Followers

Thursday, February 17, 2011

::erti kasih sayang::

assalamualaikum...(:

saya ada kisah yang nak dikongsikan. pasal kasih sayang.

Pada suatu hari di sekolah, seorang pelajar telah bertanya kepada gurunya. ketika itu, guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang.

Pelajar: cikgu, macammana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang kita sayang? macammana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

cikgu: ok. kamu ikut apa yang saya suruh.kamu pergi ke padang. kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. pilih rumput yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali.Dah petik rumput yang PALING cantik, bawa ke kelas.

Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun di tangannya.

cikgu bertanya:  kenapa tiada rumput yang dipilih?

Pelajar: tadi, masa saya berjalan, saya cari lah rumput yang paling cantik. memang ada banyak rumput yang cantik.tapi, cikgu suruh petik rumput yang PALING cantik. maka, saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari rumput yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. tapi, sampai di penghujung padang saya tak jumpa pun yang paling cantik. mungkin ada di belakang saya tadi ada rumput yang paling cantik. tapi, dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula. jadi, tiadalah rumput yang boleh saya petik.

Cikgu: ya, itulah jawapannya. maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan orang yang kita sayang, janganlah kita mencari lagi yang lebih baik dari itu. kita patut hargai orang yang berada di depan kita dengan sebaik-baiknya. jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. semoga yang berlalu tidak berulang lagi. Dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik. walaupun kalau nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi...


Hargailah orang di sekeliling kita...^^

*AllahKnowsBest*

No comments: