Followers

Sunday, May 8, 2011

::insan teristimewa::

assalamualaikum... :)

Entry kali ini untuk insan yang bernama ibu dan khas untuk mak saya...:)

Seorang IBU amat penting dalam hidup kita. tanpa dia, tiadalah kita di  bumi ni.
seorang IBU mempunyai kelebihan lebih daripada seorang bapa. seperti hadis di bawah.


Abu Hurairah r.a berkata:
 Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya:
“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
 Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
 Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” 
Baginda menjawab: “Ayah kamu.”

[Riwayat al-Bukhari dalam Shahihnya – hadis no: 5971]

jom tengok video nih..:)







semalam n hari ni memang hari untuk mak saya.
semalam adalah hari lahir nya. hari ini adalah Hari Ibu.

"mak, selamat hari lahir" :)
semoga mak sihat selalu. 
terima kasih sebab menjaga dan menahan kerenah akak selama ni.

pernah satu hari, saya nak pergi Kem Lepasan SPM kat Bukit Cerakah, Shah Alam.
beritahu mak. mak kasi je. even tempat tu jauh. tak menunjukkan pun perasaan risau dia kat saya.
time ni, umur 17 tahun la. antara saya n adik perempuan saya, syera. mak lebih senang nak lepaskan saya kalau nak pergi mana2.
time tu, first time saya naik ktm pergi sana. sampai Kampung Jawa. then, ada kakak yang ambil saya n naima kawan saya. perjalanan yang agak panjang. 
abis program kat sana, balik rumah la kan. cerita kat mak semua. then, baru mak cakap.

" mak risau sebenarnya akak pergi sana. jauh pulak tu"

baru akak tau, rupanya mak risaukan akak selama ni.

rasanya takkan terluah apa yang dah ibu kita lakukan pada diri kita semua.
pengorbanan, kasih sayang, susah senang semua demi untuk anaknya.
sanggup menahan lapar demi sesuap nasi untuk anak.

Cinta buat ibuku..
Menyayangimu
Bagaikan hatiku tiada sempadan
Aliran jiwaku mengalir bersama arus sungai cinta
Ditempoh kerikil batu-batu tanpa sesak dan kesusahan
Oh sungguh indahnya perasaan itu,
Mengasihimu ibuku,
Meluaskan kecilnya ruang hatiku
Menyegarkan lesunya jiwaku
Menegangkan uratku yang kian melemah
Dek keringnya dari siraman cintamu
Andaikata aku dapat bernyanyi
Burung merak pasti mahu mendedangkannya bersamaku
Menceritakan keceriaan dihatiku di saat aku bersamamu
Walaupun cume seketika..
Tetapi kebahagiaannya terasa hingga mencapai penjuru langit sejagat
Indahnya kasih itu
Apabila ia menjadi dinamo kepada semangat
Dan penyuntik ilham
Serta penerang obor cahaya
Kepada berlikunya jalanku ini…

sajak diambil darihttp://muharikah.wordpress.com

**mak, akak sayang mak sangat2...(ada ke anak tak sayang mak?)

No comments: