Followers

Saturday, May 26, 2012

Muzikal Cinta

Assalamualaikum wbt. :)

baru lepas pergi Forum Muzikal Cinta di DKP 3 bersama dgn Hanis Syamilah. :)
1st of all, thanks to Allah sebab menggerakkan hati ni nak g sana.
2nd, thanks to hanis ajak pegi forum ni setelah buat muka kesian tu. heh-
forum diselangi dengan nyanyian from One Soulz.suara mantap. :)


Moderator: Sdr. Ibrahim (mantan aka 'tupperware' MPP) -asyik sebut bekas je, sekali sekala sebut la tupperware, baru ade nilai. :)
ahli panel. 
Imam Muda Fakhrul and Ustazah Asma' Harun.
dua2 tak kenal sangat.
yang tau, IM Fakhrul ni ada muka IM Asyraf and ustazah tu tak kenal pun.
tapi kan, dua2 panel ni best la. serious. i mean it.
dua2 pandai buat lawak.haha.
bawak isteri and suami lagi tu. (sungguh manis gula-gulanya.)

this forum totally about love.
cinta.
luas maknanya. kan~
papepun, kita as a muslim, mesti letak cinta pada Allah dan Rasulullah s.a.w pada yang atas sekali.
cinta pada Allah, kita mesti always ingat padaNYA. hadirkan rindu untuk bertemu denganNYA.
same goes to Rasulullah s.a.w.. Rasulullah rindukan kita walaupun kita tak pernah berjumpa dengan Rasulullah. selalu diceritakan pada sahabat @ 'bestfriend' Rasulullah tentang kita sebagai ummatnya. rindu untuk bertemu dengan kita. :'(
kita tak pernah jumpa Rasulullah s.a.w dan Allah, tapi kita rindu untuk berjumpa dengan mereka. (muhasabah balik, yeke kita rindu pada Baginda. T.T)


click ni --> Rindu Rasulullah s.a.w pada umat baginda.

ustazah Asma' Harun:
sometimes kita ni sebagai perempuan ada yang rasa susah nak tutup aurat dengan sempurna. rasa macam Islam ni menyusahkan kita.
ingatlah, Allah tak pernah silap dalam menentukan sesuatu perkara. apa yang Allah cipta tu semua ade reason.

Analogi: 
handphone kita rosak, then kita nak baiki.pada siapa kita nak baiki.
pada kedai yang baiki handphone atau kedai yang baiki kereta?
of course, kita akan pergi baiki handphone tu di kedai handphone kan. sebab kedai handphone tu lagi tau apa yang rosak dalam handphone kita tu compare to kedai baiki kereta.

same goes to us.
bila kita rasa kita dah rosak, pada siapa kita nak minta tolong baiki?
mesti kita pergi pada yang tau membaiki diri kita. betul tak.
pada siapa? 
pada Allah la kan. because He know us better than others.
Dia tau tentang kita dari luar hingga dalam.
orang lain tak tau isi hati kita, kecuali Allah.

Imam Muda Fakhrul:

Jangan sesekali tukar fitrah kepada fitnah.
cinta pada berlainan jantina adalah fitrah. tak salah pun kalau nak bercinta. sebab ia adalah fitrah.
tapi, jangan jadikan fitrah tu kepada fitnah.
faham tak. 
kalau kita tak pandai jaga cinta kita tu, kita jadikan cinta kita sebagai maksiat, then, ia boleh jadi fitnah.
kita tak jadikan cinta kita tu ke arah laluan yang betul.
yang betulnya, when we love someone, dan dapat petunjuk dari Allah, then, terus je jumpa family perempuan tu or jumpa je orang tengah untuk sampaikan hajat kita tu.
lelaki yang terus jumpa family perempuan tu, adalah orang yang 'cool' sekali and gentleman. :)
IM Fakhrul juga share cerita bagaimana dia boleh berkahwin dengan bekas tunangnya (isteri dia sekarang). ;) 


terangi lilin tu, jangan biarkan lilin itu padam dan berada dalam kegelapan. sungguh, tak best! (quote Ibn Qayyim tapi tak ingat yang fully nye ape. )


Allah is watching us.

ustazah Asma' Harun

guideline untuk bercinta:
first, kena ada matlamat. matlamat apa?
matlamat dengan tujuan untuk berkahwin.
bukan cinta monyet yang tak tau arah tuju bercinta tu. 
kalau nak dating, habis semua baju dicuba, at last, baju paling buruk sekali dia pakai. yes,cinta itu buta.

second, layak bercinta pabila kita dah matang.

analogi:
time kecik2 dulu, mak kita tak kasi pegang pisau sebab kita tak reti guna. and sebab boleh bahayakan kita.
bila dah besar, mak kita suruh pegang pisau tu. dah tu, suruh lagi main pisau tu dengan potong sayur dan untuk dibuat masak. time ni mak kita dah tak risau sebab kita dah pandai handle pisau tu. sebab apa? sebab kita dah matang and boleh buat decision mana baik mana buruk.

same goes to love.
cinta akan jadi bahaya bila kita tak matang. kita kena sentiasa ingat, syaitan always ikut kita. bila tak matang, tu yang jadi, always keluar dating berdua-duaan. pegang2 tangan, call sampai lewat malam. bahasakan diri 'sayang, abang and else'. orang yang bercinta ni mestilah bermujahadah dalam semua benda. control it.

ustazah Asma' cakap, kita ni sebagai perempuan, kena kawal sikit.buat benteng, sometimes, even lelaki buat benteng pun, benteng tu pun boleh runtuh. macam dari segi suara. kalau boleh jangan dilembutkan. kalau boleh, jangan call lelaki pada pukul 10 ke atas even pasal urusan kerja. kalau penting, just message or email. sebab, lelaki ni lain sikit bila pukul 10 ke atas. so, beware. sometimes, message tu lain, dibaca nya lain.


Jangan mendekati zina. (ayat ni dah common bagi kita, tapi kita buat endah tak endah je)
Allah dah larang, tapi kita nak jugak.


sometimes, kita kena jual mahal sebab tu lagi buatkan kita lagi berharga. :) IM Fakhrul and Ibrahim pun setuju. 
kalau lelaki minta dia panggil perempuan tu sayang time sebelum kahwin, baiklah hentikan. tinggalkan dia.
jadikan panggilan 'sayang' ni ekslusif untuk bakal suami or isteri. best! sampai tak tau nak kata apa, bak kata IM Fakhrul yang dah berkahwin.
kalau lelaki tu cakap. 'saya takkan panggil awak 'sayang' jika saya tak berkahwin dengan awak.' tu boleh percaya sikittt la sebab sometimes lelaki ni mulut manis je lebih.
nak pilih suami @ isteri ni macam nak pilih kasut. kita akan pergi semua kedai untuk tengok mana kasut yang terbaik sekali.tapi, selalunya, mesti kedai yang first kita pergi tadi yang terbaik. (joke: si suami tak payah ikut isteri pergi semua kedai, tunggu je kat kedai pertama sebab si isteri akan pergi ke kedai kasut pertama tadi, cuz kasut kedai tu the best. :-p )





ustazah Asma' 

dalam badan kita ni ada hormon tapi tak ingat hormon ape.
kalau lelaki dan perempuan bersentuhan buat kali pertama, macam ade renjatan elektrik. actually, ade hormone yang trigger tu semua. risau bila lelaki tak message sehari. then, last2 message, 'awak ni dah tak sayang saya eh.' bila hormone ni terlampau banyak digunakan sebelum berkahwin, then bila berkahwin, hormone tu makin berkurangan.
kita kena jaga hormone tu dan buat empangan.

analogi:
Empangan Tasik Kenyir, bila ada empangan, air yang dikumpulkan tu akan menjana elektrik. 

jadikan hormone kita tu macam Empangan Tasik Kenyir, simpan dan keluarkannya after dah berkahwin. iAllah, akan berkekalan.

ingat, jika kita tak letakkan Allah sebagai cinta pertama kita, kita tak jadikan Allah bersama2 kita dalam bercinta, syaitan akan mengambil alih. dia jadikan cinta sebelum berkahwin manis dan indah belaka. tapi, bila selepas berkahwin, syaitan akan jadikan perkahwinan tu takkan bertahan lama. time tu, kita rasa lainnya dia semasa sebelum berkahwin and selepas berkahwin. 

selalu kita dengar, orang bercinta sampai 5-8 tahun, tapi bila berkahwin, hanya boleh bertahan 3 bulan sahaja. (hasil kajian juga)

ustazah ni cerita lagi, selalu ada si suami datang padanya sebab dia kerja as a kaunselor perkahwinan.si suami tu cakap isteri tak taat perintah and lawan cakap. ustazah tanya satu perkara je. 'encik solat tak.'
si suami jawab. 'mestilah tak. camne nak solat kalau hati tak khusyuk.'
ustazah jawab: 'hmm, sebab tu lah isteri encik tak taat pada encik sebab camne nak taat pada encik kalau encik tak taat pada perintah Allah?'

'jadikan Allah dan Rasulullah sebagai cinta pertama kita. then, parent kita. then, barulah kepada si isteri.'


"jaga cinta Allah ketika sebelum berkahwin agar Allah tak tarik cinta manusia because He can do anything to us."

**jangan panggil abang, even dia adalah penjual burger. ok, baru tau, laki ni tak boleh panggil abang. after this, call pak cik je semua orang. 
**suara control, jangan sengaja dilembutkan. sebab boleh jadi fitnah. kalau ianya boleh jadi fitnah, cari seorang pengantara. if not, use email, surat and others.

--> best bila IM Fakhrul sampaikan ilmu sambil menyanyi. :)
--> suka dengar nyanyian One Soulz yang last sekali, tajuknya "Lau kana bainana". menusuk jiwa. 
--> suka juga pada sajak yang disampaikan oleh Ibrahim yang diambil daripada Ketika Cinta Bertasbih. (baru tau. -_-' )

9 comments:

Anonymous said...

cm rugi je xpgi!!

syira said...

WAH~~~bestnye fadh...
Thanx 4 sharing

nurfadhilah ismail said...

to anonymous, tu lah kan...sape suruh x pergi.kan dah rugi. nasib baik ada Hanis. kalau tak, aku pun rugi. thats why, i share in this blog.

syira, thanks for reading my blog.eheh.

mijAhjAmie said...

fad~ruginya x g, huhu
lelaki yang terus jumpa family perempuan tu, adalah orang yang 'cool' sekali and gentleman. :)

syahirah said...

suka yang tulis kt fb tu..
imam muda nazrul xde ke ?

syahirah said...

wargghh best nye ! :D

nurfadhilah ismail said...

mijah > tu la pasal. aku pun malas nak g sbnrnye. tu pun ade org ajak bru nak pegi. best la. IM Fakhrul is the one of the 'that man.' :)

sera> mmg best.pasal cinta kan.ape yg tak best nye. hoho. tp forum ni cinta secara overall. to Allah, Rasulullah and manusia.

Imam muda Nazrul xde la. sape tu. den tak kona.huhu. yg slalu dtg usim, imam muda fakhrul je, yg aku perasan la. xpe, nt kalu imam muda nazrul ade dtg, aku gtaw kau ye. hee~

syahirah said...

jngn xbgtau aku pulak :)

nurfadhilah ismail said...

sera > yola, tu pun kalu dia datang.