Followers

Wednesday, September 14, 2011

jati diri

assalamualaikum.. :)

alhamdulillah, masih lagi diberi nafas oleh Allah untuk teruskan perjuangan di dunia ni.
alhamdulillah juga, selesai sudah minggu taaruf junior 1st year yang baru masuk 7 September 2011. semakin bertambah warga USIM..sepanjang minggu taaruf aritu, saya jadi sebagai pembantu urusetia.
macam2 kerenah ada. tapi tu lah pengalaman. tak boleh dapat di mana2..
waktu minggu taaruf, ada satu ceramah untuk junior. tapi sempat dengar mengenai jati diri.

kali ni nak cerita pasal pokok tongkat ali.


tongkat ali pernah dengar kan.
ayah saya selalu minum air rebusan akar tongkat ali. ayah saya sendiri cari akar tongkat ali ni. original lagi. takde beli air tongkat ali dalam tin.


pokok tongkat ali ni semuanya berguna.
kalau ada pokok lain yang nak menumpang, pokok tongkat ali takkan benarkan.

contohnya pokok duit2.
untuk siapa yang tak kenal pokok duit2.

pokok duit2: "pokok tongkat ali, boleh saya tumpang dekat awak?"
pokok tongkat ali: "tak boleh, tak boleh.kalau berani tumpanglah."

cuba tengok pokok durian yang mana pokok duit2 menumpang. mula2 tu memang ok. but at the end, pokok durian tu makin lama akan mati dan pokok duit2 tu akan memonopoli pokok durian tu sebab dia dah kuat dan pokok durian dah lemah.

pokok tongkat ali ni berguna from their root until their leaves.
daun dia, kalau kita gumpal, it will be as original shape. daunnya takkan hancur. melainkan kalau kita cincang.kalau tak percaya, boleh try. 
nak cakap kat sini betapa kuatnya daun pokok tongkat ali ni..

pokok tongkat ali ni diibaratkan macam diri kita, manusia.
perlu ada jati diri yang kuat. macam sekarang ni. perempuan la especially. kalau ada lelaki goda sikit je, kita dah cair. apa kata kita jadi macam pokok tongkat ali. kuatkan jati diri tu. jangan mudah mengalah pada nafsu dan godaan syaitan. perlu kuat if have any problem. 

macammana nak kuatkan jati diri kita?
semuanya kena berbalik pada al-quran dan as-sunnah.
al-quran dan as-sunnah merupakan tunjang pada jati diri kita.sama ada kuat atau tak jati diri tu.

*tengok junior daftar, teringat time daftar time 1st year dulu. macam ni rupanya aku.*
~p/s: entry ni da lama jadi draft, baru sekarang nak post.~

No comments: