Followers

Saturday, May 26, 2012

Muzikal Cinta

Assalamualaikum wbt. :)

baru lepas pergi Forum Muzikal Cinta di DKP 3 bersama dgn Hanis Syamilah. :)
1st of all, thanks to Allah sebab menggerakkan hati ni nak g sana.
2nd, thanks to hanis ajak pegi forum ni setelah buat muka kesian tu. heh-
forum diselangi dengan nyanyian from One Soulz.suara mantap. :)


Moderator: Sdr. Ibrahim (mantan aka 'tupperware' MPP) -asyik sebut bekas je, sekali sekala sebut la tupperware, baru ade nilai. :)
ahli panel. 
Imam Muda Fakhrul and Ustazah Asma' Harun.
dua2 tak kenal sangat.
yang tau, IM Fakhrul ni ada muka IM Asyraf and ustazah tu tak kenal pun.
tapi kan, dua2 panel ni best la. serious. i mean it.
dua2 pandai buat lawak.haha.
bawak isteri and suami lagi tu. (sungguh manis gula-gulanya.)

this forum totally about love.
cinta.
luas maknanya. kan~
papepun, kita as a muslim, mesti letak cinta pada Allah dan Rasulullah s.a.w pada yang atas sekali.
cinta pada Allah, kita mesti always ingat padaNYA. hadirkan rindu untuk bertemu denganNYA.
same goes to Rasulullah s.a.w.. Rasulullah rindukan kita walaupun kita tak pernah berjumpa dengan Rasulullah. selalu diceritakan pada sahabat @ 'bestfriend' Rasulullah tentang kita sebagai ummatnya. rindu untuk bertemu dengan kita. :'(
kita tak pernah jumpa Rasulullah s.a.w dan Allah, tapi kita rindu untuk berjumpa dengan mereka. (muhasabah balik, yeke kita rindu pada Baginda. T.T)


click ni --> Rindu Rasulullah s.a.w pada umat baginda.

ustazah Asma' Harun:
sometimes kita ni sebagai perempuan ada yang rasa susah nak tutup aurat dengan sempurna. rasa macam Islam ni menyusahkan kita.
ingatlah, Allah tak pernah silap dalam menentukan sesuatu perkara. apa yang Allah cipta tu semua ade reason.

Analogi: 
handphone kita rosak, then kita nak baiki.pada siapa kita nak baiki.
pada kedai yang baiki handphone atau kedai yang baiki kereta?
of course, kita akan pergi baiki handphone tu di kedai handphone kan. sebab kedai handphone tu lagi tau apa yang rosak dalam handphone kita tu compare to kedai baiki kereta.

same goes to us.
bila kita rasa kita dah rosak, pada siapa kita nak minta tolong baiki?
mesti kita pergi pada yang tau membaiki diri kita. betul tak.
pada siapa? 
pada Allah la kan. because He know us better than others.
Dia tau tentang kita dari luar hingga dalam.
orang lain tak tau isi hati kita, kecuali Allah.

Imam Muda Fakhrul:

Jangan sesekali tukar fitrah kepada fitnah.
cinta pada berlainan jantina adalah fitrah. tak salah pun kalau nak bercinta. sebab ia adalah fitrah.
tapi, jangan jadikan fitrah tu kepada fitnah.
faham tak. 
kalau kita tak pandai jaga cinta kita tu, kita jadikan cinta kita sebagai maksiat, then, ia boleh jadi fitnah.
kita tak jadikan cinta kita tu ke arah laluan yang betul.
yang betulnya, when we love someone, dan dapat petunjuk dari Allah, then, terus je jumpa family perempuan tu or jumpa je orang tengah untuk sampaikan hajat kita tu.
lelaki yang terus jumpa family perempuan tu, adalah orang yang 'cool' sekali and gentleman. :)
IM Fakhrul juga share cerita bagaimana dia boleh berkahwin dengan bekas tunangnya (isteri dia sekarang). ;) 


terangi lilin tu, jangan biarkan lilin itu padam dan berada dalam kegelapan. sungguh, tak best! (quote Ibn Qayyim tapi tak ingat yang fully nye ape. )


Allah is watching us.

ustazah Asma' Harun

guideline untuk bercinta:
first, kena ada matlamat. matlamat apa?
matlamat dengan tujuan untuk berkahwin.
bukan cinta monyet yang tak tau arah tuju bercinta tu. 
kalau nak dating, habis semua baju dicuba, at last, baju paling buruk sekali dia pakai. yes,cinta itu buta.

second, layak bercinta pabila kita dah matang.

analogi:
time kecik2 dulu, mak kita tak kasi pegang pisau sebab kita tak reti guna. and sebab boleh bahayakan kita.
bila dah besar, mak kita suruh pegang pisau tu. dah tu, suruh lagi main pisau tu dengan potong sayur dan untuk dibuat masak. time ni mak kita dah tak risau sebab kita dah pandai handle pisau tu. sebab apa? sebab kita dah matang and boleh buat decision mana baik mana buruk.

same goes to love.
cinta akan jadi bahaya bila kita tak matang. kita kena sentiasa ingat, syaitan always ikut kita. bila tak matang, tu yang jadi, always keluar dating berdua-duaan. pegang2 tangan, call sampai lewat malam. bahasakan diri 'sayang, abang and else'. orang yang bercinta ni mestilah bermujahadah dalam semua benda. control it.

ustazah Asma' cakap, kita ni sebagai perempuan, kena kawal sikit.buat benteng, sometimes, even lelaki buat benteng pun, benteng tu pun boleh runtuh. macam dari segi suara. kalau boleh jangan dilembutkan. kalau boleh, jangan call lelaki pada pukul 10 ke atas even pasal urusan kerja. kalau penting, just message or email. sebab, lelaki ni lain sikit bila pukul 10 ke atas. so, beware. sometimes, message tu lain, dibaca nya lain.


Jangan mendekati zina. (ayat ni dah common bagi kita, tapi kita buat endah tak endah je)
Allah dah larang, tapi kita nak jugak.


sometimes, kita kena jual mahal sebab tu lagi buatkan kita lagi berharga. :) IM Fakhrul and Ibrahim pun setuju. 
kalau lelaki minta dia panggil perempuan tu sayang time sebelum kahwin, baiklah hentikan. tinggalkan dia.
jadikan panggilan 'sayang' ni ekslusif untuk bakal suami or isteri. best! sampai tak tau nak kata apa, bak kata IM Fakhrul yang dah berkahwin.
kalau lelaki tu cakap. 'saya takkan panggil awak 'sayang' jika saya tak berkahwin dengan awak.' tu boleh percaya sikittt la sebab sometimes lelaki ni mulut manis je lebih.
nak pilih suami @ isteri ni macam nak pilih kasut. kita akan pergi semua kedai untuk tengok mana kasut yang terbaik sekali.tapi, selalunya, mesti kedai yang first kita pergi tadi yang terbaik. (joke: si suami tak payah ikut isteri pergi semua kedai, tunggu je kat kedai pertama sebab si isteri akan pergi ke kedai kasut pertama tadi, cuz kasut kedai tu the best. :-p )





ustazah Asma' 

dalam badan kita ni ada hormon tapi tak ingat hormon ape.
kalau lelaki dan perempuan bersentuhan buat kali pertama, macam ade renjatan elektrik. actually, ade hormone yang trigger tu semua. risau bila lelaki tak message sehari. then, last2 message, 'awak ni dah tak sayang saya eh.' bila hormone ni terlampau banyak digunakan sebelum berkahwin, then bila berkahwin, hormone tu makin berkurangan.
kita kena jaga hormone tu dan buat empangan.

analogi:
Empangan Tasik Kenyir, bila ada empangan, air yang dikumpulkan tu akan menjana elektrik. 

jadikan hormone kita tu macam Empangan Tasik Kenyir, simpan dan keluarkannya after dah berkahwin. iAllah, akan berkekalan.

ingat, jika kita tak letakkan Allah sebagai cinta pertama kita, kita tak jadikan Allah bersama2 kita dalam bercinta, syaitan akan mengambil alih. dia jadikan cinta sebelum berkahwin manis dan indah belaka. tapi, bila selepas berkahwin, syaitan akan jadikan perkahwinan tu takkan bertahan lama. time tu, kita rasa lainnya dia semasa sebelum berkahwin and selepas berkahwin. 

selalu kita dengar, orang bercinta sampai 5-8 tahun, tapi bila berkahwin, hanya boleh bertahan 3 bulan sahaja. (hasil kajian juga)

ustazah ni cerita lagi, selalu ada si suami datang padanya sebab dia kerja as a kaunselor perkahwinan.si suami tu cakap isteri tak taat perintah and lawan cakap. ustazah tanya satu perkara je. 'encik solat tak.'
si suami jawab. 'mestilah tak. camne nak solat kalau hati tak khusyuk.'
ustazah jawab: 'hmm, sebab tu lah isteri encik tak taat pada encik sebab camne nak taat pada encik kalau encik tak taat pada perintah Allah?'

'jadikan Allah dan Rasulullah sebagai cinta pertama kita. then, parent kita. then, barulah kepada si isteri.'


"jaga cinta Allah ketika sebelum berkahwin agar Allah tak tarik cinta manusia because He can do anything to us."

**jangan panggil abang, even dia adalah penjual burger. ok, baru tau, laki ni tak boleh panggil abang. after this, call pak cik je semua orang. 
**suara control, jangan sengaja dilembutkan. sebab boleh jadi fitnah. kalau ianya boleh jadi fitnah, cari seorang pengantara. if not, use email, surat and others.

--> best bila IM Fakhrul sampaikan ilmu sambil menyanyi. :)
--> suka dengar nyanyian One Soulz yang last sekali, tajuknya "Lau kana bainana". menusuk jiwa. 
--> suka juga pada sajak yang disampaikan oleh Ibrahim yang diambil daripada Ketika Cinta Bertasbih. (baru tau. -_-' )

Wednesday, May 23, 2012

:: lelah vs lillah ::








Ada yang mengeluh, ingin gugur dan jatuh,
lalu dia berkata 'LELAH'

Ada yang lelah, tubuhnya penat tapi semangatnya kuat,
dan dia berkata 'LILLAH'

moga terus thabat, iAllah. 









Tuesday, May 22, 2012

i did it!

assalamualaikum wbt. :)


alhamdulilllah 3x... :')
tangan sejuk lepas tengok result test 2 LC II.
huh. tak terkata.


wani: "kau dapat apa fadh?"
me: "aku dapat.... A. :') "
wani:  "fadh!!!!!! you did it. see! you can do it! "


wani peluk saya kat dalam class tu. haha. kelakar pun ye. thanks wani for the support. :)


yang lain: "wani,fadh yang dapat A, kau pulak yang gembira."
wani: "biarla... happy as a friend.."


before tengok result, Dr. tulis kat whiteboard,  8 orang yang dapat A.
saya berdoa biarlah saya salah seorang daripada 8 orang tu.
alhamdulillah! i'm the one who get A in test 2 Life Contingencies II.


erkk. test je pun...
whatever... -_-
then, Dr sediakan 5 hadiah who get 18@17 marks.
i didn't get it.
then, azie got it. tapi dia dah dapat hadiah buku ni.
Dr ask azie, "azie, kamu nak bagi sape buku ni, since you got this book when test LC I last time."
azie macam susah nak buat decision, then dia sebut nama saya. :D


azie: "fadhilah.bagi pada fadhilah, Dr."
me: pusing belakang, pandang azie. "azie, time kasih. " senyum lebar.


ni lah buku nye.
i will read it.

teringat kata Dr dalam class tadi.

"i lagi suka tengok student yang tak berapa pandai, then dia rajin.
compare for those yang pandai tapi malas."

saya tak berapa pandai and susah nak dapat A since bila dah masuk uni ni. admit. 
tapi part yang rajin tu.. ehem... inshaAllah, akan diusahakan agar jadi lebih rajin after this.

thanks to Allah. thanks to my mom because pray for me. and thanks to me because i show my effort on this test. :)

semangat datang. do the best for final on this June. inshaAllah. pray for me dalam diam. ameen....

Allah memandang pada usaha bukan pada natijahnya. 

Sunday, May 20, 2012

family saya

assalamualaikum wbt.. :)


intro: suka balik rumah sebab dapat tengok bintang2 banyak di langit. :D


this story is from my experience.
dakwah paling susah nak buat adalah pada keluarga sendiri. true.
for me, yes. its hard. :'(


sebab ape ye. (garu2 kepala)
my family is a typical family seperti di luar sana.
in my family, saya seorang sahaja yang diberi pendedahan agama since sekolah menengah.
saya tak bersekolah agama ketika di sekolah rendah. tak belajar mengaji pun. everything i got after saya masuk sekolah agama. 
 teringat ceramah ustaz Don Daniyal, beliau berkata :
'at least dalam rumah tu ada sorang yang boleh mengajak kebaikan, tu pun dah cukup bagus.'


bila kita berseorangan yang hanya inginkan kebaikan, banyak halangan dan ujian. tetapi, secara fitrahnya, semua orang inginkan kebaikan. ujian bagi saya adalah melawan nafsu dan arus. 
melawan arus.
secara analoginya, jika dalam rumah majoritinya mengikut arus sungai yang mengalir, berapa ramai yang mampu melawan arus sungai itu. 
analogi lagi,  jika ada jalan one way, berapa ramai yang akan membuat two way disitu. hmm, kalau tak faham, buat2 faham. 


nak melawan arus, secara teorinya arus ni boleh diibaratkan melawan nafsu dan segala perkara yang tidak mengikut syar'i. 


saya jarang balik rumah, because boleh nak dikatakan every weekend ade program. (alasan lagi)
nak betulkan apa yang tak betul dalam family saya agak susah.
apa yang saya mampu buat, hanya berdoa pada Allah agar diberikan hidayah dan rahmatNya kepada keluarga saya dan menunjukkan akhlak yang baik pada mereka.
selalu jika pulang ke rumah, saya akan remind dengan adik2 saya tentang solat. 
abang2 saya, semua bekerja. 


pernah satu ketika, saya menegur adik bongsu tentang solat.
dia menjawab:
"kak, asyik aku je yang kau tegur, apis, pozi ngan didi kau taknak tegur pun."
[terkedu dengan jawapan adik saya tu. huhu]


nak tegur abang sendiri bukannya sesuatu yang mudah.
saya hanya berharap pada Allah, bantu diriku dalam memperbaiki keluargaku tak lupa juga untuk diriku yang kadangkala ada jatuh bangun.
bila melihat perubahan berlaku dalam ahli keluarga, saya amat bersyukur kepada Allah. :')


baru2 ni, abang saya message pada saya.
"kak, kat mana nak cari tentang Islam?"
(i wanna cry when  i read that message)


alhamdulillah ya Allah, baru2 ni saya melihat adik perempuan saya berubah. 


minta birthday present pada saya.
"kak, kalau aku nak kau hadiahkan aku tafsir Quran boleh tak. yang takde zip punya."
me: boleh2.aku belikan ma'thurat sekali ye. :')


walimah abang saya hari tu. she's wearing tudung labuh. takde labuh sangat. bidang 50. yang menutup dada. pakai stokin. keluar rumah pun dah pakai tudung and complete menutup aurat.
sometimes, saya tergelak dengan teletah dia.


"nak tudung yang boleh tutup pusat sekali.taknak yang just tutup dada je."
"tak nak pakai tudung ni, sebab tudung ni jarang."
"tudung tu pendek la."


she ignore ape yang kawan dia cakap pasal dia di sekolah.
tentang apa yang dia pakai. dah pandai pakai handsock and stokin bila kami keluar rumah.
da pandai baca al--mathurat. bace Quran after solat.


pernah ditanya:
"sera, sebab ape kau berubah ni?"
she replied:
"sebab kau la kak." just simple as that jawapan dia.
actually, bukan akak yang buat kau berubah sera. semuanya atas kehendak Allah. Allah yang berikan.
dia suka baca novel.novel online pun dia baca. pernah saya cakap dengan dia.
"why not kau baca novel Hlovate yang aku punya tu. best tau."
she takes that novel and bila baca, tanya saya maksud2 certain word english pada saya.
if not, she will search. and another factor she changed because of that novel.
she said, she fall in loves with that novel. novel tarbiyyah.


sera, i'm proud of you. keep moving. you're on the right path. 


alhamdulillah, my mom, sera and me, inshaAllah akan berada di jalanNya hingga ke penghujungnya. ameen. 
waiting for another member to join us. 


always doa to Allah.
ya Allah, Kau berikanlah hidayah dan rahmatMu kepada ahli keluargaku. ameen.


"Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang keras?"Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertaqwa." Maka tatkala mereka melupakan apa yang diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang dari perbutan jahat dan Kami timpakan kepada orang-orang yang zalim seksaan yang keras disebabkan mereka selalu berbuat fasik.” [Surah Al-A'raf: 164-165]



Saturday, May 19, 2012

cikgu. :')

assalamualaikum wbt... :)


this weekend, saya balik rumah...reason... rindu dengan mak. ntah pape je kan. huu~
asyik terfikir nak update blog, tapi tak ber'update'.
inshaAllah, post akan diupdate sebelum final exam menjelma.


haritu, bukak fb, then. terbaca di status hlovate, more to story actually. about teacher and student, since 16 Mei aritu Hari Guru. touched.
 Hlovatesays always buat hati saya tersentuh.(teringat akan diri masa sekolah dulu.)


dulu.
i'm a naughty student. nakal la sikit. kalau story, mesti member tak percaya apa yang saya cerita.
dihantar ke sekolah agama since form 1 lagi but, time tu not really into it. tak masuk sangat pun dengan sekolah agama ni. (bila teringat balik, tak bersyukurnye aku)


bila teringat balik, mesti cikgu2 yang mengajar kami tention dengan kami. huu~
ustazah norliah. ustazah paling garang. takut. suara dia boleh satu sekolah dengar. always marah2 kami. tau, mesti sebab kami nakal.kami tak jahat.hee~
sekolah tu jugak la, saya pernah buat history terhadap sorang ustaz ni.
ustaz ni marah sungguh. saya ade main lastik getah. ala, getah yang nak lastik cicak tu.
most of our class, tention dgn ustaz tu sebab tak ajar kami, ajar certain student je.
so, on that time, saya nak lastik member, then. terlastik ustaz.. huu...(haru)
alamak, tersilap lastik.saya terus buat tak nampak apa yang berlaku. pretend tengah study.
then, ustaz tanye, sape yang lastik ni. no one yang mengaku. on that time,bukan saya sorang je yang main lastik tu. so, kami semua dipanggil oleh GPK HEM,cikgu Adnan. kena rotan.
saya ade 2 orang mak cik yang mengajar kat sekolah tu.mak cik datang pada saya.
apa fadhilah dah buat?
time tu, takde rasa bersalah and rasa malu pun. T.T
sedih, bila fikir balik, mesti time tu makcik saya malu sungguh since anak buah dia buat problem.


'makcik, mak teh,  fadhilah mintak maaf sebab malukan kalian. :'( 


nakal2 saya pun, kena jadi pengawas. ni pun guna line mak cik.
time tu, 'ya Allah, pehal la pulak kena jadi pengawas ni.ni yang maleh ni.'
time jadi pengawas tu, banyak ujian yang ditimpa.


dapat result PMR, mak cik suruh keluar dari sekolah tu. for my own good sake.
ye, di sekolah tu takde ape yang boleh mengubah saya to be a good person. and, one of  another reason, my result is good la. takde la bagus mana pun. ok la.


ya. di sekolah tu saya agak nakal. tapi, nak compare dengan kawan2 yang lain, ada lagi yang nakal dari saya. then, bila tukar sekolah. agak terkejut, sebab asing lelaki n perempuan. i was like -.- .. camni pun nak asing2 ke. macam tu la bila first time masuk sekolah tu. lama2, saya suka dengan rule yang da ditetapkan. 
baru rasa best bila satu kelas semua perempuan. terasa bebas nak buat apa. 


nak cerita tentang best nye sekolah baru ni, SMASKP, maybe sampai besok tak habis.


di sana, saya ada cikgu2 yang awesome.
di sana, saya belajar satu perkara. 'nak tau bagus atau tak sesuatu organisasi tu, kita kena tengok pentadbiran n management dia macammana.'
di sana, saya jumpa pengetua yang awesome.
pengetua yang dah banyak mengubah hati-hati pelajar nye.
ulang-alik dari Nilai-Pilah.
hari rabu akan tidur di sekolah sebab bagi tazkirah maghrib.
suka tazkirah dia sebab most of his tazkirah telah menyentuh hati saya. :')
beliau tak tengok masa lampau seseorang student tu. samaada dia jahat atau tak. beliau tengok pelajarnya ketika di sekolah ni.
beliau telah mendidik guru2, pelajar dan tak lupa juga pada pekerja lain di sekolah tu. 
sepanjang beliau jadi pengetua, tiada sebarang masalah disiplin.
paling teruk pun, tak solat subuh berjemaah.
beliau juga mengajar kami subjek math modern.
kami sedih bila beliau decide untuk berhenti berkhidmat atas alasan untuk further study.


                                     
                                                            we're happy back then..


saya ade ramai guru2 yang awesome.
tak pernah jemu ajar kami. :'(
saya selalu jumpa cikgu ina sebab nak belajar tentang add math. 


cgu ina


jumpa lepas habis sekolah. sometimes, cikgu balik lewat sebab ajar anak murid dia ni.
mesti cikgu tention ajar saya ni. tapi, dia sabar je dengan soalan2 saya.
yeah, saya suka math. subjek sains yang lain suka jugak tapi tak macam subjek math la.


cgu juliana, cgu nani, cgu ina, cgu ida, cgu aziz, ust mustaza, teacher syuhada wee and others.
you all are awesome! :D.


secara tak sedar, saya telah ditarbiyah di Sek Men Agama Sains K. Pilah (SMASKP). :-)
saya berubah. tak banyak tapi better than before.


saya sayang guru2 saya yang dah mengajar saya di SKP 12, SMAHMY and SMASKP.




* *time 1st year di USIM, setelah berapa tahun, saya mengaku kesalahan saya pada ustaz even da lambat.


'ustaz, ingat lagi tak dulu ustaz ade terkena lastik dengan student. saya minta maaf, sebab saya lah orangnya. minta maaf sebab dah terlampau lambat sangat untuk minta maaf dekat ustaz.huu~'


                      


| Selamat Hari Guru to all my teachers |


'In this world, there are two types of happiness. first, after the time, you look back and think i was happy back then. you realize you were happy after the event.second, realizing you're happy at the present time.' [quote]

Monday, May 7, 2012

kebaikan Islam ada dalam diri kita

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt. :)

alhamdulillah, 3 hari 2 malam berada di Pantai Sepat, Pahang. :)
very interesting and got many beneficial things that can i take.


kali ni nak share one of things yang saya dapat disana.
kami diminta hafalkan hadis 1 & hadis 12.
hadis 1 berkisarkan tentang niat. most of us, inshaAllah tau tentang hadis ni.
hadis 12, maybe tak semua tau. ia tentang meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat baginya.


hadis 12:


Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Sabda Rasulullah s.a.w bersabda:
"Antara kebaikan Islam seseorang itu adalah meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat baginya."
| Hadis hasan riwayat at-tarmizi |


from my understanding,
kalau kita nak tau kebaikan Islam seseorang itu, adalah dengan melihat dirinya meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat baginya. 
means, perkara yang tak relate dengan dia, dia tak ambil campur tangan.
for example,
untuk diri kita, especially for me lah kan.
contohnya mengumpat. mengumpat ni boleh dijadikan fitnah if perkara tu tak betul. cakap belakang pun adalah dilarang dalam Islam. 
kadang2 tu, kita dengar je orang mengumpat. last2, kita pun join sekali mengumpat tu.
why not, kita jauhkan diri dari mengumpat tu dan apply kan hadis 12 ni.
'meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat baginya.' :)


contoh ke-2,
sekarang ni boleh dikatakan everyone use internet. especially account facebook. boleh kira lah sape yang takde account facebook. contoh, dalam class saya, hanya 2 orang je yang takde account facebook. yang lain semuanya ada. 
dalam facebook ni, bermacam benda ada. hmm, kadang2, facebook ni boleh melekakan kita. sampai kerja pun tak siap. duk sibuk hadap depan laptop je. kalau tak facebook, bukak twitter lah, blog lah, macam2 la kan.
tu lah. internet telah jadikan kita lalai. actually, boleh je dikurangkan bukak facebook tu.


everything are depends on us. how we can handle it.
why not, kita kurangkan ber'fb' and try to do something that worth for us.
kalau student ni, study ke. bace bahan ilmiah yang boleh add knowledge kita ke.. kan ke best tu.. heh. :)


-_-
huh. terasanya aku dengan ayat atas ni.


so, kalau macam tu, ape lagi. jom lah kita bermujahadah meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat bagi kita.






baiklah, i will stop at here. yelah kan, study tu lagi penting.
lagi 3 minggu je nak study week and final exam.


k lah, next time i will share about jiddiyah.
jiddiyah? ape tu?
hmm, nak tau, tunggulah ye next post.
ceh, macam ade je orang nak bace blog kau. sigh. -_-


till then. wallahu'alam. 





Friday, May 4, 2012

muaskar






off to Pahang
this evening until this sunday
perbetulkan niat.

wallahu'alam