Followers

Friday, January 21, 2011

bermula kembali

assalamualaikum...(:

sudah jauh perjalanan engkau.
semakin lama semakin jauh.
di manakah diri engkau yang sebenarnya.
puas aku mencari.
akhirnya engkau jumpa juga jalan pulang.
janganlah engkau jauh lagi.
sudah puas aku menangis kerna engkau,
wahai diri.
terima kasih juga kerna engkau berjaya temui aku.
terima kasih.
selepas ini, janganlah engkau kembali ke jalan itu.
istiqamah dengan apa yang telah engkau lakukan pada hari ini.
jika tidak...
engkau akan jauh daripada aku.
janganlah engkau sangkakan ini jalan yang salah untuk engkau pilih.
pedulikan kata orang.
teruskan istiqamah.
pelihara Allah.
nescaya, Allah akan pelihara engkau.
apa?
takut jika ia mengganggu pelajaran engkau?
tidak.
jangan takut.
dunia ini hanya penjara buat engkau.
kutiplah ilmu di dunia ini kernaNya.
insyaAllah, 
Dia akan permudahkan jalan engkau.
jika engkau gagal,
janganlah engkau bersedih.
Dia lebih mengetahui tentang diri engkau.
tidak mahu mengeluh.
tidak mahu bersedih hati.
jika engkau gagal di dunia,
berbahagialah engkau di sana.
sudah engkau perjuangkan agamaNya.
insyaAllah, 
akan ada balasan untuk engkau.
jika tidak di dunia,
di akhirat kelak, kebaikan mu dibalas.


No comments: