Followers

Thursday, December 23, 2010

::owh, result PMR dah keluar::

salam'alaik..

hari ini diumumkan keputusan PMR 2010 sudah keluar. kenapa nak sibuk dengan result PMR?
kenapa?
sebab adikku aka sera adalah salah seorang candidate PMR tahun ni.

ini dia yang telah ditulis dalam statusnya di facebook.


''apabila kamu telah membulatkan tekadmu,maka bertawakallah kepada Allah s.w.t"..
[surah Ali-Imran: 159]

nampak sangat dia sudah bertawakkal dengan apa jua result nya.
hari ni, aku menemaninya ke sekolahnya untuk mengambil result nya. first time pergi sekolah dia.
teman dia sampai berjumpa dengan guru kelas nya yang memegang result nya.
lulus semuanya. tapi tak seperti yang di target nya. dia dapat kurang.and still tak dapat pecahkan record kakaknya nih..[kakak dia ni takde lah hebat sangat pun]

sera: tak nak sekolah tu lagi.nak tukar sekolah.nak sekolah teknik.tak nak sekolah agama. orang tak terer arab.

aku: kalau tak dapat teknik takpe lah.sekolah je sini. sama je...cuba think positive. sapa kata sekolah dekat sini tak cemerlang result. tengok je kat akak salina (kakak kwn aku aka jiran). lepas dah dia ke rusia. sekolah sini je..


sera: diam...tapi dalam hati dia aku tau dia nak tukar sekolah jugak.

bukak page sekolah, tengok result PMR 2010 punya. boleh tahan.23 orang dapat 9A.kalah la sekolah maahad ahmadi n itqan. tahniah la adik-adik ye...sekolah aku student dia tak ramai sangat.ni kira batch ke-2 candidate PMR. before ni, sekolah aku just ada form 4 and form5 je.

...so, bertalu-talu ucapan tahniah dekat page sekolah aku tu.

akan tetapi...
ada yang menyedihkan.
waktu kem hari tu, ada jumpa junior aku yang sekolah di sekolah aku ni.

ada waktu lapang, sembang dengan dia.

aku: camaner dengan sekolah.ok tak..
ummu: hmm...entahlah kak. lagi teruk kot. mesti time akak dulu best kan.
aku: time akak dulu. akak rasa lagi la best tu. apa yang teruknya.
ummu: memang lah sekolah ni pentingkan kejayaan sekolah. sekolah kita memang berjaya lahirkan insan yang cemerlang dalam akademik.tapi kan kak, dari segi akhlak dah tak terjaga dah.

aku terkejut dengan kata-kata dia. aku dah agak perkara ni pasti akan berlaku kelak setelah aku keluar dari sekolah tu. pabila aku berada di sekolah itu, ku dapat simpulkan bahawa pentadbiran lah yang mencorakkan sekolah itu bagaimana. 'cemerlang akademik dan sahsiah(rohani)' atau 'cemerlang akademik tapi tidak cemerlang sahsiah'...


sekolah inilah yang mengubah diriku sedikit demi sedikit..
pengetua yang kami panggil sebagai tok ayah. warden yang kami panggil abi. sekolah yang mengasingkan pelajar perempuan dan pelajar lelaki. guru yang berdisiplin. pelajar yang berdisiplin.

ingat lagi, masalah disiplin tiada ketika dahulu. paling teruk pun, tidak solat jemaah subuh. denda kena berdiri depan astaka. itu yang paling teruk. tiada istilah couple di sekolah tika itu.hubungan pelajar engan guru amtlah baik sekali.hmm, rindukan suasana nih. 

kalau bercerita mengenai sekolahku ni, mesti sampai seminggu pun tak habis..(:

kepada adikku, sera kalau kau baca entri nih...
ingatlah, PMR bukanlah penentu hidup.
jika kau rasa diri kau tidak berjaya pada kali ini, buktikan yang kau mampu untuk lakukan untuk kali yang seterusnya. tak usah nak merasa rendah diri depan orang lain. believe on urself.
jangan give up.

macam kita belajar kelim karipap dengan mak. aku tengok kau cepat je give up time tu. 
kalau tak jadi kali pertama, cuba kali kedua dan seterusnya. akhirnya, jadi jugak kan kelim karipap tu.
macam tu jugak lah life.
gagal sekali, tak semestinya gagal seumur hidup.

pergantungan kita hanya pada Allah. bukan pada kawan. bukan pada sesiapa..
percaya pada diri. 

*pesan pada diri ni jugak.. tak lama lagi result final sem3 nak keluar. get ready je la..

No comments: