Followers

Friday, February 10, 2012

kesenangan

 Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt.. :)
bila aku tulis tajuk tentang reminder.
mestilah tentang perkara yang mengingatkan kita kepada Allah.


"Difirmankan, Wahai Nuh! Turunlah dengan selamat sejahtera dan penuh keberkahan dari Kami, bagimu dan bagi semua umat (mukmin) yang bersamamu. Dan ada umat-umat yang Kami beri kesenangan (dalam kehidupan dunia), kemudian mereka akan ditimpa azab Kami yang pedih." (11:48)
cuti ni, sebelum balik rumah.
sera, adik perempuan aku mintak hadiah birthday dia.

'apa hadiah yang kau nak', aku tanya.
'aku nak tafsir Quran. belikan eh.' jawab sera.

alhamdulillah, aku balik rumah. sejuk hati aku tengok adik aku ni.
aku belikan untuk dia al-mathurat sekali.
so, setiap pagi, after asar and after maghrib. she will recite Quran and al-mathurat.
family aku ni biasa2 je. bila tengok adik aku ni berubah walaupun tak banyak. syukur alhamdulillah.
tunggu yang lain untuk berubah. 

'ya Allah, kau percepatkanlah hidayahMu kepada keluargaku.' 

hidupku tidaklah sesenang seperti orang lain.
aku anak Felda.
teringat time kecik2 dulu, susahnya hidup. bila makin membesar, makin banyak persoalan.

kenapa hidup aku susah ye. tak senang macam orang lain?

tapi kan. dengan kesusahan yang pernah aku hadapi ni lah, aku belajar erti hidup.
syukur, ya Allah.beruntungnya aku. :)
dengan kesusahan ni, aku belajar erti kesabaran.


 
sometimes,  orang yang berada dalam kesenangan ni menyebabkan dia jadi alpa dengan dunia.

aku nak kumpul duit banyak-banyak.
aku nak beli kereta mewah. kereta Porsche Carrera, Lexus etc. etc..
aku nak tunjuk kat semua orang yang aku adalah orang kaya.
aku nak kahwin dengan lelaki kaya.

frankly speaking, ramai tak orang macam ni dekat dunia.
actually, kita as a muslim. diajar untuk hidup besederhana dalam semua perkara.
kadang-kadang, kalau iman tak kuat. kita pun boleh jatuh dengan perangkap ni.

so, mohon pada Allah.walau macammana pun situasi kita.jangan biarkan kita lupa padaNya.
jom muhasabah.

hari ni, berapa muka surat aku baca Quran.
hari ni, solat awal waktu tak.
hari ni, berapa banyak kita ingat pada Allah.

Astaghfirullah.




No comments: