Followers

Thursday, December 30, 2010

~more about her~

assalamualaikum...(:

sekarang ni dah nak habis tahun 2010.
penutupnya dengan kemenangan malaysia dlm football. malaysia vs indonesia. malaysia menang. the rest is history bcoz ramai jugak da update about this.
today, this entry not as usual. 
first, hannan chat me at facebook. she said:
'fadh, bukak blog aku.'
hati mengatakan yang cik hannan ni wrote my name in her blog.
then, i opened her blog and i read. 
betul la, she wrote my name in her blog.
tak banyak pun tapi klakar la.asik duk tergelak je bile bace my part.haha.
hannan, ko nih da buat aku tergelak hari nih.
if u want to know more about her, u can check her blog on ur left side ade name dia.hannan. (hannan, aku promote kau nye blog.cakap macam ramai je yang bace blog aku nih.haha.)
klakar bila bace entry si hannan ni.
kat rumah sewa tuh, saya agak rajin sikit.yeke hannan...ni kau yang cakap.
bukan rajin ape, rajin buat breakfast pagi2. rajin basuh kereta jiey, my housemate.
best dapat main air dengan cik hannan.
jiey, pasni nak basuh keta lagi ye.hehe..
bagi saya, saya ni takde la rajin sangat. disebabkan saya ni tak boleh kalau tak breakfast, so saya la yang buat breakfast. takde la hari2. kekadang je.bagi turn orang lain buat breakfast lak.
hannan, pasni kau pulak yang ganti aku buat breakfast..hehe...
kalau buat kek pagi2 pun ok je.aku suka..hee~
then, hannan ade state pasal nak buat kek hari sabtu nih.kek for my belated birthday.
yea~ade orang buat kek.bestnye...thanks hannan, sayang kau lebih la...
den tak marah kalau den tak dapek markah buek breakfast stiap pagi, janji ekau buek kek tu yo..hee~
ekau buek yo...hehe...
nanti kawen, jangan bagi ekau nyo husband makan megi setiap pagi.sian lak den tengok nt.
bila cik hannan cakap pasal kipas, baru teringat.kipas dekat umah sewa tu rosak. tak betul lagi.
uncle yang betulkan kipas, tolong betulkan kipas cepat ye. kami da lama bersabar dari study week sem lepas lagi. tolong ye uncle..(cakap macam uncle tu dengar je)

hannan, jangan lupa bawak kopok lekor dari ganu..tak kira!
mung da beli kan.hikhik.
cuti nih, abang saya yg 1st balik umah. i called him as didi. takde pkataan abang pun. but, i'm respect him.(:
da citer entry sebelum nih pasal dia. tamau citer lagi.
saya tak beli barang lagi untuk sem depan. esok nak hantar didi balik , baru beli barang tu. same ngan hannan, tamau beli kat nilai.nanti nak beli kain kat nilai 3 with my mom, insyaAllah.
hannan, tengok la ye caner nanti, kalau den boleh balik awal, den balik awal.kalau tak, ekau tunggu yo la kek umah sewa tu...(:

(hmm, agak childish entry nih)

Wednesday, December 29, 2010

Monday, December 27, 2010

::iman tidak boleh diwarisi::

salam'alaik...(:


1st situation


suddenly, i remembered one thing from my past. i asked one sister about her. when i think again about my question, i feel like i just be one of disrespectful person.


kebetulan, waktu tu nampak family kakak itu datang. sedang aku basuh pinggan selepas makan di dewan selera, aku tanya soalan ini pada dia.


me: 'akak, kenapa ye akak tak macam mak akak tu, pakai purdah. family akak pun baik-baik. nape akak tak macam dorang'...

Sunday, December 26, 2010

::ibarat pokok kelapa::

salam...(:
just wanna story lil bit.
yesterday, my 1st brother back home. surprisely, we dunno he will back. my mom surprised by my younger brother. we also surprised it but i just given hint by him. so, i'm not surprised like others.
today, we just have a talk about us. just 'borak-borak'. many news i got from them. miss old moment.childhood time. fighting, play together. now, everyone was grown up. my lil younger brother also grown up and he's also not like kid anymore.


when we just have a talk today, there's a story from my younger brother. my family just a common family. not as good family like my friend's family.jealous with them b'coz have family like that. 
ok, this is my younger brother story...

::change::

*Think about why people would suddenly change. There should be a reason. They all have reasons to do what they do.*

~chAnge for your 0wn g0od sAke~


taqwa

Hadis:-


"suatu ketika sahabat Umar r.a bertanya kepada Ubay bin Kaab apakah taqwa itu? Dia menjawab, "Pernahkah kamu melalui jalan berduri?" Umar menjawab, "Pernah" Ubay menyambung, Lalu apa yang kamu lakukan?" Umar menjawab,"Aku berhati-hati, waspada dan penuh keseriusan."Maka Ubay berkata;"Maka demikian pulalah taqwa."


taqwa -> lahir dari ketakutan terhadap Allah s.w.t...(aku check diri balik)
          -> amar ma'ruf nahi munkar..(aku buat ke...)


ketika sakaratul maut, orang yang bertaqwa akan memikirkan adakah Allah redha dengannya.
(adakah aku akan mati dalam keadaan begini??)



Friday, December 24, 2010

Rama2 dan Wanita_Dr HM Tuah

Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.

Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda,warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.

:: tag lagi::

salam...(:


blog walking jap tadi and at last open one entry about tag. and she said who follow her blog or be one of her follower, she/he should answer this tag.  this is her blog. ida fisa




RULE :

once you have been tagged,
you are supposed to write a note with 25 random,
things, facts or goal about you.
at the end, choose 25 people to be tagged.
you have to tagged the person who tagged you.
if i tag you, its because i want to know more about you (:

1. my real name is Nurfadhilah Ismail. bermaksud cahaya kemuliaan/kelebihan..dikenali sebagai fadh di kalangan rakan2.in my family, kakak. and i more prefer if people call my full name..ada makna..(:

2. seorang hamba Allah yang masih mencari cintaNya.

3. Alquran is everything for me. one of my remedy if anything happen to me.

4. love my family. 
5. suka kaitkan diri dengan lavender. for example in my facebook.lavender amethyst. amethyst is one of batu permata yang bewarna purple.

6. suka akan colour purple. kalau colour macam pelangi pun suka jugak...nice..(:

7. suka tengok bintang, laut, sawah padi, air terjun...natural. suka sangat-sangat tengok bintang.

8. seorang yang suka lasak. 

9. i'm independent. my mom senang nak lepaskan anaknya ini compared dengan anak perempuannya yang lagi satu. tapi, kerisauan tu tetap ada di hati seorang ibu kalau lepaskan anak perempuan ke mana-mana.

10. tak boleh kalau takde alquran ditangan. rasa macam something wrong.

11. macam orang lain. nobody perfect.same with me. banyak lagi yang kena belajar sepanjang dalam kehidupan ini. masih lagi bertatih dan minta tunjuk ajar. 

12. baru tau yang diri ni senang nak belajar benda baru yang tak pernah buat. ingat time sekolah dulu, cat koperasi. kena tegur dengan cikgu.'
fadhilah, kamu ni dah biasa cat dinding eyh.' 
padahal, itulah 1st time cat dinding.

13. sangat sayang akan sekolah. SMA Sains Kuala Pilah. sukakan suasana sekolah. susah nak jumpa lagi.

14. suka tengok ragam orang. perhatikan gelagat orang.

15. orang kata saya seorang yang baik. tapi saya tak rasa diri saya ni baik.

16. kawan-kawan kata kadang-kadang saya suka buat lawak.

17. actually, seorang yang pendiam. susah nak bercakap dengan orang. my brother said. dulu saya ni bisu.saya ingatkan saya ni bisu betul-betul.rupa2 nya maksudnya orang yang senyap. when i said to my friends, sebenarnya aku ni pendiam. semua orang akan gelak. tak tau nape.

18. talkative kot. but, after this i want to speak less. belajar dari pengalaman.

19. seorang yang agak memberontak. but, tengah usaha supaya tiada perasaan itu dalam diri ni.

20. mudah tersentuh. means menangis. suka nangis sorang-sorang. tak suka orang tengok.

21. tak suka share problem dengan orang lain. suka simpan. suka share dengan Dia. Dia lebih tahu and tenang after share the problem with Him.

22. my friend said, saya seorang yang peramah. abis semua orang nak tegur.

23.tak suka orang cakap lebih tapi tak buat apa yang dia cakap. cukup tak suka. *Asif*

24. suka akan novel hasil karya hlovate. thanks to Afiqah Sharudin yang mengenalkan penulis ni. suka akan kata-kata dia dalam novelnya. memberi semangat pada saya juga. 

25. suka travel tapi tak suka shopping. kalau nak travel, pasti ada halangan. cuba untuk meninggalkan perkara-perkara yang tak penting dalam hidup. perkara yang paling susah untuk buat. perlukan kekuatan. 


orang yang kena tag..


my lil sis....sera nyoot2 :)

*AllahKnowsBest*


buku oh buku

Thursday, December 23, 2010

::owh, result PMR dah keluar::

salam'alaik..

hari ini diumumkan keputusan PMR 2010 sudah keluar. kenapa nak sibuk dengan result PMR?
kenapa?
sebab adikku aka sera adalah salah seorang candidate PMR tahun ni.

ini dia yang telah ditulis dalam statusnya di facebook.


''apabila kamu telah membulatkan tekadmu,maka bertawakallah kepada Allah s.w.t"..
[surah Ali-Imran: 159]

nampak sangat dia sudah bertawakkal dengan apa jua result nya.
hari ni, aku menemaninya ke sekolahnya untuk mengambil result nya. first time pergi sekolah dia.
teman dia sampai berjumpa dengan guru kelas nya yang memegang result nya.
lulus semuanya. tapi tak seperti yang di target nya. dia dapat kurang.and still tak dapat pecahkan record kakaknya nih..[kakak dia ni takde lah hebat sangat pun]

Wednesday, December 22, 2010

::wanna half-full??::

got message from ukhti zaharah,


wahai mujahidah islam, sedarlah tujuan utama hidup kita adalah untuk mencari keredhaan Allah s.w.t.
jadikanlah 'daulah islamiyah' sebagai tempat kita untuk mentarbiyah diri untuk menuju ke akhirat. 
jangan sesekali kita leka dengan dunia yang penuh dengan kegundahan.
Kelak akan menjerumuskan diri kita ke arah kebinasaan..na'uzubillah...
Bangun untuk memperjuangkan agama Allah.


memikirkan apa yang patut aku buat pada keesokan harinya.
dont want to do the same thing...
give me spirit...

Tuesday, December 21, 2010

Orang yang terasing




 "Islam datang dalam keadaan asing dan akan kembali pula dalam keadaan asing, maka berbahagialah orang-orang dikatakan asing" 


really wanna be someone who called as 'terasing'

Monday, December 20, 2010

::life...death::

life___________________________________________________death
                                                                              
garisan ni yang pisahkan kita.garisan tu je yang pisahkan kita.Dan doa tu penghubung paling kuat.


And we have to live on.hilang somebody dalam hidup bukan alasan untuk kita pun stop living.live with a happy life.


things're easier said than done.but it is a reality. 
we must face it no matter what happen.
life must be go on.


**************************************************************************************


teringat akan pepatah arab yang diberi oleh ustaz izuan.


"لو كان حياة حلوة, فما خرجنا من بطن امهاتنا نبكى"
"kalau kehidupan ni manis, maka tidaklah kita keluar dari perut ibu dengan keadaan menangis."


and bila kita da takde di dunia ni, orang sekeliling kita yang still hidup pula yang menangis..


Sunday, December 19, 2010

::two in one::

first


today, my neighbour call my mom..she told my mom, she got sick. so, on this evening, my mom went to her house.then, my mom back home with something.


 me : "mak bawak ape tuh"
my mom: "ni hah. acik saemah bg mak barang.mintak tolong masakkan. acik saemah demam. tak larat nak masak."
me: owhh, ok.


after masak, 
my mom said: 'adik, tolong hantarkan lauk ni kt umah acik saemah.'
adik: ok.


umah acik saemah ni selang 4 buah rumah dari rumah kami.


just wanna say..
nowadays this thing is very seldom to us.
kalau di bandar, susah nak jumpa macam ni bcoz masing2 buat hal sendiri.maybe jiran sebelah pun kita tak kenal siapa dia.


tapi...
di rumah sewa, kalau kami ada masak pape n rasa ade lebih, kami akan beri pada jiran sebelah.jiran sebelah kami pun student jugak.if anything happen, we always remind to each others..(:


*teringat mv lagu the chosen one by maher zain.part last sekali.kalau nak tau part last sekali tu, boleh la lihat mv the chosen one.*


******************************************************************


second    ......

dunia



Umar AlKhattab pernah melihat nabi berbaring di atas tikar yang kasar dan dia menangis disebabkan perkara itu. Apabila nabi bertanya mengapa dia menangis, Umar menjawab:

"Wahai utusan Allah, ketika raja-raja tidur di atas tilam yang empuk engkau berbaring di atas tikar yang kasar. Engkau adalah utusan Allah, layak mendapat hidup yang selesa berbanding orang lain."

dengan lembut nabi menjawab:

"Tidakkah engkau setuju, dunia adalah milik mereka dan kemewahan akhirat adalah milik kita."

Kemudian nabi mengumpamakan hidup di dunia ini seperti 'orang yang memasukkan jari telunjuknya ke dalam laut, lihatlah apa yang ia dapat'....



resource: reflect

Saturday, December 18, 2010

yang mana satu?

yang mana satu kita?
adakah yang ini?
golongan pertama.


"Bukankah ayat2-Ku telah dibacakan kepadamu, tetapi kamu selalu mendustakannya?"
"Mereka berkata, "Ya Tuhan kami, kami telah dikuasai oleh kejahatan kami, dan kami adalah orang-orang yang sesat."
"Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami darinya( kembalikanlah kami ke dunia), jika kami masih juga kembali (kepada kekafiran), sungguh, kami adalah orang yang zalim."
Dia(Allah) berfirman, "Tinggallah dengan hina di dalamnya, dan janganlah kamu berbicara dengan Aku."
(surah al-Mu'minun: 105-108)


atau yang ini?
golongan kedua.


"Sungguh ada segolongan dari hamba-hamba-Ku berdoa, "Ya Tuhan kami, kami telah beriman, maka ampunilah kami dan berilah kami rahmat, Engkau adalah pemberi rahmat yang terbaik."
"Lalu kamu jadikan mereka buah ejekan, sehingga kamu lupa mengingat Aku, dan kamu (selalu) mentertawakan mereka."
"sungguh pada hari ini Aku memberi balasan kepada mereka, kerana kesabaran mereka; sungguh mereka itulah orang-orang yang memperoleh kemenangan."
(surah al-Mu'minun: 109-111)


aku renung kembali pabila lihat ayat2 ini. agak-agaknya, aku golongan yang mana...
kamu golongan yang mana...
mereka-mereka golongan yang mana...


renung2kan kembali.


teringat akan kata2 salah seorang sahabat.
'fadhilah, awak sorang yang friendly. satu hari nanti, fadhilah janganlah pandang negative dekat orang yang nak berubah. orang yang pakai tudung pendek.even yang free hair. kadangkala dengan pandangan negative kita tu, membuatkan kita semua tak mampu untuk berubah seperti ape yang kami inginkan.'


......

Rapuh~

Opick - Rapuh 
detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertakhta


detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu


ya Allah, jangan biarkanku tersungkur lagi.
ya Allah, aku ingin mencintaiMu.
hanyalah padaMu.
kuatkan diriku ini dengan Engkau.
jauhkan dunia dariku.
aku taknak terikat dengan dunia.
bantulah hambaMu ni.
terkadang diriku alpa dengan dunia.
Ampunilah aku...T.T


sesungguhnya, aku hanya insan yang lemah.

surat cinta seorang pemuda

tertarik dengan entri yang di post oleh sorang blogger.
entri ni daripada blog al-farisi

surat daripada seorang pemuda yang ingin diberikan kepada Hasan al-banna.

Pernahkah kalian dengar tentang surat yang ditulis oleh seorang  ahli ikhwanul muslimin kepada imam Hasan Al-Banna??
lelaki ini merasa sedih dengan keadaan hatinya yang terpisah antara kewajipan dan realiti,antara akal dan hati,dan antara ilmu dengan amalnya.Lalu dia menanyakan kepada Imam Hasan Al-Banna tentang penawar kepada masalah ini.Terlebih dahulu dia menerangkan keadaan hatinya.Pemuda ini telah mengirim surat ini berpuluh-puluh tahun yang lalu,tetapi ia seakan-akan memaparkan keadaan hati saya dan hati orang lain kebanyakannya.

Suratnya berbunyi begini....

Assalamualaikum warahmatullahi  wabarakatuh,
     Apakah anda pernah mendengar tentang lelaki tanpa hati? Maaf jika hati yang dimaksudkan adalah salah satu anggota tubuh dari daging yang bewarna merah,yang manarik dan melepaskan darahnya,tentu sahaja lelaki itu memilikinya. Yang dengannya dia dapat hidup dan menjalani kehidupannya.Akan tetapi hati yang bersemangat,kuat dan hidup,sayang sekali dia tidak memilikinya.
    Dia mengetahui kebaikan meskipun kecil,dia juga mengetahui tempat-tempat keburukan meskipun samar-samar.
Seringkali dia merasa benar jika membaca perilaku seseorang dari wajahnya dan dia juga dapat memberi isyarat akan hal itu. Akan tetapi,dia tidak memiliki hati.Jika bertemu dengan teman lamanya yang sudah tidak bersua,dia menyalaminya dangan menggemgam tanagannya dengan kuat,bahkan memeluknya.Namun hatinya tetap beku,sama sekali tidak terpengaruh.Dia memberi nasihat kepada orang lain, "Jadilah kalian begini dan jadilah kalian begitu", serta menyebutkan pelbagai dalil dan alasan, namun hatinya semakin keras dan tidak terpengaruh.
     Dia tersenyum kala menerima berita gembira.Dia juga mengerutkan dahi saat menerima berita duka.Akan tetapi,kegembiraannya dan kesedihannya hanyalah reaksi yang dialami.sedangkan hatinya tetap diam dan tidak bergoncang.
     Dia menyatakan cinta dan benci kapda seseorang.Ketika melihat hatinya,hatinya tetap diam tanpa memberi penjelasan.
     Dia berdiri menunaikan solat dan berusaha khusyuk,membaca Al-Quran dan berusaha menumpukan perhatiannya.Ketika menunaikan solat,membaca bacaan solat dengan nada-nadanya,orang-orang pun berkata, "Dia jenis orang yang khusyuk".Akan tetapi ketika meraba hatinya, dia mendapati hatinya kaku dan  tidak khusyuk,walaupun memahami apa yang dibaca.
     Ini adalah gambaran yang sebenarnya terjadi pada hati lelaki tersebut.Saya tidak melebu melebih-lebihkan atau menguranginya.Menurut anda ,apakah anda dapat menyatakan bahawa hatinya sama seperti hati orang-orang pada umumnya?
    Saya dianugerahi akal,tetapi hati saya hilang.Saya merasakan fikiran saya menyala-nyala,bekerja,hidup dan menunjukkan kedudukannya.Akan tetapi ,ketika saya ingin merasakan hal itu pada hati saya,sama sekali tidak menemukannya.Saat ini ,anda telah mendengar tentang seorang lelaki yang tidak memiliki hati.
     Dia adalah seorang pemuda yang  membai'at anda dan anda mengambil sumpah setia darinya.Adakah anda rela jika seorang tentera anda hidup tanpa hati ?adakah anda dapat membantu menghidupkan hatinya agar tergerak dan merasakan apa yang diucapkan oleh lisannya.
     Ini adalah seorang penyakit tentera anda yang akan membuat anda rasa sedih jika mengetahuinya.Oleh kerana itu,saya akan membuat anda rasa sedih jika mengetahuinya.Oleh kerana itu saya tidak menyebutkan namanya.Hingga saya memberitahu anda kesembuhannya.
  Wassamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hmmm...saya pasti surat ini mewakili hati-hati kebanyakan manusia sekaliannya.Betul?Anda yang membaca bagaimana? Adakah kita merasakan hal yang sama.Surat ini menyedarkan saya bahawa kita sedang mengalami penyakit hati.Penyaki yang mana lebih parah dari kanser atau HIV AIDS.Penyakit ini akan perlahan-perlahan meresapi hati kita saat demi saat,setiap minit dan merebak sepanjang kehidupan kita.

kemudian, Hasan al-Banna membalas surat pemuda ini.

Friday, December 17, 2010

thabat di jalanNya

salam...(:


1st skali, maybe ade yang tatau ape itu thabat.before this, i also dunno what means by thabat.
what i understand, thabat means kekal if dari segi bahasanya.


nak thabat di jalanNya bukanlah mudah seperti ape yang disangkakan.
diri ni sendiri pada awalnya agak susah nak kekal di jalanNya.
thabat dengan dakwah.
untuk thabat di jalan dakwah, perlukan pengorbanan yang banyak.
dakwah untuk diri sendiri, family, friends, masyarakat.


sekarang da duduk dalam kalangan akhawat yang saling membantu dalam meneruskan perjuangan atas dasar dakwah.tapi, adakah aku dapat melakukannya.


cari Allah...
cari dalam hati tu.dekatkan diri dengan Allah.
sama-sama berubah ke arah yang lebih baik.demi mencari redhaNya.
matlamat --> ingin menuju ke syurga.
nak kan syurga, perlukan pengorbanan.
perlu melawan arus dunia yang umpama tsunami.fight!
lepaskan diri dari ikatan dunia ni.


manisnya ukhuwah yang berlandaskan Allah.
sama-sama mencari redhaNya.
syukran ya akhawat sekalian.
kerana kalian, diri ni mampu untuk meneruskan perjuangan bersama.
*******************************************************************

::sick::

sakit ke..
camne boleh sakit..
just wanna say,
sy jatuh di bilik air.T.T
sakit.menjerit panggil my mom..cried...
my mom ingt tgn patah bcoz tgn terangkat sedikit.
tak lah mak.tangan tak patah. dun worry.
tapi, itu lah mak. risau tetap risau.
camaner boleh jatuh kak...
just diam je la.da sakit.
my mom urut.
esoknye urut lg.
but,
pabila nak solat, mengalami kesakitan di perut.
susah untuk sujud.
cry again time solat.asik nangis je...
cry depan my mom lagi.
mak, sakit lagi.nak g hospital..
then, malam tadi pegi urut lagi dekat acik rahmah.
mak kata ni masuk angin.
ade kesakitan sedikit bila urut di perut.
terasa macam orang after bersalin yang nak berurut bcoz acik rahmah said kena betulkan sedikit kat sistem peranakan tu.huhu..betul ke..
time jatuh tu, badan agak terhentak sedikit.
time tu, Allah saje yang tau.kalu orang yang baru lepas bersalin, lagi kuat dibuat nya.takutnye...
time urut tu, my mom n acik rahmah asik bercerita je.
anak nye ni menahan kesakitan.
but, on this morning.get better than yesterday.solat subuh pun, alhamdulillah ok sedikit.


bila diri diuji oleh Allah.
sihat sebelum sakit.
macam2 lah akak ni.[mak muka risau lagi]
doakan agar diri ni sihat seperti sediakala. amiin...


*owh, ada assignment from my mas'ulah.
ringkasan mengenai akhlak.
hafalkan surah an-naba', al-Qalam, an-nazi'at.

Thursday, December 16, 2010

::tagging by hannan::

salam...(:
erm, tak pasal2 kena tag dengan cik hannan...baiklah, saya akan jawab ye...


apa benda paling penting dalam hidup korang?
benda kan...erm,laptop maybe..everything in my life..


benda yg terakhir korang beli guna duit korang?
makanan.jagung bertih eh orang panggil.beli time tunggu adik jemput after abis Kem Remaja Muslim.


di mana tempat korang langsungkn perkahwinan korang?
belum kawen lagi la cik hannan.maybe di rumah parent je.tak payah nak grand2.


adakah korang sedang bercinta sekarang?
tidak.


berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
until death.nope.kalau boleh until syurga...


di mana korang selalu jumpa kekasih korang?
not sure coz tader kekasih.


novel/buku/majalah terakhir korang beli?
majalah i-islam.cover maher zain.hehe...


apakah nama penuh korang?
dah tau kan.maleh nak gtaw lagi.


antara mak n ayah mana paling rapat?
mak coz ayah jarang jumpa.


namakan org betul2 korang nak jumpa dalam hidup korang?
Rasulullah tapi mustahil coz Rasulullah da wafat.yang lain, maybe my schoolmate from sek rendah until sek menengah.


adakah korang basuh baju korang sendiri?
of course.i'm independent....hehe


tempat yg betul-betul korang nak pergi?
dulu2, teringin nak pegi adelaide, australia...hehe.others, venice....sume luar negara punye tempat.haha


pilih salah satu, peluk atau ciuman?
haha.soalan apekah ini? rahsia....


bagitau 3 benda orang yang bagi kamu tag
sorang yang sensitif, i guess.manja, sangat sayang akan kawannya yg bernama deebot.nak tambah lagi.sangat suka akan korea.wink~


benda yang paling disayangi dalam hidup korang
erm, not sure.maybe benda yg dibeli hasil dari duit sendiri.


lagu yang paling korang suka dengar?
lagu by raihan.mengemis kasih...


bila tarikh lahir korang dan tempat selalu korang sambut?
da lepas.6 Disember 1990.selalunye tarikh ni sume orang tengah cuti.so, sambut kat rumah je.kdg2 tak sambut.tahun lepas je kat usim coz ade LSP.itupun, ramai yg tak ingat my birthday...sedih ckit la..


list 5 org kene tag
erm,hajar fm,atiqasyahira, siska, laili, nakemah...


sorry guys...if u all nak buat, dipersilakan.taknak taper..tak kisah..(:

Wednesday, December 15, 2010

Kem Remaja Muslim

salam....(:
da lame tak update this blog.

this entry given as Kem Remaja Muslim.

Kem Remaja Muslim
Location: D'Kok Eco Camp, Kg Talang, Kuala Pilah.
Date: 11-13 Disember 2010.

diri ni telah diberi amanah agar menjadi salah seorang fasilitator for this camp. excited bila dapat tau jd fasilitator.before this, pernah jadi fasi but just indoor program.kerja pun tak banyak.very different with this program..what the difference?nanti, akan diceritakan...(:




Monday, December 6, 2010

sanah helwah..(;

salam'alaik....

sanah helwah untuk sape nih...
arini 6/12/2010...owh, my birthday...
da masuk 20 da...
syukur alhamdulillah, masih diberi peluang untuk hidup until now.



ingt lagi time kecik2 dulu penah tanye mak..
"mak, nape akak lahir bulan 12..."[huhu, soalan apekah ini]
mak jawab: da akak nak kuar bulan 12,...
mak citer: ramai2 adik beradik dlm rumah ni, akak la yang paling senang keluar.sebab ringan.berat pun 2 kilo je pun. plus, time lahir dulu.hospital tampin tengah dlm renovate.akak da x sabar nak keluar.mak terpaksa tahan dulu.orang yang dalam labour room tu tak kuar lagi anak dia tapi akak da nak keluar da dekat luar ni...haha..
nak buat camaner mak, akak da x sabar nak tengok dunia...
den lahir time petang.same ngan abg den yg 2nd..orang cakap, sape lahir time petang, orang nye degil.
erm, kekadang tefikir jugak.
degil ke...
maybe la...dulu2 degil la.tak dengar cakap orang.sampai mak da tak tau nak buat camaner lg dengan anak dia nih.(teruknya)
tapi, sekarang, alhamdulillah...akak da tak degil da.akak dengar cakap sekarang ni...mak pun da tak banyak soal dah.tapi, problem dengan sera pulak.mak bising kat dia je...akak dia ni pun da penat jugak.nasiblah dapat adik macam sera nih...

owh, for today...nothing special.tak mintak pun ape2 drpd anyone..
but, i hope...i wanna see sawah padi la...last week, otw balik umah lalu tanjong ipoh kt kuala pilah.nmpak sawah...nak duduk kat tengah2 sawah tu..agak2 boleh x..
then, nak g Jeram Toi lagi..aritu tak puas sbb sibuk memikirkan dengan exam...
eyh, still ade request gak nih...
thanks a lot for those yg wish my birthday on facebook and text me...terharu...

till then~

Friday, December 3, 2010

::pilihlah::

susah sgt ke nak berubah?


berubah jadi baik or sebaliknya.
nak syurga atau neraka.


takde yang tengah-tengah.
keputusan semua ada ditangan kita.
pilihlah.
mane yang baik untuk kita.
di dunia atau akhirat.


terkadang, diri kita tak sedar, sebenarnya ada perubahan dalam diri. kita tak sedar, tapi orang sekeliling kita yang sedar akan perubahan kita. kenapa? 


ada yang sedar, yang kita ni da berubah whether jadi lebih baik atau tidak.
terkadang, diri kita sendiri yang menyedarinya..
alangkah indahnya jika kita mampu mengubahnya menjadi lebih baik.
alangkah indahnya, jika mendapat hidayah Allah.
rasa manisnya bersama dengan Allah tika duka dan duka.
rasa nak menangis bila doa dimakbulkan.


*hati rase serba salah...)=
*maafkan diri ni...
*abis suda final sem 3...