Followers

Sunday, February 6, 2011

aku masih dara (movie)

assalamualaikum...(:

alhamdulillah, tiba di nilai pukul 12 tgah hari tadi.
masih menunggu housemate yang masih tak mahu pulang.

baru je tengok cerita 'aku  masih dara'(AMD)
tajuk dia..tak berapa setuju dengan tajuk dia.
n think, macam dah takde tajuk lain yang boleh dibuat.
papepun, 
cerita dia lebih kurang dengan cerita syurga cinta.
bezanya cuma tukar character. 
cerita AMD, watak perempuan yg berubah. compare with cerita syurga cinta. watak lelaki yang berubah menjadi lebih  baik.
and, cerita AMD ni, social dia terlebih dari syurga cinta.
teringat akan salah satu scene dalam cerita AMD ni,
waktu di ladang strawberry.


Sofia (Raja Farah): sedap strawberry nih. manis.masam dia pun just nice. perfect. 
Firdaus (Asyraf Muslim) : nak tau tak, jaga tanaman ni kan, macam jaga anak kecil. jika kita berikan didikan agama yang cukup, jadi baiklah akhlak dia. samalah dengan strawberry nih, kalau kita jaga elok-elok, maka hasilnya seperti sofia rasa sekarang. sedap.

kalau kita pelihara Islam, nescaya akan eloklah akhlak kita.

Hadis 19 (Imam Nawawi)

Daripada Abu Al-Abbas Abdullah Bin Abbas r.a, beliau berkata: "Pada suatu hari aku berada dibelakang Rasullah s.a.w, lalu baginda bersabda : "Wahai budak! Sesungguhnya aku ingin mengajarkan kepadamu beberapa kalimah : Peliharalah Allah, nescaya Dia akan memeliharamu. Peliharalah Allah, kamu akan mendapatiNya bersamamu. Apabila kamu meminta sesuatu, maka mintalah daripada Allah. Apabila kamu meminta pertolongan maka mintalah pertolongan daripada Allah. Ketahuilah ! Sesungguhnya jika seluruh manusia berhimpun untuk memberi sesuatu manfaat kepadamu, mereka sekali-kali tidak akan dapat memberikan manfaat itu kepadamu, kecuali sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah untukmu. Dan sekiranya mereka berhimpun untuk mendatangkan sesuatu bencana ke atas kamu, mereka tidak akan dapat mendatangkannya kecuali dengan sesuatu yang telah ditetapkan Allah ke atasmu. Telah diangkat qalam dan telah keringlah lembaran.

Dalam riwayat selain al-Tirmizi, hadis berbunyi:

Peliharalah Allah, nescaya engkau akan dapatiNya di hadapan engkau. Kenalilah Allah ketika senang,

nescaya Dia akan mengenalimu di ketika susah. Ketahuilah bahawa apa-apa yang (ditakdirkan) tidak
menimpamu, ia tidak akan menimpamu. Dan apa-apa yang menimpamu bukannya ia tersilap
menimpamu. Ketahuilah bahawa kemenangan itu ada bersama kesabaran, terlepas dari kesempitan itu
ada bersama kesusahan dan bersama kesusahan itu ada kesenangan.

Jaga Allah, inshaAllah, Allah akan jaga kita. (:

~AllahKnowsBest~

No comments: