Followers

Wednesday, December 28, 2011

hakikat H I D U P

assalamualaikum wbt.. :)

baru habis study risk theory. yelah, study week la katekan. time ni la baru nak study betul2. kalau tak, sebelum ni penuh dengan assignments and tests. dah la fadhilah, semua ni alasan semata2... boleh je kau study time tu, tapi tak pernah nak hargai masa yang ada.

okeh! kali ni nak story tentang hakikat hidup.
just for my information and for those yang terserempak dengan blog ni...(yela, blog tak femes mane pun)

bak kata orang "sharing is caring". so, ni kira nak share lah. :)

from my note yang disalin dengan penuh konsentrasi, hidup ni ade 4 hakikat tujuan hidup kita.

#hakikat pertama:
 Dunia ni hanya mainan. 

boleh rujuk [al Hadid:20]

jka kita hidup hanya pada mainan dan hiburan semata-mata, maka rosaklah iman. contoh dah banyak sekarang ni. especially kat luar sana.

nak tau tak, kebahagiaan yang sebenar dan hakiki adalah berada dengan Islam. kebahagiaan datang dengan Islam.
bila Islam hilang dalam diri, kita takkan dapat bahagia yang sebenar. betul. percayalah~
bahagia tu hanya dekat dunia je. kita nak bahagia dekat kehidupan yang lagi satu tu.bahagia yang kekal abadi.

dunia ni ibarat bangkai.tak bernilai.
macammana kita pandang bangkai, macam tu lah kita pandang dunia.

nak tau tak, kita sebenarnya, tak layak nak persoalkan apa yang Allah tetapkan untuk kita.
analogi:

contoh la kan.
kita nak pinjam pen kat kawan. kawan kita pun bagi la pen. tapi pen yang dia bagi tu, pen yang sikit je dakwatnya.tambah lagi, time tu kita nak tulis banyak. mesti kita tanya kawan kita.

"nape kau bagi pen yang dakwatnya sikit tapi tak bagi pen yang banyak dakwatnya?"

dakwat = umur.

contoh la. kita dah rasa ajal kita nak dekat.(eg: kanser yang bleh bawak maut) tapi time tu lah kita nak kembali pada Allah. then, kita minta pada Allah, panjangkan umurku. banyak lagi amalan yang aku tak buat.
kita tak layak minta pada Allah.seriously.



Hakikat #2
mati itu pasti.

rujuk pada [3:185]

mati. takde sape yang boleh lari dari ni. nyorok lah kat mana pun.kalau ajal kita dah sampai time tu, time tu jugaklah nyawa kita diambil.tak kira lah samaada kita dah ready atau tak.

tak boleh nak cakap pada maut yang dah sampai. "tunggu jap." tak boleh.

"setiap yang datang itu dekat." (Abdullah Ibn Mas'ud)

maksudnya, macammana jauh pun mati tu, hakikatnya dia adalah dekat. mati tu lagi pasti daripada kahwin yang tak pasti.

"cukuplah maut itu sebagai peringatan."
tanya pada diri:

"duit dalam akaun akhirat tu dah banyak ke belum?" 

jom, sama2 muhasabah.

just for reminder. for me and you for those read this.

2 lagi hakikat hidup akan disambung pada entry yang akan datang...

No comments: