Followers

Monday, September 26, 2011

::berterusan::

assalamualaikum wbt.... :)


alhamdulillah, hari ni ada 1 kuliah saje. risk theory by Dr. Rose. tu pun sejam je. 
KARSIS pun dah bermula.. KARSIS stand for Karnival Siswa. :D


relax kan diri dengan tengok fresh flower. rasa segar je mata bila tengok bunga ni. :)




tiada cerita menarik yang ingin diceritakan. tetapi, ada sesuatu yang ingin dikongsikan.


pernah satu ketika dahulu, ditanya seorang kawan.


"perkara apa yang kau nak sangat lakukan"


saya pun berfikir. apa yang saya nak ye..


"istiqamah. nak istiqamah dengan apa yang dah aku buat. "


ni pun merupakan salah satu perkara yang nak sangat buat dan konsisten.


nak cerita sikit mengenai istiqamah.
istiqamah ni means kita buat sesuatu perkara tu dengan berterusan. 


contoh 1: solat di awal waktu.
 kadang2, solat kita pun tak konsisten. kejap awal waktu, kejap tengah waktu, kejap di hujung waktu. 
macammana nak solat di awal waktu dan beristiqamah dengan solat di awal waktu..banyak benda yang kita kena lawan. especially nafsu dan sifat malas kita serta hasutan syaitan. right? 


entah lah. kalau diikutkan, bukan saya sorang sahaja menghadapi masalah yang same. majoriti orang di luar sana pun masih fail dalam bab beristiqamah. 


contoh 2: beristiqamah dalam study.
macammana kita nak kekalkan belajar selama 4 jam sehari.. revise satu topik, before and after belajar. 


kadang2, kita senang nak mulakan sesuatu perkara, tetapi susah nak kekalkan.
tapi, ada juga perkara yang susah kita nak mulakan sebab banyak cabaran dan halangan yang kita kena tempuh. 


hmm, saya memang ada konfliks ni. memang payah.
 teringat satu hadis mengenai istiqamah ni.



Daripada Sufyan bin Abdillah radhiyallahu ‘anhu mengatakan,
(maksudnya): “Aku berkata, ‘Wahai Rasulullah, khabarkan kepadaku tentang Islam suatu ucapan yang aku tidak akan bertanya lagi mengenainya kepada seorang pun selainmu.’ Baginda bersabda: Katakanlah, “Aku beriman kepada Allah, kemudian beristiqamahlah!” (Hadis riwayat Muslim)








No comments: