Followers

Saturday, December 31, 2011

hakikat hidup (cont.)

assalamualaikum wbt.. :) 

tepat pukul 12 malam ni, tahun 2011 akan berakhir dan diganti dengan tahun 2012.
makin lama, nombor tahun akan bertambah, umur pun makin bertambah, ajal pun makin tiba. mana tau, malam ni nyawa kita diambil?
 who knows?
 Allah je yang tau. macammana bekalan yang kita nak bawak di akhirat kelak. cukup tak... (muhasabah.banyak lagi bekalan yang perlu dicari.huhu~)

ok now.
sambung balik untuk hakikat hidup yang tak sempat nak habis haritu.

okeh.

Hakikat #3
Hidup untuk diuji.

cakap pasal ujian, terfikir. ada ke orang yang tak pernah diuji?
setiap orang akan diuji dan ujian itulah yang akan menguji tahap keimanan kita dan sebanyak mana kita berpegang teguh pada Allah.

[Surah al-An'am: 165] --> mengenai kesenangan dan kesusahan.

kalau cakap pasal kesenangan, mesti fikir tentang orang yang banyak harta.
kalau cakap pasal kesusahan. mesti fikir tentang dengan orang yang tak banyak harta.
actually, kesenangan dan kesusahan bukanlah bergantung pada harta semata2, tapi boleh jadi dalam bentuk yang lain.
orang yang senang, akan diuji macammana dia handle harta yang dia ada dan kesenangan yang dia miliki. samaada dia bersyukur dengan nikmat itu ataupun tak.

[Surah Hud: 7] --> mengenai keikhlasan dan ketaatan.

mengenai keikhlasan dan ketaatan, sejauh mana kita taat dan ikut pada perintah Allah tak kira apa jua keadaan pun.
dan. sejauh mana keikhlasan kita.



Hakikat #4
Nasib di tangan sendiri.

rujuk [surah Ar-Ra'du:11]

kita diciptakan dengan potensi dan kuasa memilih.
dan, kita memilih pun berdasarkan kehendak kita.
bermakna, orang yang bertanggungjawab pada diri kita adalah diri sendiri.
-kisah dalam surah al-Ankabut.
   --> orang bawah menyalahkan orang atasan.

dengan potensi yang kita ada ni, pelbagai ujian yang akan ada.
contohnya, hasutan syaitan, hawa nafsu dan tuntutan Quran dan Hadis.

contoh:
exam. majority of us akan study betul2 bila exam tu dah nak dekat. contoh lagi 2 hari nak exam, time tu baru kita start dengan exam.
sebelum 2 hari tu, actually boleh je kita nak study betul2.
tapi, dengan ada nya hasutan syaitan, nafsu nak tidur, online, dan macam2 lagi, study kita tu pun jadi tertangguh. at the end, jadilah study last minute. malam nak exam baru pulun habis2...
cara belajar last minute pun actually tak berape bagus, tapi ade je orang yang boleh perform even study last minute.hurmm...

tengok ni. --> jawapan untuk bila diuji dengan ujian.


p/s: tak cukup idea, nanti2 update balik entry ni. (tengok, tangguh lagi.apa nak jadi la ni)

No comments: