Followers

Friday, June 11, 2010

*MEnAngisLAH...*


Dunia ini dimulai dengan tangis, dicelahi oleh tangis dan diakhiri dengan tangis. menangis adakalanya dituntut oleh syariat. Abid yang menyintai Tuhan akan slalu menangis mengenang akan dosanya. mereka memaksa diri menangis apabila mengenang nasib diri di hari akhirat dan membayangkan huru hara pabila menjelang kiamat. dalam hal ini menangis adalah dituntut. setitis airmata yang jatuh kerana takutkan Allah akan dapat memadamkan api neraka di hari akhirat kelak. dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda bahawa air mata dari tangisan pembuat dosa yang bertaaubat adalah lebih disukai Allah dari tasbih para wali.

Rasulullah saw juga ada bersabda: "kejahatan yang dibuat lalu menimbulkan rasa sedih adalah lebih baik dari kebaikan yang menimbulkan rasa takbur."

Anas r.a berkata: pada suatu hari Rasulullah s.a.w berkhutbah, lalu baginda bersabda dalam khutbahnya itu: "Andaikan kamu mengetahui sabagaimana yang aku ketahui, nescaya sedikit ketawa dan banyak menangis."Anas r.a berkata: seketika itu para sahabat menutup muka masing2 sambil menangis teresak-esak.







Hari ini manusia terus menangis dan menangis, tetapi tangisan merea amat jauh bezanya dengan tangisan para Nabi, Rasul dan sahabat. jika org soleh zaman dahulu menangis kerana mengenang nasibnya diakhirat tetapi orang hari ini menangis kerana takut kehilangan dunia. tangisan ini datangnya dari sifat tamak dan tidak redha. kalau orang soleh takut berpisah dengan iman dan kecintaannya pada Allah, orang hari ini takut berpisah dengan dosa dan maksiat. jika para nabi dan Rasul serta para sahabat takut menghadapi hari akhirat, orang hari ini seolah-olah berani dan tidak takut menghadapinya.tetapi bila orang soleh berani menghadapi gelombang hidup duniawi, orang hari ini takut dan lemah hati dalam menghadapi kegagalan dan kekecewaan dalam hidup.

Menangis dan menangislah tapi biarlah kena pada tempatnya yang dibolehkan oleh agama.

Apa akan jadi jika kita gagal di akhirat???

inilah sebenarnya kegagalan yang total...jadi,kalu perkara ini yg kita tangiskn, mmg kenalah pd tmptnya.

Abu Hummah(Shadujja) bin Adilan Albahily r.a berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda:" tiada suatu yg lebih disukai oleh Allah dari dua titis dan dua bekas.titisan airmata kerana takutkan Allah dan titisan darah dalam mempertahankan agama Allah.Adapun dua bekas adalah bekas dalam perjuangan fisabilillah dan bekas perjuangan kewajipan kepada Allah."[riwayat at-tarmizi]






*hari ini ku banyak ketawa drpd menangis mengenangkan dosa-dosaku yg telah ku lakukn...Ya Allah,ampunkan hambaMu yang kerdil lagi hina ini...

No comments: