Followers

Saturday, December 31, 2011

end of semester 5

assalamualaikum wbt .. :)

tajuk post kemain lagi ye.
actually, final exam pun tak start lagi.
will be start on 3rd January 2012.

my exam schedule will be start on 11 January.
dah tak lama dah. pejam celik pejam celik, besok dah 11hb.
oh, scary sungguh...huu~

okeh. 
orang Melayu cakap, usaha sungguh2!
orang mat saleh cakap, good luck!
orang Arab cakap, Ma'at Taufiq wanNajah!
orang jepun cakap, ganbatte kudasai!
orang korea cakap, .... (ah, tetiba tak ingat. ke tak tau...tapi, ape eh)

11 Jan 2012- Risk Theory
16 Jan 2012 - Mathematical Statistics
17 jan 2012 - Life Contingency I
18 jan 2012 - Business Management
20 Jan 2012 - Investment Analysis & Portfolio

wish to my friends and me.
goodluck. do the best. may Allah do the rest.
buat sehabis baik okeh... :)

****************************************************************

eh, tetiba dengar bunga api kat sini. ade jugak eh. haha.

anyway, 

Welcome! 2012...

hakikat hidup (cont.)

assalamualaikum wbt.. :) 

tepat pukul 12 malam ni, tahun 2011 akan berakhir dan diganti dengan tahun 2012.
makin lama, nombor tahun akan bertambah, umur pun makin bertambah, ajal pun makin tiba. mana tau, malam ni nyawa kita diambil?
 who knows?
 Allah je yang tau. macammana bekalan yang kita nak bawak di akhirat kelak. cukup tak... (muhasabah.banyak lagi bekalan yang perlu dicari.huhu~)

ok now.
sambung balik untuk hakikat hidup yang tak sempat nak habis haritu.

okeh.

Hakikat #3
Hidup untuk diuji.

cakap pasal ujian, terfikir. ada ke orang yang tak pernah diuji?
setiap orang akan diuji dan ujian itulah yang akan menguji tahap keimanan kita dan sebanyak mana kita berpegang teguh pada Allah.

[Surah al-An'am: 165] --> mengenai kesenangan dan kesusahan.

kalau cakap pasal kesenangan, mesti fikir tentang orang yang banyak harta.
kalau cakap pasal kesusahan. mesti fikir tentang dengan orang yang tak banyak harta.
actually, kesenangan dan kesusahan bukanlah bergantung pada harta semata2, tapi boleh jadi dalam bentuk yang lain.
orang yang senang, akan diuji macammana dia handle harta yang dia ada dan kesenangan yang dia miliki. samaada dia bersyukur dengan nikmat itu ataupun tak.

[Surah Hud: 7] --> mengenai keikhlasan dan ketaatan.

mengenai keikhlasan dan ketaatan, sejauh mana kita taat dan ikut pada perintah Allah tak kira apa jua keadaan pun.
dan. sejauh mana keikhlasan kita.



Hakikat #4
Nasib di tangan sendiri.

rujuk [surah Ar-Ra'du:11]

kita diciptakan dengan potensi dan kuasa memilih.
dan, kita memilih pun berdasarkan kehendak kita.
bermakna, orang yang bertanggungjawab pada diri kita adalah diri sendiri.
-kisah dalam surah al-Ankabut.
   --> orang bawah menyalahkan orang atasan.

dengan potensi yang kita ada ni, pelbagai ujian yang akan ada.
contohnya, hasutan syaitan, hawa nafsu dan tuntutan Quran dan Hadis.

contoh:
exam. majority of us akan study betul2 bila exam tu dah nak dekat. contoh lagi 2 hari nak exam, time tu baru kita start dengan exam.
sebelum 2 hari tu, actually boleh je kita nak study betul2.
tapi, dengan ada nya hasutan syaitan, nafsu nak tidur, online, dan macam2 lagi, study kita tu pun jadi tertangguh. at the end, jadilah study last minute. malam nak exam baru pulun habis2...
cara belajar last minute pun actually tak berape bagus, tapi ade je orang yang boleh perform even study last minute.hurmm...

tengok ni. --> jawapan untuk bila diuji dengan ujian.


p/s: tak cukup idea, nanti2 update balik entry ni. (tengok, tangguh lagi.apa nak jadi la ni)

Wednesday, December 28, 2011

hakikat H I D U P

assalamualaikum wbt.. :)

baru habis study risk theory. yelah, study week la katekan. time ni la baru nak study betul2. kalau tak, sebelum ni penuh dengan assignments and tests. dah la fadhilah, semua ni alasan semata2... boleh je kau study time tu, tapi tak pernah nak hargai masa yang ada.

okeh! kali ni nak story tentang hakikat hidup.
just for my information and for those yang terserempak dengan blog ni...(yela, blog tak femes mane pun)

bak kata orang "sharing is caring". so, ni kira nak share lah. :)

from my note yang disalin dengan penuh konsentrasi, hidup ni ade 4 hakikat tujuan hidup kita.

#hakikat pertama:
 Dunia ni hanya mainan. 

boleh rujuk [al Hadid:20]

jka kita hidup hanya pada mainan dan hiburan semata-mata, maka rosaklah iman. contoh dah banyak sekarang ni. especially kat luar sana.

nak tau tak, kebahagiaan yang sebenar dan hakiki adalah berada dengan Islam. kebahagiaan datang dengan Islam.
bila Islam hilang dalam diri, kita takkan dapat bahagia yang sebenar. betul. percayalah~
bahagia tu hanya dekat dunia je. kita nak bahagia dekat kehidupan yang lagi satu tu.bahagia yang kekal abadi.

dunia ni ibarat bangkai.tak bernilai.
macammana kita pandang bangkai, macam tu lah kita pandang dunia.

nak tau tak, kita sebenarnya, tak layak nak persoalkan apa yang Allah tetapkan untuk kita.
analogi:

contoh la kan.
kita nak pinjam pen kat kawan. kawan kita pun bagi la pen. tapi pen yang dia bagi tu, pen yang sikit je dakwatnya.tambah lagi, time tu kita nak tulis banyak. mesti kita tanya kawan kita.

"nape kau bagi pen yang dakwatnya sikit tapi tak bagi pen yang banyak dakwatnya?"

dakwat = umur.

contoh la. kita dah rasa ajal kita nak dekat.(eg: kanser yang bleh bawak maut) tapi time tu lah kita nak kembali pada Allah. then, kita minta pada Allah, panjangkan umurku. banyak lagi amalan yang aku tak buat.
kita tak layak minta pada Allah.seriously.



Hakikat #2
mati itu pasti.

rujuk pada [3:185]

mati. takde sape yang boleh lari dari ni. nyorok lah kat mana pun.kalau ajal kita dah sampai time tu, time tu jugaklah nyawa kita diambil.tak kira lah samaada kita dah ready atau tak.

tak boleh nak cakap pada maut yang dah sampai. "tunggu jap." tak boleh.

"setiap yang datang itu dekat." (Abdullah Ibn Mas'ud)

maksudnya, macammana jauh pun mati tu, hakikatnya dia adalah dekat. mati tu lagi pasti daripada kahwin yang tak pasti.

"cukuplah maut itu sebagai peringatan."
tanya pada diri:

"duit dalam akaun akhirat tu dah banyak ke belum?" 

jom, sama2 muhasabah.

just for reminder. for me and you for those read this.

2 lagi hakikat hidup akan disambung pada entry yang akan datang...

Wednesday, December 21, 2011

just a m e m o r y

Assalamualaikum wbt.. :)


9-12 Disember 2011


pada tarikh ni, saya jadi ajk dan fasilitator untuk Kem Remaja Muslim 2011 di Kem el-Azzhar, Morib.


saya telah  mengambil risiko sebab pada 12hb saya ada test risk theory. it will carry 20%. tapi, saya nak jugak pergi handle adik2 ni. before pergi kem ni, dah study sikit and tanya pada my friends which part yang saya tak faham. time pergi kem ni pun bawak buku. after habis program untuk satu hari, malam tu, before tidur saya akan study sikit. 


betul la. bila masa yang kita ada tu sedikit, time tu la kita rasa appreciate sungguh masa yang kita ada.
i was always remember to my group. kami buat kem ni, bukan untuk kami. tapi untuk kamu semua.
berjaya atau tak kem ni, semua bergantung pada adik2 semua.


kami hanya berharap pada masa akan datang, Islam akan bangkit semula.
usaha kami hanyalah sedikit kalau nak dibandingkan usaha2 yang telah dilakukan oleh  nabi2 dan para sahabat.







tak sempat bersama adik2 sampai penutup sebab pagi 12hb tu, kami balik ke nilai untuk tanggungjawab yang lagi satu. yakni as a student.


saya hanya berharap pada Allah, Allah akan bantu saya untuk jawab test ni. saya dah usaha and apa yang saya buat ni bukanlah untuk mencari pengalaman dan seronok semata2, tetapi hanya keranaMu ya Allah.


so, da dah dapat result test hari tu. honestly, ade soalan yang susah. tak boleh nak jawab. alhamdulillah. walaupun result saya takde la hebat mane pun, tapi,saya bersyukur.


"Allah does not look at how good you can be or how excellent you are... BUT, He looks at how much you DO to be the best in His View."

Tuesday, December 20, 2011

h a v e a b l a s t

assalamualaikum .. :)

since dah lama tak update blog, i will share what happen on this month. 

6 Disember 2011

ape special nya tarikh ni?
oh.pada hari ni, adalah birthday saya yang ke-21.
xde la tua sangat.
tarikh ni jugak special sebab ada test.
i will expect my friends will not remember my birthday because everyone will focus on the test Life Contingency I.
so, tak kesah pun.yg wish pun pada malam itu.hanyalah 2 orang.tak termasuk dalam fb la.yg send message by phone.thanks hannan sebab ingat birthday aku. terharu jap. 2nd person is my classmate. my classmate yg merangkap housemate tak wish pun malam tu. as i said, all of us focus on test tomorrow. tapi, nak cakap jugak.tak kesah pun sebenarnya.
tomorrow. 6 Disember.
after test LC I, my classmate wish me.thanks u all.
tapi kan, nampak muka classmate yang agak terkejut today is my birthday.dorang terus keluar dari class. i stay on that class. and on that day also, my turn to cook. on Tuesday. haha.
my partner, Jiey message me..

"malam ni ktorang ade training. kita masak sup je la."

message nye agak pelik di sini. 
i was thinking.

"sejak bila dorang training hari selasa.selalunya hari rabu."

tanya balik dorang. dorang cakap training for new team.3 of my classmate do business herbalife.the training that i've said is training herbalife.
balik je rumah, masak la sup.tanya pada yang pakar dalam rumah sewa ni sebab saya tak pandai masak sup.(tak payah nak gelak ye di sini)
so, proses main experiment masak sup.at last, tak jadi sangat sup nye.colour nye tak sama dgn sup yang biasa.sebab kami tak guna sup bunjut.kami guna perencah sup.so, thats why colour dia berbeza.
(agak sedih ye di sini)
tapi, rasanya still same dengan sup yang biasa tu.
after makan, wani sibuk2 cakap ada training jap lagi. 
wani masuk bilik. saya baru nak bukak laptop.
after that.

they sang "happy birthday" to me with a cake and one box.
i just terkesima seketika ye di situ.tak tau nak cakap ape.
sume org mintak response from me.
i just no response. just cakap.thanks guys.susah2 je la korang ni.beli cake.beli one apple yg serupa macam big apple.cuma name je lain.

so, this is my cake.


 and this is our one apple.


cake di atas tu terbiar je.tak makan pun. kitorang makan one apple sampai tak larat nak makan.
buat banyak games pun, one apple tu still tak abis gak.
at last. main lat tali tamplom. sape yg major buat benda yang same. dia kena makan. haha.cadangan game ni adalah saadah.thanks adah.
kami tak sampai hati nk bagi oneapple ni kt housemate yg lain sebab rupanya dah agak tak senonoh ye.
so, akhirnya. habis juga one apple tapi dengan perut yg dah penuh dan tak larat nak bangun.
yang tinggal hanyalah muffin durian. (sungguh lah, for me. durian tak sesuai buat muffin.)

yang tinggal. hanyalah cake. cake tu dapat makan sikit je sebab perut da tak dapat menampung cake tu.so, just leave it to my housemate yang lain. esoknye, makan cake tu lagi.

for your info, this is 1st time, i celebrate my birthday.
tak kesah la korang tak ingat birthday aku pun. tapi cake mesti ada. (ceh, materialistik betul.)

wani said: "today is your sweet day." sebab makan benda yang manis.
jiey said: "arini rezeki banyak untuk kau." .ye.sebab tetibe e ayah dia datang umah kami. bagi segala macam makanan. alhamdulillah.amin.

my wish on my birthday is:

"i hope Allah always give me strength on what i've done."

syukur, alhamdulillah. masih diberi kesempatan untuk buat amal.
teringat akan kata2 ni. "makin tinggi umur kita, makin dekat kita dengan kematian. always ingat akan mati ye fadhilah. supaya awak takkan lupa padaNya. dan tak berani nak buat benda yang Dia tak suka.

r a n d o m

assalamualaikum wbt... :)

lame sudah tak tulis dalam blog ni. 
kalau cakap busy, sume orang busy.
tapi, hari ni rasa macam nak free kan diri ni dari segala bagai.
last week, baru habis segala assignments, research proposal n tests.
habis je semua tu, rasa macam dah habis final. 
tp final pun belum lagi. will be start on January.
jadual pun da keluar.

Saturday, November 19, 2011

penyelamat vs perosak

Al-Bukhari dan at-Tirmizi meriwayatkan daripada an-Nu'man bin Basyir r.a, daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda:


"Perumpamaan orang yang menjaga batasan Allah dan orang yang terjebak melanggarnya seumpama sekumpulan manusia yang membuat cabutan undi di atas sebuah kapal. Sebahagian mereka memperolehi bahagian atas kapal dan sebahagian lagi memperolehi bahagian bawahnya. Kumpulan yang berada dibawah, apabila mereka mengambil air, mereka melintasi kumpulan yang di atas. Oleh itu mereka berkata: Alangkah baiknya kalau kita menebuk bahagian kita ini dan kita tidak mengganggu orang di atas kita. Sekiranya orang di atas membiarkan mereka melakukan apa yang mereka mahukan itu,, mereka semua pasti binasa. Sekiranya orang di atas menghalang, mereka selamat dan semua selamat."


Hadis ni mengibaratkan perbuatan kumpulan dibawah should be dikawal oleh kumpulan di atas. 
from this hadis, we can see kumpulan bawah nak merosakkan keamanan kapal tu. 


apa yang boleh difahami from this hadis,


kumpulan yang berada di atas : kumpulan penyelamat
kumpulan yang berada di bawah: kumpulan perosak.


kalau kumpulan yang berada di atas tu membiarkan apa yang kumpulan bawah buat, maybe kerosakan yang akan dilakukan akan mejadi besar. means lubang tu akan menjadi besar.


and at last, kpal tu akan mejadi karam, pabila no one menghalang perbuataan kumpulan perosak itu.



Thursday, November 17, 2011

busy!

assalamualaikum wbt ... :)


my lecturer said i'm a serious person.(tetiba)


kepala dah agak buntu sekarang ni. rehat sebentar bersama new entry.. :)


selepas pulang dari kelas Halaqah tadi, habis pukul 8. terdapat perbualan antara kami.


dalam kereta J.


J: hari ni Fatimah Syarha dengan Asyraf Muslim datang.
F: yeke.... best nya. tajuk apa yang dorang sampaikan.
J: Asyraf Muslim sampaikan tajuk sihir. Fatimah Syarha tak pasti. tapi dorang bukan sama dewan tapi berlainan dewan. kena compete la...sepatutnya tak boleh la buat 2 figure dalam 1 masa.
A: jom kita pergi kejap.nak dengar.
W: tak payah la. kita balik je.


semua senyap. menyedari hakikat besok ada bermacam2 perkara yang perlu dibuat.


time makan.


A: saya tertanya2 sapa Asyraf Muslim?
W: tak payah tau A. maksiat.
A: dia bukan maksiat. dia manusia la.
W: yela. dia pelakon. handsome, baik. nanti A terpikat. tu yang kata maksiat. dia dah kawin dah pun.


.........................................................................................


F: nape la time ade event macam ni kita asyik tak boleh nak attend je. 
Y: kena sedar. dah tahun 3 dah kita. kerja pun makin melambak.bukan tahun 1 lagi.
F: huhu. tahun 3 dah. terasa macam every week kita ada final exam. waa~




yosh! besok ada test investment. kelas full until 7 pm. gap hanya untuk solat je la.
Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku... amiin~







Tuesday, November 8, 2011

stanza cinta

assalamualaikum wbt... :)

"semuanya telah direncanakan oleh Allah. kita ni hanya seorang pelakon yang membawa watak masing2.skrip dan jalan cerita adalah dari Allah s.w.t...." ~stanza cinta~

rasa banyak perkara yang dapat bila tengok cerita ni. patutlah, my lecturer always said about this drama...

sehebat manapun kamu merancang hidup. hidup sebenarnya tidak merancang sesuatu untukmu.

Wednesday, November 2, 2011

very meaningful...



sama ada nak gugur macam daun-daun lain atau
berpegang kukuh pada dahan di saat angin bertiup kuat...


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

tomorrow: test mathematical statistics..

Sunday, October 30, 2011

driving force

assalamualaikum wbt.... :)


1st of all, thanks to Allah sebab masih beri kehidupan kepada saya di dunia ni.


semalam, pergi hantar adik(apis) interview di KLIA. with my brothers(didi n pozi). selepas daftar, adik saya dikehendaki berlari. jauh jugak la.


actually, agak kesian dengan dia sebab tak cukup tidur dan tak makan lagi. then, kena lari. sebelum pergi interview, dia dah diduga dengan pelbagai ujian. hari jumaat, ambil saya di station bus. then, ambil pozie di mentakab. malamnya, didi call my mom. motor dia rosak. rantai motor putus. nasib baik dah dekat dengan rumah. pozi n apis  pergi la tempat abg saya tersadai and betulkan rantai tu. balik rumah dalam pukul 5 pagi.


pukul 6 a.m bertolak. 
drive kereta n tidur bergilir. pozie drive smpai ulu bendul. then, apis drive sampai KLIA.


time apis berlari, saya n pozie tengok la.
lari dia memang consistent la. 


saya cakap pd pozie: "kalau aku ni, dah lama pengsan kot."


pozie: "jangan dia jalan sudah."


then, nampak apis jalan. 
pozie menjerit la: "apis, lari!"
rasa macam satu padang tu dengar suara pozie. macam bagi command. ye la, da nama pun army.
dengar suara pozie tu, apis terus lari.bukan lari macam jogging but terus pecut. 




alhamdulillah, apis lepas.


hmm, time pozie jerit tu, dapat rasa semangat datang pada apis.
yela, dengan tenaga yang tak berapa ada, mesti kita akan rasa penat and letih.


suara pozie tu diibaratkan sebagai driving force untuk apis. for move on. 
rasa semangat nak teruskan tu ada dalam diri.


hmm, sedikit sebanyak saya dapat pengajaran daripada situ.
ye, kadang2 kita kena ada driving force dalam hidup ni atau booster.
untuk sentiasa bersemangat untuk teruskan hidup dan hadapi semua halangan yang ada di hadapan kita. yeah!


go for it.


makan di kedai ADAM. sampai rumah pukul 7.30 mlm.


rasa puas sebab dah lama tak duduk sama2..best even kena sakat dengan didi and pozie. adanya didi, pozie, apis and me. rasa berbaloi balik rumah walaupun seharisemata-mata untuk hantar apis interview and dapat berkumpul semua. selalu time raya pun tak dapat kumpul macam ni. after ni, iAllah boleh sebab didi dah transfer ke KL.


thats all.
 this week before holiday. 
2 test + 1 quiz. 
risk theory, mathematical statistics and investment.


update bola: n9 menang vs terengganu.


   ----->    



Individually, we are one drop. Together, we are an ocean.
(Ryunosuke Satoro)


Wednesday, October 26, 2011

hati kita ibarat burung

assalamualaikum wbt.... :)


himmah


apa tu himmah?
tak tau pun..


ok, himmah ni bermaksud semangat yang tinggi. 
bermaksud juga sebagai kehendak untuk mencapai suatu objektif yang tertentu.
himmah ni ada 2 yakni:


#himmah 'aliyah.(himmah yang tinggi)
#himmah daniyah.(himmah yang rendah)


analogi:


Ibn al-Qayyim membuat analogi:


"hati umpama burung. lagi tinggi ia terbang, maka ia akan jauh daripada sebarang penyakit. tetapi, bila dia merendah( terbang rendah), dia akan ditimpa pelbagai penyakit."


"apa yang kau faham tentang analogi ni? aku tak faham la..."


ok, apa yang saya faham. penyakit yang dimaksudkan di sini adalah perkara-perkara yang boleh membawa kita kepada maksiat. means benda yang lagha (sia-sia). penyakit ni lah yang akan membuatkan kita mempunyai himmah yang rendah.


apa yang nak dikaitkan dengan hati kita?
ni guna hipotesis time belajar sains dulu la kan,
'semakin tinggi burung tu terbang, semakin jauh penyakit yang dihadapi oleh burung itu.'




semakin tinggi himmah yang kita ada, semakin bersih hati kita. 


hati ni adalah jiwa kita. 
jika kita menyibukkan diri kita dengan perkara-perkara yang besar, insyaAllah, kita takkan disibukkan pula dengan perkara-perkara yang kecil. ye lah kan, kita dah busy dengan perkara yang besar, adakah kita punya masa untuk fikir perkara yang kecil. kita ada masa tapi masa yang kita ada adalah terhad.


bila kita berada di jalan DnT ni, kita perlu ada himmah yang tinggi.


"tanggungjawab kita, melebihi dari masa yang kita ada."


untuk rujukan yang terperinci click di sini.

Tuesday, October 25, 2011

Palestine Talk

assalamualaikum... :)


lama sudah tak ber'update'.  


baru habis test 1, Life Contingency. jawab test, tp macam jawab final exam. huh~ no comment about this.
 esok cuti, Deepavali. next week ada 2 test lagi. yeah! 


sepanjang blog ni tak ber'update', banyak benda yang dah berlaku means everything contohnya, event  and rasa nak share dengan apa yang dah dapat.


one of them is about Palestine Talk by YDP MPP UniMAS; akh Mus'ab Muzahar. memang ramai yang pergi talk time tu sampai ada yang duduk di tangga plus ada jugak yang berdiri. ni bermaksud, ramai yang peduli tentang Palestine.amiin...


ini antara yang dapat di catit.
dalam misi ke Gaza ni, ada 11 orang yang terpilih. antaranya, akh Mus'ab and he's the one student yang dapat pergi. sungguh beruntung. many things yang dia share especially pengalamannya nak pergi ke sana. diuji dengan pelbagai ujian dan akhirnya dapat menjejakkan kaki ke Semenanjung Gaza dengan sorang diri. tapi berjumpa kembali dengan 10 orang lagi.  kisah lanjut ada pada blog beliau. -->  http://misimuspalestina.blogspot.com


*Semenanjung Gaza ni beliau ibaratkan seperti Negeri Terengganu besarnya. dan berada di pesisiran Laut Mediterranean. 


*kenderaan utama mereka di sana adalah keldai.


* gambar syuhada' akan dipamerkan seperti iklan dan gambar ini akan sering ditukar. 


*mereka dibenarkan mencari ikan di laut Mediterranean hanya sejauh 3 km sahaja. if more than that, mereka akan ditembak oleh Zionis.


*mahasiswa Palestin, Islamic University of Gaza(IUG) always berjaga-jaga. 


*pada tahun 2008, IUG di bom tetapi hanya separuh tempat sahaja yang musnah. tempat itu di bom dengan alasan tempat tersebut adalah tempat markas tentera Hamas. 


*wang yang disalurkan oleh rakyat Malaysia untuk Palestine digunakan seperti membuat kolam air tawar, kilang roti, dan pelbagai lagi. so, jangan risau for those yang menyumbang if ada tanya:


"smpai ke duit yang aku sumbang dekat Palestine tu?"


"InsyaAllah, sampai."


mereka berkata, "apa yang kami perlukan adalah wang yang berkat. yang boleh membantu kami di sini."


mereka berjuang untuk dapatkan BaitulMaqdis tetapi kita? apa yang dapat kita perjuangkan?




"kita hidup dengan apa yang kita dapat, kita membina kehidupan dengan apa yang kita berikan."





Sunday, October 16, 2011

Takdir Allah

Assalamualaikum wbt...:)


kisah kali ni, saya ada baca majalah housemate saya. tajuk majalah tu adalah Solusi. Solusi ni buku yang menarik untuk kita baca. salah satu tajuknya adalah mengenai takdir Allah..ini adalah apa yang telah saya faham tentang tajuk tu. Solusi Isu No.19. boleh la rujuk...


takdir Allah kadang2 tu terlalu misteri buat kita.


siapa yang memberi kebaikan, akan dibalas dengan kebaikan.


analogi:

di atas jalan raya. for example in highway la kan. dekat highway ada 3 lorong. lorong slow, medium n laju. bila jalan dah jammed, keadaan di highway tu akan jd sesak. tengah kita nak tunggu jammed tu, tetiba ada satu kereta tersalah lorong. kereta tu bagi isyarat utk masuk ke lorong kita. kerana melihat dia terkial2 memberi isyarat, kita pun beralah dan beri laluan pada dia. dia pun masuk di hadapan kita.




 standard jalan jammed akan lama. contoh dalam 3 jam kita boleh berada di atas jalan yang sesak tu. dalam tempoh tu, kita tersalah masuk lorong. kita pun bagi lampu isyarat, nak masuk lorong yang betul.
agak2, logik tak, orang yang kita bantu tadi, dia bantu kita?


tak kan...yelah, sebabnya, kita pun tak tahu orang yang kita bantu tu, dia ada kat lorong mana. 


tapi....tapi, ada kereta lain yang simpati pada kita dan beri laluan pada kita, insyaAllah. dan orang tu tak sama dengan orang yang tolong kita tadi. betul tak....


hmm, macam tu lah. Allah akan gerakkan hati pemandu tu untuk beri laluan pada kita. padahal, kita tak pernah pun tolong orang tu. 


orang yang kita beri kebaikan, takde dekat situ untuk membalas kebaikan kita tadi. tapi, Allah telah menggerakkan hati orang lain untuk bantu kita yakni orang yang tak pernah rasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi. 


"SubhanaAllah!"


dengan cara yang mudahnya. apa yang berlaku di jalan highway tu, macam tu lah jalan kehidupan kita. 
Kita buat baik pada A, tapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita bahkan orang yang membalasya adalah B atau C atau D atau yang lain.


Dengan takdir Allah, kita diberi pertolongan olehNya atas apa yang telah kita lakukan.


Hmm, ni lah hakikat kehidupan kita.


"what you give, you get back. "



Sunday, October 9, 2011

hati hati

assalamualaikum wbt.. :)


alhamdulillah, masih lagi diberi peluang untuk hidup.
pada hari ahad lalu, meet with my brother at time square for a reason.
keluar dengan hannan n pip...
sampai je ts, teman pip ambil wallet dia yang dah hilang di security department. nak pergi ke security department tu agak la menakutkan. macam tempat secret gitu...huhu.


kisahnya, 
sebelum ni pip ada pergi ts. dia nak beli something. then, bila nak bayar tu. dia nak ambil wallet dia dalam beg. tengok dalm beg, wallet dia da takde.terpaksa la dia letak balik barang yang dia nak beli tu..




alhamdulillah, wallet dia dapat balik. ic n kad atm sume ade. tp duit da xde la. masa nak tunggu dapatkan balik wallet tu, ada sorang staff kat situ cepat melatah kalau orang usik dia. kitorang asyik gelak je la...haha...


then, datang sorang staff kat kami. secara unofficially kami diberi sedikit lecture mengenai kecurian yang berlaku di ts. hmm, jd serious n senyap bila part tu. lepas tu, memang kami jaga2 la.beg mesti bawak ke depan sambil pegang beg tu. sekarang ni, semua benda boleh jadi. 


p/s: hati2 la beg masing2 kalau keluar. kalau pakai beg galas, dorang(pencuri) lagi suka. sebab dorang boleh toreh beg korang tu dengan senang nye...tambah2 lagi tempat yang crowded. macam dalam lift, ktm, dalam kedai. staff kat dalam kedai pun x leh percaya. orang yang tunjuk kat korang. 'baju ni cantik' n else...jangan dekat dengan mereka ni. beg always jaga k....pegang or peluk beg tu.



Friday, September 30, 2011

exercise

assalamualaikum... :)

mood masih nak update entry walaupun dah penat.
hari ni, kelas dari pagi sampai ke malam. tapi takde la straight.nak ceritanya apa yang jadi penat macam ni.
takde ape. just berjalan kaki dari akasia to campus malam2 with my housemate merangkap as my coursemate.
ada yang muka masam bila dah nak sampai sebab rasa macam nak pitam.
but, still teruskan perjalanan sehingga sampai ke kelas halaqah.
sampai kelas je, kena greeting with friends.

"tahniah, kerana berjaya hadirkan diri ke kelas. "

dalam hati, "perli ke apa."

tapi kan, memang rasa lain la.
time jalan tu , memang dah berpeluh. tup2, masuk kelas je. kelas ber 'aircond'.
memang contra habis. tak tercakap lah time tu.
yelah, dah lama tak jalan pergi kampus..

tapi, best gak. angin malam best sikit.

then, ustaz yang mengajar kami ni cakap, sepatutnya kena ada perbualan dua hala.
so, nak dipendekkan cerita. kena lah present. he said, present in arabic. tak mau english2 ni..kalau boleh kurangkan english. tak adil.

"saya nak kamu semua present dalam arabic. saya rasa macam tak adil pulak student fakulti sains boleh bercakap other language from arabic.yang student Quran Sunnah tu kena cakap arab."

"diorang lain, buku semua in arabic. memang la kena belajar in arabic. kitorang lain."

okeh, mula lah sesi tak-nak-cakap-arab.

then, ustaz cakap. "rugi tau, kalau tak apply bahasa arab. dulu, semua ilmu dalam arab."

kelas jadi senyap balik.

so, my group will present next week about mu'tazilah.

*actually, teringin nak improve my language. in arabic and english...huhu*




Monday, September 26, 2011

::berterusan::

assalamualaikum wbt.... :)


alhamdulillah, hari ni ada 1 kuliah saje. risk theory by Dr. Rose. tu pun sejam je. 
KARSIS pun dah bermula.. KARSIS stand for Karnival Siswa. :D


relax kan diri dengan tengok fresh flower. rasa segar je mata bila tengok bunga ni. :)




tiada cerita menarik yang ingin diceritakan. tetapi, ada sesuatu yang ingin dikongsikan.


pernah satu ketika dahulu, ditanya seorang kawan.


"perkara apa yang kau nak sangat lakukan"


saya pun berfikir. apa yang saya nak ye..


"istiqamah. nak istiqamah dengan apa yang dah aku buat. "


ni pun merupakan salah satu perkara yang nak sangat buat dan konsisten.


nak cerita sikit mengenai istiqamah.
istiqamah ni means kita buat sesuatu perkara tu dengan berterusan. 


contoh 1: solat di awal waktu.
 kadang2, solat kita pun tak konsisten. kejap awal waktu, kejap tengah waktu, kejap di hujung waktu. 
macammana nak solat di awal waktu dan beristiqamah dengan solat di awal waktu..banyak benda yang kita kena lawan. especially nafsu dan sifat malas kita serta hasutan syaitan. right? 


entah lah. kalau diikutkan, bukan saya sorang sahaja menghadapi masalah yang same. majoriti orang di luar sana pun masih fail dalam bab beristiqamah. 


contoh 2: beristiqamah dalam study.
macammana kita nak kekalkan belajar selama 4 jam sehari.. revise satu topik, before and after belajar. 


kadang2, kita senang nak mulakan sesuatu perkara, tetapi susah nak kekalkan.
tapi, ada juga perkara yang susah kita nak mulakan sebab banyak cabaran dan halangan yang kita kena tempuh. 


hmm, saya memang ada konfliks ni. memang payah.
 teringat satu hadis mengenai istiqamah ni.



Daripada Sufyan bin Abdillah radhiyallahu ‘anhu mengatakan,
(maksudnya): “Aku berkata, ‘Wahai Rasulullah, khabarkan kepadaku tentang Islam suatu ucapan yang aku tidak akan bertanya lagi mengenainya kepada seorang pun selainmu.’ Baginda bersabda: Katakanlah, “Aku beriman kepada Allah, kemudian beristiqamahlah!” (Hadis riwayat Muslim)








Saturday, September 24, 2011

mildstone

assalamualaikum wbt. :)


terasa macam banyak input yang dapat from my lecturer dan terasa nak share to reader. dia berceritakan mengenai kehidupan yang kita lalui. but this story is based on my lecturer's experience.


tak nak cerita panjang2, just straight to the story k.. :)


pernah tak kita ditanya kawan kita. contohnya macam ni.


tina: "minah, aku rasa aku tak puas lah."
minah: "kau tak puas dengan ape. ce citer sikit."
tina: "takde lah, aku tak puas lah dengan hidup aku ni. memang lah. semua benda aku dah dapat. kalau anak aku mintak aku belikan kereta, sekarang jugak aku boleh beli dengan cash. tapi, semua tu aku masih rasa macam something."


kalau kita ditanya soalan ni, apa yang patut kita jawab.


maybe ada yang cakap.
"banyakkan ibadat. yela, dah puas kejar dunia.kejar la akhirat pulak."


and maybe ada yang akan menjawab, 
"bertaubat"


jawapannya semuanya betul. takde sape yang salah. akhirat tu, sememangnya kita kena kejar. kena dapatkannya.






tapi disini, nak cerita mengenai mildstone. tau tak ape tu mildstone. mildstone ni macam penanda aras.


contohnya orang yang nak buat business, they will find loan to make it. bila nak buat loan, of course kena buat business plan. 
dalam business plan tu, ada macam2. misi, objektif and else.


business plan yang dibuat tu bukan sahaja diguna untuk dapatkan loan. tapi dia boleh digunakan untuk diri dan company yang dibina.


for example. 
dalam masa 5 tahun, company ni mesti kena ada 25 outlets.


so, 25 outlets tu adalah matlamat company tu in 5 years from now.


matlamat = mildstone.


so, when after 5 years, the company dah ada 25 outlets. so, matlamat / mildstone company tu dah tercapai. then, from this. we can satisfy with our achievement.
get it? 


so, we can apply this analogy in our life.


what is our mildstone?


nak dapatkan 1st class degree?
nak kaya?
nak dapatkan kereta mewah?
nak dapatkan rumah besar?
nak dapat anak ramai?


kalau kereta mewah yang kita inginkan. then, after we get that car. what will we do. rehat sepanjang hidup kita with do nothing?


mestilah tak kan.


so, what is our mildstone? 
jom, kita fikir-fikirkan.... :)


*watak di atas hanyalah rekaan semata2...


*AllahKnowsBest*

Friday, September 23, 2011

cdf = pembelajaran sepanjang hayat

assalamualaikum ...... :D


 bak kata my lecturer, ilmu ni kalau setakat belajar dengan hanya mendengar, kita takkan dapat 100% ilmu tersebut. kalau nak dapat 100%, kita perlu share ilmu yang kita dapat pada orang lain.


so, waktu subject mathematical statistics, yang mengajar kami adalah En. Rosli. pelik jugak, because he said before, this semester, he will continue his study in PhD.but, this semester he  teach us only and try to finish our syllabus before december. he is one of my favourite lecturer... :D


on 1st day he teach us, he just refresh what have we learn before. most of this subject, we have learn in statistics subject.


and as usual, he will story to us. and many story have he share with us. 
rasa macam masa kuliah tu lame sangat sebab banyak sangat story yang dia cerita.


ada satu kisah En Rosli bercerita pada kami dan membuatkan saya berfikir.
betullah, hati kita ni, Allah yang pegang. dan hidayah juga, Allah jua lah yang mampu memberi.


kisah Ali dan Abu.mereka berdua berkawan.
Ali dan Abu mempunyai perangai yang kontra.
Ali agak sosial orangnya sehinggakan tiada maksiat yang dia tak pernah buat.
manakala Abu pula seorang yang baik akhlaknya dan tidak melakukan maksiat, sentiasa solat berjemaah di masjid..sorang hafiz yang menghafal ayat Quran dan hadis.
Abu pernah ditanya oleh Ali.


Ali: "dosa ape yang paling besar kau pernah buat?"
Abu: "dosa paling besar yang pernah aku buat adalah solat di hujung waktu."
Abu bertanya soalan yang sama pada Ali."kau pulak?"
Ali:  "hmm, aku...semua dosa aku buat."


Abu dan Ali meneruskan kehidupan mereka seperti biasa. Abu dengan ibadahnya dan Ali dengan segala maksiatnya.
pada satu hari, Ali berkata pada Abu.


Ali: "aku dah bosan la dengan apa yang aku dah buat ni.aku dah rasa taknak buat dah semua ni."
Abu: "kenapa pulak"
Ali: "yelah, benda yang aku buat ni semuanya dah tak best dah bagi aku."
Abu: "yeke, kalau aku nak try yang kau buat boleh."
Ali: "eh, kau ni. nak cuba pulak,.betul ke.kau nak cuba apa dulu."
Abu: "aku nak try merokok la dulu. nak jugak rasa orang yang merokok ni camne.kalau orang tanya aku, aku boleh jawab."


Ali pun mengajar Abu. pada mulanya Ali batuk2 ketika merokok. kemudiannya, dia terasa seperti berada di awang-awangan pabila merokok.
Ali tidak lagi melakukan maksiat. dia mula untuk belajar solat dan ibadah yang lain.
Abu pula, pelbagai maksiat yang telah dicuba. Ali merasakan Abu telah jauh pergi.


Ali: "Abu, aku rasa kau ni dah jauh pergi.aku nampak kau dah tak macam dulu."
Abu: "yeke. takdelah. aku macam biasa je."
Ali: "macammane dgn hafalan Quran n hadis kau..still ingat lagi tak."
Abu: "ingat tapi tak semua lah."




Kehidupan Abu sekarang sudah berbeza dengan kehidupannya yang dahulu. jika ada orang yang menegurnya, pasti pelbagai hujah yang akan diberikan.


berbeza dengan kehidupan Ali, dia sudah tidak melakukan segala maksiat dan cuba untuk menjauhkan darinya.


hmm, pengajaran di sini. kehidupan kita masih panjang. macam continuous distribution function. akan berterusan...


hati kita tiada siapa mampu duga. Allah boleh tarik balik hidayahNya bila2 masa sahaja.
dengan sebab tu lah, kita hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah, agar pelihara hidayah yang telah diberikan kepada kita. 


*kisah di atas adalah kisah benar tetapi nama watak adalah hanyalah rekaan semata2.