Followers

Sunday, July 10, 2011

ape itu ithar

Assalamualaikum.... :)


sekadar perkongsian apa yang saya dapat sepanjang kem haritu....
tazkirah from kak bazilah mengenai ithar.
sebarang kesilapan harap dibetulkan di ruang komen. :)


maybe ramai yang tak tau ape itu ithar.
maksud ithar ni sebenarnya adalah kita mementingkan orang lain lebih dari diri kita sendiri.


contoh pertama.


masa dalam hijrah Rasulullah s.a.w ke Madinah, Rasulullah disambut dengan meriah. kaum Ansar memberikan segala milik mereka kepada kaum Muhajirin. termasuklah isteri mereka. malah kaum Ansar meminta kaum Muhajirin memilih isteri yang mereka inginkan.
boleh buka terjemahan AlQuran surah Al-Hasyr ayat 9.


contoh kedua.


Di saat akhir kematian Rasulullah s.a.w, baginda masih mementingkan umatnya sambil mengucap ummati...ummati...ummati. 


contoh ketiga.


Kak Bazilah meminta contoh lain daripada orang lain.
contoh yang boleh diberikan adalah kita mendermakan organ dalaman kita kepada orang lain.


contoh lain yang boleh kita buat. kita memberikan makanan yang kita ada kepada orang lain.
banyak lagi contoh ithar yang boleh kita lihat sekarang ni.
bila dah faham maksud ithar ni, jom lah kita sama2 apply ithar dalam diri kita.


wallahu'alam... :)





No comments: