Followers

Saturday, February 18, 2012

dare to dream big

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt. :)

time nak balik sini.
my brother baru je sampai rumah.
aku tengah sibuk berkemas.
time dia kat dapur, lunch. aku kat bilik.berkemas.
sibuk2 tengah pakai tudung.
my mom said.
"tadi, didi tanya ape tuh kat penyidai tu."

my brother:
"mak,kain ape yang besar tu kat penyidai tu."

my mom said.
"tudung akak la.tak tau ke yang adik sendiri pakai tudung besar."

my brother:
"dah boleh buat kain selimut dah tu." golak deh.

heh. aku sengih je. 
"mak.nak tau tak, ade lagi tudung yang labuh dari akak ni."

**hadoi,bukannye labuh mana pun kalau nak compare dengan kawan yang lain.terasa rendah diri bila dengan dorang. :(

its ok la...

***banyak lagi karat2 jahiliyyah yang susah sangat nak buang.
      sedih.
      
takpe.buat sikit2.small change will bring to big change.you can do it!

DARE TO DREAM BIG. YOU CAN!

pejam-celik-pejam-celik dah 3 tahun dah belajar dekat sini.
this monday will start a new semester.
i need courage to face this semester because as i said before. jam kredit yang banyak plus dunno how tough the subject is.



born as a muslim

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt. :)

************************

"kadang2 aku cemburu dengan orang yang bukan born as a muslim atau born as Muslim yang tak practise, tapi dapat nikmat tu later in life." Suara Wak Duku kembali menariknya daripada ingatan masa lalu.

"Sebab dia orang tak take that thing for granted." Wak Duku menuturkan dengan mata menala pada dataran di depan mereka.

"kalau nak tengok keliling kita ni je, memang ramai yang namanya Muslim. tapi entah berapa kerat je yang practise." Dia menggeleng sendiri.

"sedih betul aku tengok.pakai nama Islam tu setakat dekat kad pengenalan aje.tapi part yang lain tu memang dah wassalam."


"Hati tu Allah yang pegang, Wak." Jade sekali lagi mengulang dengan senyum tawar.kalau nak ikutkan aku yang dulu, memang tak terbayang la aku akan saing dengan orang lain yang pergi solat jemaah kat masjid tu macam hari ni.

"True."
"Allah yang memegang hati.
Allah yang membolak-balikkan hati.
Allah yang memberi petunjuk dan hidayah. 
Allah yang mengetuk pintu hati untuk berubah.
berubah ke arah yang lebih baik atau sebaliknya. 
berubah ke arah pencahayaan atau kesesatan. 
Allah juga yang memalingkan diri kalau kita terlebih dulu memalingkan diri daripada Dia yang sepatutnya disembah. 
Allah yang mentakdirkan dia mengenal Wak and co., 
Allah mentakdirkan hatinya terbuka dan dilembutkan untuk menerima,
 Allah menyebut kun faya kun untuk semua benda jadi daripada yang tak ada."

~Rooftop Rant, Hlovate.~

Thursday, February 16, 2012

start again

 Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt.. :)

cuti dah nak habis. bermula lah kembali as a student.
sem ni lagi banyak jam kredit. *tak suka*
tengok jadual. lecture class start on 8 am. every day. except tuesday and friday.



see. banyak betul jam kredit. 
*termenung sekejap*

tengok subjek pun macam scary je.
takpe2.. you can make it.
yang penting focus.


Saturday, February 11, 2012

nothing impossible

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt. :)

jumpa lagi kita dalam alam siber.
jumpa sape?
sapelah yang bace blog kau ni. angan2 nak tinggi je.
ok fine. blog aku ni tak ramai orang bace. yang bace pun aku sorang je.
papepun, aku nak tulis jugak.bila ada masa aku akan baca balik apa yang aku dah tulis. tak kesah pun tentang viewers ramai ke tak. (okeh, melalut. -_- ) . enough.

just nak story. tentang kawan aku.
dia sedang dalam dimensi tarbiyah. alhamdulillah.
her story.

'nak tau camne aku boleh involve dengan dunia tarbiyah ni tak.,' dia mulakan cerita.

macam ni.
ada lah beberapa orang kakak ni datang rumah aku.
dia bawak makanan. akak tu dah la datang dari jauh. tempat tu susah nak dapat transport.
dia ajak aku ke dunia tarbiyah. banyak kali dia ajak. satu hari tu, aku demam. dia datang tengok aku.
kalau kau. orang datang jauh2. lepas tu, bawak makanan. kau terharu tak. hati kau mesti tersentuh kan.
keras mana pun hati kau, at least sikit la.perasaan tersentuh tu ada dalam diri kita.
then, akak tu ajak aku g program. dia suruh ajak housemate aku sekali pergi. tapi, at last. aku sorang je yang pergi.
kau tau la aku nye pakaian macam mana kan. dorang nye pakaian sumenye tutup aurat. pakai tudung labuh.
dekat situ, aku sorang je pakai macam ni. tapi, dorang layan aku macam biasa. macam kawan2 dorang yang lain. aku lagi la terharu. 
kadang2, aku sedih. kawan2 aku tak tau aku sedih. selalunya aku akan cari dorang bila aku sedih.
tapi kan, kakak tu datang. dia tau yang aku tengah sedih.

masa mula2 tu, ada banyak persoalan kat fikiran aku.
aku tanya akak tu.

'kenapa, kalau akak datang kat surau, akak tak salam dengan saya. dengan kawan2 saya. akak salam dengan dorang2 je. jijik ke kami ni.'

'kenapa biarkan kami macam ni. dorang tak sebarkan pun ilmu yang dorang dapat pada kami. kenapa?'
banyak lagi la soalan aku time tu sampai aku nangis2 tanya dia. aku memang marah time tu.
then, akak tu explain dekat aku.



lama2 aku rasa seronok bila duduk dengan dorang.bila balik, housemate aku tengok aku happy. 
sekarang ni, kawan aku pun ikut aku sekali.
kitorang memang jenis huha huha. tapi, bila baru nak start ni. at least, hidup ni bermakna la. tak lagi buat benda yang tak penting. ada la arah tujuan kita. sekarang ni, at least tudung aku labuh sampai dada. tak macam dulu. ni semua baru permulaan.
aku takde lah buat perubahan drastik macam ada sorang ni dia straight pakai tudung bidang 60.



kakak tu cakap. 

'persahabatan tu indah jika kerana Allah.'
:')
******************************************
never feel sad on losing anything in your life, because whenever a tree loses its leaf, a new leaf is ready to take its place.
 

Friday, February 10, 2012

kesenangan

 Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt.. :)
bila aku tulis tajuk tentang reminder.
mestilah tentang perkara yang mengingatkan kita kepada Allah.


"Difirmankan, Wahai Nuh! Turunlah dengan selamat sejahtera dan penuh keberkahan dari Kami, bagimu dan bagi semua umat (mukmin) yang bersamamu. Dan ada umat-umat yang Kami beri kesenangan (dalam kehidupan dunia), kemudian mereka akan ditimpa azab Kami yang pedih." (11:48)
cuti ni, sebelum balik rumah.
sera, adik perempuan aku mintak hadiah birthday dia.

'apa hadiah yang kau nak', aku tanya.
'aku nak tafsir Quran. belikan eh.' jawab sera.

alhamdulillah, aku balik rumah. sejuk hati aku tengok adik aku ni.
aku belikan untuk dia al-mathurat sekali.
so, setiap pagi, after asar and after maghrib. she will recite Quran and al-mathurat.
family aku ni biasa2 je. bila tengok adik aku ni berubah walaupun tak banyak. syukur alhamdulillah.
tunggu yang lain untuk berubah. 

'ya Allah, kau percepatkanlah hidayahMu kepada keluargaku.' 

hidupku tidaklah sesenang seperti orang lain.
aku anak Felda.
teringat time kecik2 dulu, susahnya hidup. bila makin membesar, makin banyak persoalan.

kenapa hidup aku susah ye. tak senang macam orang lain?

tapi kan. dengan kesusahan yang pernah aku hadapi ni lah, aku belajar erti hidup.
syukur, ya Allah.beruntungnya aku. :)
dengan kesusahan ni, aku belajar erti kesabaran.


 
sometimes,  orang yang berada dalam kesenangan ni menyebabkan dia jadi alpa dengan dunia.

aku nak kumpul duit banyak-banyak.
aku nak beli kereta mewah. kereta Porsche Carrera, Lexus etc. etc..
aku nak tunjuk kat semua orang yang aku adalah orang kaya.
aku nak kahwin dengan lelaki kaya.

frankly speaking, ramai tak orang macam ni dekat dunia.
actually, kita as a muslim. diajar untuk hidup besederhana dalam semua perkara.
kadang-kadang, kalau iman tak kuat. kita pun boleh jatuh dengan perangkap ni.

so, mohon pada Allah.walau macammana pun situasi kita.jangan biarkan kita lupa padaNya.
jom muhasabah.

hari ni, berapa muka surat aku baca Quran.
hari ni, solat awal waktu tak.
hari ni, berapa banyak kita ingat pada Allah.

Astaghfirullah.




Thursday, February 9, 2012

wedding ana and reunion

Bismillahirrahmanirahim.. 

Assalamualaikum wbt. :)
straight to the point. tak reti nak buat intro camne.
sekarang tengah cuti sem. sebulan.
5 February 2012.
schoolmate time sek rendah kahwin (Ana)
timing yang baik sekali. ramai yang tengah cuti sekarang ni
alang2, buat reunion skali la kan. ;)
orang jauh yang datang pun, fizah anak guru besar and faizol.
majority of us, tinggal dekat2 sini je. :)

setelah sekian lama tak ketemu, akhirnya.
time wedding ana yang dapat kumpulkan half of us.
tapi, tu pun da ramai.
kalau bukak cerita time sekolah dulu, sampai bila tak habis.
asyik gelak je bila ingat balik tambah2 lagi yang part kelakar.haha.
tapi kan, tak dapat amik gambar semua sekali.
ada yang nak cepat sebab ada lagi kawan sekolah menengah dorang kawain.
aku tak kenal + tak tau sebab aku tak sekolah menengah kat sini dulu.


masa menentukan segala. masing2 dah besar. thanks ana sebab weddinng kau, kitorang dapat buat reunion. 
piqa yang belajar kat NZ pun ade sekali. dia lagi lama cuti.

piqa: asal tak datang umah ana awal2.message la aku.
aku: segan lah.
(seriously.menyesal tak datang rumah ana awal2. -_-)
dapat kawan baru. kawan ana satu kolej. kitorang panggil dia adik je.dari langkawi. aku jumpa dia dalam berapa jam je, tapi kenal macam bertahun2.macam kawan dari sekolah lagi. best, dapat kenal dia.


ni je yang tinggal after majlis. yang lain semua dah balik.

ana and mas dah lepas. next person?
not sure. lagi sekali. biar Allah yang tentukan.
teringat pesan wani. kalau nak kahwin, cakap tahun berapa. orang sekeliling kita akan doakan.walaupun, kau takde calon lagi.
so, target aku nak nikah tahun 2015. umur aku 25 tahun. kalau ikutkan birthday.umur aku time tu baru masuk 24 tahun sebab aku lahir bulan 12.
so, kawan2, doakan aku ye.




till then.