Followers

Wednesday, October 26, 2011

hati kita ibarat burung

assalamualaikum wbt.... :)


himmah


apa tu himmah?
tak tau pun..


ok, himmah ni bermaksud semangat yang tinggi. 
bermaksud juga sebagai kehendak untuk mencapai suatu objektif yang tertentu.
himmah ni ada 2 yakni:


#himmah 'aliyah.(himmah yang tinggi)
#himmah daniyah.(himmah yang rendah)


analogi:


Ibn al-Qayyim membuat analogi:


"hati umpama burung. lagi tinggi ia terbang, maka ia akan jauh daripada sebarang penyakit. tetapi, bila dia merendah( terbang rendah), dia akan ditimpa pelbagai penyakit."


"apa yang kau faham tentang analogi ni? aku tak faham la..."


ok, apa yang saya faham. penyakit yang dimaksudkan di sini adalah perkara-perkara yang boleh membawa kita kepada maksiat. means benda yang lagha (sia-sia). penyakit ni lah yang akan membuatkan kita mempunyai himmah yang rendah.


apa yang nak dikaitkan dengan hati kita?
ni guna hipotesis time belajar sains dulu la kan,
'semakin tinggi burung tu terbang, semakin jauh penyakit yang dihadapi oleh burung itu.'




semakin tinggi himmah yang kita ada, semakin bersih hati kita. 


hati ni adalah jiwa kita. 
jika kita menyibukkan diri kita dengan perkara-perkara yang besar, insyaAllah, kita takkan disibukkan pula dengan perkara-perkara yang kecil. ye lah kan, kita dah busy dengan perkara yang besar, adakah kita punya masa untuk fikir perkara yang kecil. kita ada masa tapi masa yang kita ada adalah terhad.


bila kita berada di jalan DnT ni, kita perlu ada himmah yang tinggi.


"tanggungjawab kita, melebihi dari masa yang kita ada."


untuk rujukan yang terperinci click di sini.

No comments: