Followers

Sunday, October 30, 2011

driving force

assalamualaikum wbt.... :)


1st of all, thanks to Allah sebab masih beri kehidupan kepada saya di dunia ni.


semalam, pergi hantar adik(apis) interview di KLIA. with my brothers(didi n pozi). selepas daftar, adik saya dikehendaki berlari. jauh jugak la.


actually, agak kesian dengan dia sebab tak cukup tidur dan tak makan lagi. then, kena lari. sebelum pergi interview, dia dah diduga dengan pelbagai ujian. hari jumaat, ambil saya di station bus. then, ambil pozie di mentakab. malamnya, didi call my mom. motor dia rosak. rantai motor putus. nasib baik dah dekat dengan rumah. pozi n apis  pergi la tempat abg saya tersadai and betulkan rantai tu. balik rumah dalam pukul 5 pagi.


pukul 6 a.m bertolak. 
drive kereta n tidur bergilir. pozie drive smpai ulu bendul. then, apis drive sampai KLIA.


time apis berlari, saya n pozie tengok la.
lari dia memang consistent la. 


saya cakap pd pozie: "kalau aku ni, dah lama pengsan kot."


pozie: "jangan dia jalan sudah."


then, nampak apis jalan. 
pozie menjerit la: "apis, lari!"
rasa macam satu padang tu dengar suara pozie. macam bagi command. ye la, da nama pun army.
dengar suara pozie tu, apis terus lari.bukan lari macam jogging but terus pecut. 




alhamdulillah, apis lepas.


hmm, time pozie jerit tu, dapat rasa semangat datang pada apis.
yela, dengan tenaga yang tak berapa ada, mesti kita akan rasa penat and letih.


suara pozie tu diibaratkan sebagai driving force untuk apis. for move on. 
rasa semangat nak teruskan tu ada dalam diri.


hmm, sedikit sebanyak saya dapat pengajaran daripada situ.
ye, kadang2 kita kena ada driving force dalam hidup ni atau booster.
untuk sentiasa bersemangat untuk teruskan hidup dan hadapi semua halangan yang ada di hadapan kita. yeah!


go for it.


makan di kedai ADAM. sampai rumah pukul 7.30 mlm.


rasa puas sebab dah lama tak duduk sama2..best even kena sakat dengan didi and pozie. adanya didi, pozie, apis and me. rasa berbaloi balik rumah walaupun seharisemata-mata untuk hantar apis interview and dapat berkumpul semua. selalu time raya pun tak dapat kumpul macam ni. after ni, iAllah boleh sebab didi dah transfer ke KL.


thats all.
 this week before holiday. 
2 test + 1 quiz. 
risk theory, mathematical statistics and investment.


update bola: n9 menang vs terengganu.


   ----->    



Individually, we are one drop. Together, we are an ocean.
(Ryunosuke Satoro)


Wednesday, October 26, 2011

hati kita ibarat burung

assalamualaikum wbt.... :)


himmah


apa tu himmah?
tak tau pun..


ok, himmah ni bermaksud semangat yang tinggi. 
bermaksud juga sebagai kehendak untuk mencapai suatu objektif yang tertentu.
himmah ni ada 2 yakni:


#himmah 'aliyah.(himmah yang tinggi)
#himmah daniyah.(himmah yang rendah)


analogi:


Ibn al-Qayyim membuat analogi:


"hati umpama burung. lagi tinggi ia terbang, maka ia akan jauh daripada sebarang penyakit. tetapi, bila dia merendah( terbang rendah), dia akan ditimpa pelbagai penyakit."


"apa yang kau faham tentang analogi ni? aku tak faham la..."


ok, apa yang saya faham. penyakit yang dimaksudkan di sini adalah perkara-perkara yang boleh membawa kita kepada maksiat. means benda yang lagha (sia-sia). penyakit ni lah yang akan membuatkan kita mempunyai himmah yang rendah.


apa yang nak dikaitkan dengan hati kita?
ni guna hipotesis time belajar sains dulu la kan,
'semakin tinggi burung tu terbang, semakin jauh penyakit yang dihadapi oleh burung itu.'




semakin tinggi himmah yang kita ada, semakin bersih hati kita. 


hati ni adalah jiwa kita. 
jika kita menyibukkan diri kita dengan perkara-perkara yang besar, insyaAllah, kita takkan disibukkan pula dengan perkara-perkara yang kecil. ye lah kan, kita dah busy dengan perkara yang besar, adakah kita punya masa untuk fikir perkara yang kecil. kita ada masa tapi masa yang kita ada adalah terhad.


bila kita berada di jalan DnT ni, kita perlu ada himmah yang tinggi.


"tanggungjawab kita, melebihi dari masa yang kita ada."


untuk rujukan yang terperinci click di sini.

Tuesday, October 25, 2011

Palestine Talk

assalamualaikum... :)


lama sudah tak ber'update'.  


baru habis test 1, Life Contingency. jawab test, tp macam jawab final exam. huh~ no comment about this.
 esok cuti, Deepavali. next week ada 2 test lagi. yeah! 


sepanjang blog ni tak ber'update', banyak benda yang dah berlaku means everything contohnya, event  and rasa nak share dengan apa yang dah dapat.


one of them is about Palestine Talk by YDP MPP UniMAS; akh Mus'ab Muzahar. memang ramai yang pergi talk time tu sampai ada yang duduk di tangga plus ada jugak yang berdiri. ni bermaksud, ramai yang peduli tentang Palestine.amiin...


ini antara yang dapat di catit.
dalam misi ke Gaza ni, ada 11 orang yang terpilih. antaranya, akh Mus'ab and he's the one student yang dapat pergi. sungguh beruntung. many things yang dia share especially pengalamannya nak pergi ke sana. diuji dengan pelbagai ujian dan akhirnya dapat menjejakkan kaki ke Semenanjung Gaza dengan sorang diri. tapi berjumpa kembali dengan 10 orang lagi.  kisah lanjut ada pada blog beliau. -->  http://misimuspalestina.blogspot.com


*Semenanjung Gaza ni beliau ibaratkan seperti Negeri Terengganu besarnya. dan berada di pesisiran Laut Mediterranean. 


*kenderaan utama mereka di sana adalah keldai.


* gambar syuhada' akan dipamerkan seperti iklan dan gambar ini akan sering ditukar. 


*mereka dibenarkan mencari ikan di laut Mediterranean hanya sejauh 3 km sahaja. if more than that, mereka akan ditembak oleh Zionis.


*mahasiswa Palestin, Islamic University of Gaza(IUG) always berjaga-jaga. 


*pada tahun 2008, IUG di bom tetapi hanya separuh tempat sahaja yang musnah. tempat itu di bom dengan alasan tempat tersebut adalah tempat markas tentera Hamas. 


*wang yang disalurkan oleh rakyat Malaysia untuk Palestine digunakan seperti membuat kolam air tawar, kilang roti, dan pelbagai lagi. so, jangan risau for those yang menyumbang if ada tanya:


"smpai ke duit yang aku sumbang dekat Palestine tu?"


"InsyaAllah, sampai."


mereka berkata, "apa yang kami perlukan adalah wang yang berkat. yang boleh membantu kami di sini."


mereka berjuang untuk dapatkan BaitulMaqdis tetapi kita? apa yang dapat kita perjuangkan?




"kita hidup dengan apa yang kita dapat, kita membina kehidupan dengan apa yang kita berikan."





Sunday, October 16, 2011

Takdir Allah

Assalamualaikum wbt...:)


kisah kali ni, saya ada baca majalah housemate saya. tajuk majalah tu adalah Solusi. Solusi ni buku yang menarik untuk kita baca. salah satu tajuknya adalah mengenai takdir Allah..ini adalah apa yang telah saya faham tentang tajuk tu. Solusi Isu No.19. boleh la rujuk...


takdir Allah kadang2 tu terlalu misteri buat kita.


siapa yang memberi kebaikan, akan dibalas dengan kebaikan.


analogi:

di atas jalan raya. for example in highway la kan. dekat highway ada 3 lorong. lorong slow, medium n laju. bila jalan dah jammed, keadaan di highway tu akan jd sesak. tengah kita nak tunggu jammed tu, tetiba ada satu kereta tersalah lorong. kereta tu bagi isyarat utk masuk ke lorong kita. kerana melihat dia terkial2 memberi isyarat, kita pun beralah dan beri laluan pada dia. dia pun masuk di hadapan kita.




 standard jalan jammed akan lama. contoh dalam 3 jam kita boleh berada di atas jalan yang sesak tu. dalam tempoh tu, kita tersalah masuk lorong. kita pun bagi lampu isyarat, nak masuk lorong yang betul.
agak2, logik tak, orang yang kita bantu tadi, dia bantu kita?


tak kan...yelah, sebabnya, kita pun tak tahu orang yang kita bantu tu, dia ada kat lorong mana. 


tapi....tapi, ada kereta lain yang simpati pada kita dan beri laluan pada kita, insyaAllah. dan orang tu tak sama dengan orang yang tolong kita tadi. betul tak....


hmm, macam tu lah. Allah akan gerakkan hati pemandu tu untuk beri laluan pada kita. padahal, kita tak pernah pun tolong orang tu. 


orang yang kita beri kebaikan, takde dekat situ untuk membalas kebaikan kita tadi. tapi, Allah telah menggerakkan hati orang lain untuk bantu kita yakni orang yang tak pernah rasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi. 


"SubhanaAllah!"


dengan cara yang mudahnya. apa yang berlaku di jalan highway tu, macam tu lah jalan kehidupan kita. 
Kita buat baik pada A, tapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita bahkan orang yang membalasya adalah B atau C atau D atau yang lain.


Dengan takdir Allah, kita diberi pertolongan olehNya atas apa yang telah kita lakukan.


Hmm, ni lah hakikat kehidupan kita.


"what you give, you get back. "



Sunday, October 9, 2011

hati hati

assalamualaikum wbt.. :)


alhamdulillah, masih lagi diberi peluang untuk hidup.
pada hari ahad lalu, meet with my brother at time square for a reason.
keluar dengan hannan n pip...
sampai je ts, teman pip ambil wallet dia yang dah hilang di security department. nak pergi ke security department tu agak la menakutkan. macam tempat secret gitu...huhu.


kisahnya, 
sebelum ni pip ada pergi ts. dia nak beli something. then, bila nak bayar tu. dia nak ambil wallet dia dalam beg. tengok dalm beg, wallet dia da takde.terpaksa la dia letak balik barang yang dia nak beli tu..




alhamdulillah, wallet dia dapat balik. ic n kad atm sume ade. tp duit da xde la. masa nak tunggu dapatkan balik wallet tu, ada sorang staff kat situ cepat melatah kalau orang usik dia. kitorang asyik gelak je la...haha...


then, datang sorang staff kat kami. secara unofficially kami diberi sedikit lecture mengenai kecurian yang berlaku di ts. hmm, jd serious n senyap bila part tu. lepas tu, memang kami jaga2 la.beg mesti bawak ke depan sambil pegang beg tu. sekarang ni, semua benda boleh jadi. 


p/s: hati2 la beg masing2 kalau keluar. kalau pakai beg galas, dorang(pencuri) lagi suka. sebab dorang boleh toreh beg korang tu dengan senang nye...tambah2 lagi tempat yang crowded. macam dalam lift, ktm, dalam kedai. staff kat dalam kedai pun x leh percaya. orang yang tunjuk kat korang. 'baju ni cantik' n else...jangan dekat dengan mereka ni. beg always jaga k....pegang or peluk beg tu.