Followers

Wednesday, April 6, 2011

saya sayang awak...(:

assalamualaikum...(:


oleh2 untuk anda.
masih lagi bertatih.
for those anak orang n9, ayam masak lemak cili api.
macam orang kampung. takde blend, everything tumbuk. santan pun perah sendiri..tangan pijar. tapi, seronok..(: 
memang sedap. *takde sape nak puji, biarlah saya yang puji diri sendiri* (;


okey, esok ade test akhlak.yosh~ all in arabic.owh semangat, dimanakah kamu...
next week, assignment yang melambak + test midsem.

Monday: Differential Equation (test 2), submit assignment principle of Insurance.
Tuesday: Theory of Interest & Hibah (test 2), submit assignment theory of Interest..
Wednesday: Assignment Financial Management, assignment Creative thinking.

**************************************

aku dengan hidup aku. kau dengan hidup kau.

"aku tak nak lah ambil tau pasal orang lain.
biar aku dengan hidup aku. 
aku tak nak campur dengan orang.
aku nak buat hal aku sendiri. "

ramai yang berkata macam ni. kadang-kadang saya terfikir pasal kata2 di atas.
babe, kalau lah semua orang berfikiran macam ni. siapa lah yang akan ambil tahu.and benda tu pun akan terbiar macam tu.
make it simple.
contoh: situation dalam rumah sewa.


kemas rumah.


even ada jadual bertugas, no one yang ambil peduli. masing-masing fikirkan hal sendiri.


"takde sape yang suruh, so, nak buat ape aku kena buat." 


well, kalau ikutkan. masing-masing dah dewasa. takde sape nak tegur, kalau tegur, maybe ada yang terasa hati. so, one of my friend said to me.


"kau buat je apa yang hati kau nak buat"


alhamdulillah, kalau ade yang sedar akan tanggungjawab sebagai sebagai housemate. so, rumah tu akan sentiasa berkemas. let say, kalau sorang je yang berkemas. yang lain buat hal sendiri. orang lain tu ada tak perasaan serba salah sebab tak tolong housemate ni.

let B = seorang ahli rumah sewa.

let say,  B dah penat buat kerja sorang2, jenis yang senyap.
ye lah,  B think positive, housemate yang lain ada banyak kerja nak buat sampaikan tak sempat nak tolong.
tapi, kali ni B tak buat ape2. dia pun nak amik kputusan macam orang lain. make busy n buat hal sendiri.

berapa minggu kemudian, B tengok tiada perubahan pun. rumah tu jadi semakin berserabut. kotor. so, B pun kemas lah rumah tu sebab dah tau, no one yang akan kemas rumah tu. because of what. because masing2 dah tak nak amik tau and buat hal sendiri.

"weh, kenapa kau tak mintak tolong dengan dorang je?
kesian kot, buat sorang2."


"B senyum je. takpe lah. kesian lagi dorang. dorang banyak kerja."


"haha. macam kau tak banyak kerja je."


"takpelah, aku suke buat kerja ni. no hard feeling. ok je."


"seronok dorang dapat housemate macam kau. alangkah baiknya kalau semua orang macam kau.jom duduk dengan aku. kenapa kau tak tegur je."


"told you.semua orang dah besar. dah dewasa. boleh fikir, rasa dan lihat. 
kalau nampak, dia akan tolong.
kalau rasa, dia akan rasa kesian.
kalau fikir secara rasional, "maybe akan fikir, dia housemate aku. aku taknak bebankan dia."
and maybe pabila tengok rumah tu tak berkemas, she/he will think."


***************************************


penatlah fikir benda ni semua.


sape suruh fikir. takde orang yang suruh kau fikir.


ye, kalau aku tak fikir, sape yang akan fikir.
kalau nak ringan beban otak aku, jom kita fikir same2..(:


so, kerja tak kan berjalan dengan sempurna if buat kerja sorang2...(:


same goes in dakwah.
dakwah tak kan berjalan if kita buat kerja sorang-sorang.
itu lah, pentingnya duduk dalam jemaah.
manisnya dakwah tu kalau kita buat kerja sama2 dan merasai sendiri pengalaman dalam berdakwah.


sabda Rasulullah s.a.w: " seorang mukmin kepada mukmin yang lain ibarat satu binaan yang saling kuat memperkuat antara satu sama lain." [riwayat Bukhari dan Muslim]


satu batu-bata penting untuk menjadikan satu bangunan yang lengkap. if not, bangunan tersebut maybe akan roboh.

satu batu bata = individu.
bangunan = masyarakat.

see, betapa pentingnya seorang individu dalam membentuk satu masyarakat.


perasaan.


kita kena jaga hati orang lain kalau kita nak orang lain jaga hati kita.
sometimes, kita kena fikir kenapa orang tak suka pada diri kita.
sometimes, kita kena fikir kenapa orang bermasam muka pada kita.
adakah disebabkan kita pernah bermasam muka dengan mereka?


sometimes, kita kena fikir bahawa apa keputusan yang kita ambil, tak semua adalah betul.
sometimes, kita tak boleh nak semua orang ikut cakap kita. we have no right to them..(:


saya bukan seorang yang bagus dalam berkata2.
minta maaf sekiranya ada yang terasa hati dengan penulisan kali ni.
saya sayangkan awak..(:

No comments: