu, tak nak sahabatnya Diana ternampak.

“oo cinta-cinta ea..cakap nak study sosio.” Diana mengusik nakal. Dia yang baru selesai bersolat isyak melabuhkan punggungnya di atas katil Humairah.  Kemudian dia berbaring, masih dalam pakaian sembahyang nya – baju kurung sama yang dipakainya ke kuliah siang tadi, berstokin, dan bertudung labuh hingga ke pinggang.

“hehe..lambat kau balik Dena? Kerajinanmu meng-inferior-kan diriku tau.” Humairah membalas sambil mencucuk-cucuk Diana dengan pen di tangan nya. “pergi mandilah, biri-biri..”

“adeh adeh, sakit lah..”

“uloh, slow je pun..” Humairah berhenti.

“kesianlah..aku penat la..stayback..ada discussion tadi..kau ni ha, aku ajak teman takmau. Cakap nak study sosio. Rupanya..mencari-cari destinasi cinta..ciss.” Diana menjawab, siap dengan gaya tangan dan muka sekali, membuatkan Humairah geram. Tapi dia malas nak melayan sahabat karibnya itu.

“Mestilah mencari-cari cinta..kau tahu apa, kau biri-biri..”
Humairah buka kembali buku notanya sambil tersenyum sendiri. Malas dia nak melayan si Diana yang belum habis dengan gaya tangan dan muka nya, bukan main seronok lagi dia tertawakan Humairah.
Lama sikit, Diana berhenti. Penat la tu, usikan dia tak ada maklumbalas.

“Eh kau pernah bercinta?” tiba-tiba Diana bertanya.

“huh?” itu saja respon Humairah. Terkejut agaknya. Bukan agak, memang ya, terkejut. Dia memandang Diana, berkerut sikit dahinya.

“Eh jangan tengok aku..aku biri-biri. Mana pernah aku bercinta. Hehe.”

“Haha, soalan kau..” dia diam sekejap, berfikir, apa nak jawab.  “hm, pernah la jugak. Tapi aku rasa aku bukan kekasih yang baik la. Kesian kot dekat dia..” Humairah menjawab sambil bermain-main dengan pen di tangan.

Terbeliak mata Diana. Tak sangka sungguh dia, kawan nya tu pernah bercinta. Setahu dia si Humairah ni memang anti couple-couple ni. Sayonara jahiliyah, dia kata. Hah apa lagi, tiba-tiba Diana jadi teruja nak dengar lebih..ditongkatnya dagu, ditenungnya Humairah sambil matanya kelip-kelip.

“wah wah..ini di luar jangkaan. Ceritalah ceritalah..heee”

“amboi kau..suruh mandi tak larat. Letih fizikal la, letih mental la, letih emosi la. Cerita-cerita ni kau energetic pulak..” Humairah saja nak buat Diana geram. Dia tahu kawannya tu kalau main tarik tali macam tu dia akan fokus lebih sikit. Sebab Humairah nak bercakap benda yang penting, jadi dia perlu pastikan Diana fokus. Hehe. Dia senyum sambil angkat-angkat kening di dalam hati. (*macam mana tu?)

“Ala kau ni, itu tadi..ok lepasni aku mandi, janji janji. Tapi kau kena cerita dulu. Cepat la…eish.” Dah berkerut-kerut dahi Diana. Memang dah tak sabar tu gayanya.
Humairah senyum. Ikan dah main tepi bubu.

“iye, iye..ha apa yang kau nak tahu. Cuba bagi soalan. Aku ni kalauopen ended ni, aku payah sikit..”

“Tadi tu..apesal yang kau kata kau rasa kau bukan kekasih yang baik. Aku mana ada pengalaman cintun-cintun ni. Nak jugak aku tahu, apa benda ciri-ciri kekasih yang cemerlang ni, ehheh.” Tersengih lebar Diana. Sah, memang curious jiddan ni!

Humairah mencapai pensil, kemudian lukis-lukis sikit dalam bukunya. Diana menjenguk-jenguk.
“Ha kau tengok ni. Ni love kan?” Humairah mengangkat bukunya, ada satu bentuk hati yang dia baru saja lukis. Diana mengangguk-ngangguk.
“So kalau love, cinta, mestilah kena ada trust, thoughts, denganhonesty..kan. Kalau tak, macam mana nak kata tu cinta.” Sambil tu, dia tulis-tulis tiga perkara itu di dalam bentuk love yang dilukisnya.

“ok..percaya, ingat, and jujur. Pastu, kau tak ada ke semua tu dulu?” tanya Diana.

“Tepat sekali..aku tak ada. Pembetulan ea, bukan dulu. Still, sekarang.”

Lagi lah terbeliak mata Diana, kawan nya tu sedang bercinta rupanya! Sayonara  jahiliyah apakah ini??

Humairah perasan yang Diana terkejut, tapi dia teruskan saja bercerita.

“Kesian dia tau..dia tak pernah lupa aku. Selalu kirimkan macam-macam untuk aku. Selalu contact aku, selalu tolong jaga aku.. aku pulak, kadang-kadang je respon. Eih memang jarang lah. Aku lagi banyak contact orang lain, ingat orang lain. Dah la tu, dia percaya dengan aku pulak. Aku banyak kali kot buat something yang dia tak suka. Tapi dia maafkan je. Bila aku minta maaf, aku cakap tak nak buat lagi dah, dia percaya. Dia bagi chance lagi. Padahal lepastu aku buat lagi. Bukan sekali tau, banyak kali dah macam tu. Bila sekeliling dia tanya kenapa dia still dengan aku, dia defend aku. Dia cakap, dia lebih kenal aku. Hm.”
Humairah diam sekejap. Diana dengar dengan penuh khusyuk. Berkerut-kerut dahi dia. Tengah digest la tu.

“Eh kau faham tak ni? ke boringBoring pegi mandilah.”

“Eih orang tengah dengar ni!” Melayang tangan Diana singgah di bahu Humairah. Marah benar dia, hehe. Humairah senyum dalam hati, dia yakin sahabat nya tu memang tengah fokus tu.

“adui kau ni..tangan tu berbisa sungguh. Dah la berbisa, tak duduk diam pulak. Ok,ok..apa dah tadi, ha, last sekali honesty kan. Hah yang ini tak payah cakap la, dia lah palinggg jujur dengan aku. Mana pernah dia selindung apa-apa, semua dia bagitahu, aku je yang dengar tak dengar. And dia tak pernah sekali pun tipu aku, atau tak tunaikan janji. Kalau dia cakap, memang dia akan buat. Tapi aku..tak jujur. Banyak masa, aku langgar janji aku, aku buat benda yang dia tak suka. Pastu aku try nak sorok tapi last-last dia tahu jugak, tapi aku selamba je buat muka tak bersalah. Hm..”

Humairah diam sekejap. Kemudian dia sambung lagi.

“tak tahu kenapa dia still dengan aku. Tak tinggal aku. Semua orang cakap, dia memang betul-betul paling cintakan aku. And aku rasa pun macam tu sebenarnya. Memang nampak.  Cuma aku je..cakap cinta dia, tapi, tengok lah macamana aku layan dia.”

Humairah berhenti. Dua-dua terdiam sekejap. Tiba-tiba Diana buka mulut.

“oo…oo…agak la. Kau ni, kejam jugak ek. Kenapa ek? Kau ni, kalau tak sayang tak cinta baik kau tinggal je dia. Kesian kot, kau buat macam tu dekat dia.”

“Masalahnya aku tak boleh tinggal dia..aku tak boleh hidup tanpa dia. Kalau dia tak ada, hancur punah hidup aku Dena..”

“Amboih sampai macam tu sekali? Hebat benar dia ni. Cakap sikit, siapa, kot kot aku kenal ke.”

“Kau betul nak tahu?”

“Eh tak perlulah pandang macam tu, seram aku. Haah, betul lah ni..kot-kot la aku boleh bantu sikit hubungan korang ni. hehe. Doktor cinta gitu.”

“Haah la aku rasa memang kau boleh bantu. Aku pernah dengar, kalau nak bercinta, kena ada kawan yang tolong kita. Supaya dia boleh tolong ingatkan kita, yang kita ni kekasih ‘someone’..kena lah jaga perangai..huhu”

Diana senyum kelat. Sebab dia rasa tak senang sebenarnya bila dia tahu yang Humairah bercinta. Sebab setahu dia, mereka dua-dua dah faham yang hubungan sebelum nikah itu salah di sisi syariat. Tapi dia pura-pura tak terkejut sangat, dia plan nak selidik dulu.

“Erk..aku ni nak kata reti, kau tahulah, aku pun mana pernah bercinta-cinta ni. Eh tapi aku boleh tryLecturer aku kata aku ni fast learner, hehe. Dan aku pun rasa macam tu.”
Humairah ketawa. Ada je jawapannya si Diana ni, haih.

“Hah, siapa dia?”

“Aku yakin kau kenal dia.”

“Wuih?? Ok automatic sekarang aku dah flashback satu-satu muka kawan-kawan kita nih, huih, huih..Yang mana satu ni..Eh tapi kau ni, aku langsung tak ada nampak kau baik dengan mana-mana lelaki. Mana pulak datang nya kekasih tiba-tiba ni..”

“Sebab dia ‘bukan lelaki’..”

WHAT??” Hah sudah, Humairah bercinta dengan bukan lelaki? Ah ni lagi parahhh..

“dia adalah…ALLAH….”

Terdiam Diana. Dia memang jenis yang critical thinking. Kalau dia diam tu, tengah digest la tu.
Humairah menyelak muka surat belakang yang dia conteng-conteng tadi, kemudian dia berikan pada Diana.

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa, di dalam diri..

“dah, pergi mandilah Dena. Tadi dah janji kan..hehe. biri-biri gemuk.”
and by the way, tu lagu Mestica. Destinasi Cinta tajuk dia..”

Diana duduk terkebil-kebil. Berfikir.
Satu, dia lega sebab Humairah bukan ‘bercinta’ macam yang dia ingatkan tadi. Suspense betul.
Dan satu lagi, dia sedar, yang rupanya, dia pun mungkin tengah jadi kekasih yang teruk juga. Betul lah, destinasi cinta yang paling sweet tu hampir sangat sebenarnya. Cuma nampak kabur sebab ada nya dosa dan noda.

Itu si Humairah dan Diana.
Kita macam mana?


"Bila sekeliling dia tanya kenapa dia still dengan aku, dia defend aku. Dia cakap, dia lebih kenal aku. Hm.”
credit to: eushahida

Friday, June 15, 2012

makanan orang johor


Bismillah..

message: "jiey, tolong belikan kangkung, telur masin,ikan bilis dgn kentang."
housemate: "kau nak masak ape arini?"
me: bubur korang. eheh. (sebab yang tanye tu orang johor.)
housemate: waa~~ excited. da la aku teringin nak makan bubur tu. 

Bubur Johor (main letak aje)

bubur johor diberi sebab resepi orang johor. ngee~ 
tempat lain mane ade bubur satu set macam ni.
orang ganu panggil bubur, nasi air.

1st: bubur
2nd: goreng ikan bilis. nak goreng kacang pun boleh.
3rd: rebus telur masin
4th: kentang masak kicap
5th: kangkung goreng
(nak buat sambal belacan pun boleh.)


heh. this is my passion. 

then, done. senang je kan. boleh la cuba. hihi.

"korang, jom makan!"

p/s: baru habis 3 paper, buat bubur. wani cakap, elok sgt. boleh release tention. 


Tuesday, June 12, 2012

::Ukhuwwah Day::

ukhuwwah day untuk adik2 tamhidi. :))










Monday, June 11, 2012

love letter from HIM: syukur







"....Ya Tuhanku, anugerahkanlah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada orang tuaku dan agar aku mengerjakan kebajikan yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh." (27:19)







Sunday, June 10, 2012

type of people

final exam semester 6


4/6: Survival Model has been barred from final exam.
5/6: went to Canselori, Undergraduate Division 
7/6: no course has been barred. 
alhamdulillah.. :)


11/7 - 29/7/2012 - Final Exam Semester 6




**************************************************************************




should be Clever but Hot-Tempered. 
more suitable to 'that person.'
Hardworking?think twice... maybe.


dengki? i'm not.


Nampak STRONG di luar,tapi KACA di dalam. <-- ME


**boleh tahan jika sedikit, but it's TOO much for me. T.T
**now, i can't stand with this. maybe i should far myself from that person.

Monday, June 4, 2012

Family Day 2012

cadangan:


"jalan2 di Melaka"
"Tasik Titiwangsa, ada kayak and else."
"Bukit Cahaya, Shah Alam, ada rumah 4 musim."
"Putrajaya."


keputusan sepakat: "Putrajaya"


"haa! Putrajaya. korang, Putrajaya ada apa kat sana? "tanya sorang classmate.
"ada banyak tempat menarik. nanti kita explore ye. ":)


"jangan tak jadi ye, penat aku reschedule time untuk driving class. eheh.



31 May 2012
setelah banyak halangan, and dengar segala keluhan rakan. tention dengan presentation Differential Equation.
jam 3.30 pm, bertolak lah kami ke Putrajaya.


agenda:


Pusat Rekreasi Air, Taman Wetland.
ucapan by Pengarah (Muslim).
tazkirah by Ahmad.
Menara Pandang Jauh, Taman Wetland
Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi) - Solat Asar
Makan Malam
Masjid Putra - Solat Maghrib
Alamanda - Bowling time. :)















amacam? best tak Putrjaya, sape kata Putrajaya takde pape. ni baru je 3 tempat menarik kita pergi. 
muka masing2 happy je.
hilang terus stress and tention from presentation tadi.
tenang je pandang tasik kat Taman Wetland, apetah lagi bila tengok dari Menara Pandang Jauh. lagi rasa tenang.
rasa kalah dengan panorama indah hasil ciptaan Allah, subhanallah...


main bowling, lagi rasa seronok kan. yeah, pelbagai ragam.
we hope, our ukhuwah will not end until this semester. 
no quarrel. if not satisfy with someone, just tell the truth. it will make us better. 
don't keep that feeling too long.
manisnya berukhuwwah kernaNya.
keep in touch when we are far from each other.

Day for tchr Ina


5 tahun lalu:
"Cikgu, bila dah kawen nanti jangan lupa ajak saya."

After 5 years, she said she will marry and she send an invitation card to me.
i'm happy for her. :')
Cikgu Siti Sarina Razali 
She was married on 26 May 2012.

from left: tchr nani, zaleha, tchr ina, naqiyah and me

she is my beloved teacher from SMA Sains Kuala Pilah.
she teached me additional mathematics.

*jumpa semua cikgu2. gambar semua ada pada naqiyah. 
happy. of course.
kalau pergi SMASKP, belum tentu dapat jumpa cikgu2 yang pernah ajar kami.

abi @ ustaz Baharuddin: hulur tangan.
kami: "apa abi" in my mind, takkan nak salam kot. huu..ape punye pemikiran la.
abi: "kad mana?" sambil senyum
kami: "Allah. lambat lagi la abi.kalau dah ada nanti, kami takkan lupa jemput abi."

jumpa junior, ramai. batch aku. -_- ... dalam gambar tu je la. zaleha, naqiyah and me.
sedikit jealous dengan junior jumpa balik member.
dalam hati, takpe2. nanti kita buat reunion ye. 

balik, cgu nani hantar ke KTM Sg. Gadut. thanks a lot cgu nani. makin cantik pulak cgu nani ni. hakk~