Followers

Saturday, March 17, 2012

our purpose

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt. :)

sekian lama tidak ber'update' blog ni. lepas ni, inshaAllah, saya akan post entry yang bermanfaat untuk diri saya dan kepada yang sesiapa yang ter'baca' blog saya. :)

saya sukakan analogi2 yang diberikan kepada saya. inshaAllah, akan dikongsikan on the next next entry. 

back to basic. 
kita dekat dunia ni kan, actually apa matlamat hidup kita.
the answer maybe like this.saya bagi option. 

A-"nak ada rumah besar. nak ada kereta besar. nak dapat suami handsome, isteri yang cantik."

 B-"untuk dapat kebahagiaan." (teringat pd awal sem haritu, my lecturer said to us. "how you define the happiness?" )

C- nak dapatkan keredhaan Allah dan menegakkan hukum2 Allah di dunia ni.

so, what will be your answer. adakah jawapan anda adalah A? B? atau C? atau ada lagi matlamat hidup yang lain yang nak diberikan..

ok la. saya akan brief sedikit.
untuk jawapan A.

first, nak dapatkan rumah besar. kita akan bekerja keras untuk ke situ. then, bila kita da dapat rumah besar.kita nak beli kereta besar atau mewah la pulak. contoh macam kereta Volkswagen. then, dah beli kereta. kita pulak nak kahwin orang yang cantik/handsome.tambah2 lagi yang nak kawin dengan orang yang kaya..ok, katakan semua tu kita dapat. lepas dah dapat semua tu, apa pulak yang kita nak buat. yelah, kita punya matlamat, semua dah tercapai. apa ye? 

untuk jawapan B.

untuk dapatkan kebahagiaan. kebahagiaan ni luas maksudnya. ada yang memberi maksud, mahukan kehidupan yang senang.boleh la bagi definition of happiness.tapi sejauh mana kebahagiaan yang kita nak.

untuk jawapan C.

ok. for muslims, ini adalah jawapan yang mungkin ramai yang akan berikan. tapi kan, sejauh mana kita nak capai keredhaan Allah. ada tak kita buat perkara yang menuju ke keredhaan Allah. kita buat apa yang Allah suruh, dan tinggalkan apa yang Dia larang. kalau kita tengok sekarang ni, berapa ramai yang ikut apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Dia larang.kita nak capai keredhaan Allah, tapi kita hanya cakap sahaja. nauzubillah... 

so, for me. saya nak jawapan C as my matlamat hidup. ye, agak susah nak capai keredhaan Allah. tapi, tak mustahil kan. saya boleh capai matlamat hidup ni dengan buat apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Dia larang, inshaAllah. saya nak tegakkan hukum Allah yang makin lama makin tenggelam dan makin ramai yang buat2 tak faham tentang hukum Allah yang dah sedia ada. bahkan, ada lagi yang menafikan tentang hukum Allah. tapi, saya tak mampu buat sorang2.. so, jom kita jadikan C sebagai matlamat hidup kita. saling tolong menolong untuk mencapainya, inshaAllah. :)

saya tak nak ikut arus yang makin lama makin deras. saya nak lawan arus itu. so, saya perlukan kekuatan untuk melawan arus itu.supaya saya tak terus hanyut dengan arus yang makin deras.
 
saya nak lawan arus ni. tak nak ikut arus ni. agak2 boleh tak. belum cuba belum tau. :)

 walau sesusah mana pun, saya akan cuba untuk lawan arus itu, doakan yang terbaik untuk saya. tak lupa juga buat awak. :)


"the flower that blooms in adversity is the most rare and beautiful of all. " [Mulan]


No comments: