Followers

Sunday, October 16, 2011

Takdir Allah

Assalamualaikum wbt...:)


kisah kali ni, saya ada baca majalah housemate saya. tajuk majalah tu adalah Solusi. Solusi ni buku yang menarik untuk kita baca. salah satu tajuknya adalah mengenai takdir Allah..ini adalah apa yang telah saya faham tentang tajuk tu. Solusi Isu No.19. boleh la rujuk...


takdir Allah kadang2 tu terlalu misteri buat kita.


siapa yang memberi kebaikan, akan dibalas dengan kebaikan.


analogi:

di atas jalan raya. for example in highway la kan. dekat highway ada 3 lorong. lorong slow, medium n laju. bila jalan dah jammed, keadaan di highway tu akan jd sesak. tengah kita nak tunggu jammed tu, tetiba ada satu kereta tersalah lorong. kereta tu bagi isyarat utk masuk ke lorong kita. kerana melihat dia terkial2 memberi isyarat, kita pun beralah dan beri laluan pada dia. dia pun masuk di hadapan kita.




 standard jalan jammed akan lama. contoh dalam 3 jam kita boleh berada di atas jalan yang sesak tu. dalam tempoh tu, kita tersalah masuk lorong. kita pun bagi lampu isyarat, nak masuk lorong yang betul.
agak2, logik tak, orang yang kita bantu tadi, dia bantu kita?


tak kan...yelah, sebabnya, kita pun tak tahu orang yang kita bantu tu, dia ada kat lorong mana. 


tapi....tapi, ada kereta lain yang simpati pada kita dan beri laluan pada kita, insyaAllah. dan orang tu tak sama dengan orang yang tolong kita tadi. betul tak....


hmm, macam tu lah. Allah akan gerakkan hati pemandu tu untuk beri laluan pada kita. padahal, kita tak pernah pun tolong orang tu. 


orang yang kita beri kebaikan, takde dekat situ untuk membalas kebaikan kita tadi. tapi, Allah telah menggerakkan hati orang lain untuk bantu kita yakni orang yang tak pernah rasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi. 


"SubhanaAllah!"


dengan cara yang mudahnya. apa yang berlaku di jalan highway tu, macam tu lah jalan kehidupan kita. 
Kita buat baik pada A, tapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita bahkan orang yang membalasya adalah B atau C atau D atau yang lain.


Dengan takdir Allah, kita diberi pertolongan olehNya atas apa yang telah kita lakukan.


Hmm, ni lah hakikat kehidupan kita.


"what you give, you get back. "



No comments: