Followers

Tuesday, August 22, 2017

hiking

Bismillah...

long time no see you, blog.

entry ni sekadar nak berkongsi my favourite thing which is hiking.
first hiking, adalah gunung datuk waktu zaman sekolah dulu. time tu tak sampai atas puncak sebab takut tengok tangga yang agak cerun tu.

tahun ni, hiking semula ke gunung datuk with my cousin, sakinah. boleh panggil kinah atau nah.
sebelum hiking ke gunung datuk, cousin yang lain dah hiking dah. banyak tempat, kita je yang tertinggal. for your information, before hiking gunung datuk, my cousins dah hiking ke bukit tabur, dan yang lain tak ingat. yang best nya, kami dapat supprt daripada mak sedara, pak sedara semua. walau pada mulanya ada yang bantah la bila nak hiking. but, its normal la tu. for our safety.

sooo, first hiking for this year is gunung datuk. balik kampung tidur rumah makteh which is mak sakinah. esoknya, hiking berdua sebab cousin yang lain tak available.

for the first ten minutes hiking, saya dah ajak kinah untuk turun semula. sebab dah tak larat. hahaa.
but the, she said, "serious laaa"
after that, we just continue until to the top.
mental la jugak. disebabkan dah lama tak hiking, badan tak berapa nak fit sangat. asyik ajak kinah rest. bila rest bukan sekejap. hahaa. at last, dapat lah sampai puncak walau terlebih masa sebab banyak rest punya pasal.

muka penat. bila entah nak sampai atas. 

rest dulu. kinah steady je sebab dah banyak hiking sebelum ni. den ni yo yang mongah.
pemandangan dari puncak gunung datuk. 

finally!!! 




for the second hiking, ni takde lah nak hiking sangat. naik batu putih, port dickson. pada mulanya nak naik gunung datuk lagi, tapi sebab pagi tu dah hujan and makteh pun tak izinkan hiking gunung datuk, so wedice to change the place. so, the place is batu putih. dekat dengan tanjung tuan. pergi weekdays, tak ramai orang. tu yang best. trek nak ke batu putih is easy. tak susah dan tak tinggi. but the view is beautiful. subhanallah.







kali ketiga hiking, naik gunung datuk lagi. dengan cousin jugak. cuma kalini ada fatini. anak induk.
time ni, hiking waktu weekend. so, ramai orang. nak dijadikan cerita, ada sorang hiker ni takde kaki. sebab tu waktu nak hiking ramai sungguh orang. nak naik puncak tu, duk beratur ramai2 tunggu turn.


kali keempat hiking, naik gunung datuk jugak. hahaaa. lupa nak inform, gunung datuk ni dekat je dengan kampung kami. kali ni hiking diberi nama 'hiking raya' . naik waktu raya ke lapan kalau tak silap. kali ni ada 5 orang yang join. kinah, zarief, fatini, nabilah and me.

yang ni, kita ada buat video.
boleh tengok dekat sini.

klik -> Hiking Raya Gunung Datuk Ghombau

yang ni hiking bukit broga.
first time hiking, trek lama which is easy. tapi, tak sampai ke puncak. taktau pun ade puncak bukit ni.
second time naik, tengok dah ada laluan baru. agak mencabar sikit. tapi, still ok la.

with housemate.





Tuesday, April 11, 2017

5 bulan 1 hari








ayah garang. sebenarnya takdelah sangat bila difikirkan balik.
ayah orangnya tak banyak bercakap sangat dengan anak-anak.
aku percaya, bukan aku sorang je dapat ayah macam ni.
tapi, bila ayah dah bercakap, benda tu memang penting sangat.

ingat lagi,
waktu zaman sekolah rendah,
kami adik beradik cukup takut dengan ayah.
contohnya bila hal di dapur,
bila nak tengah hari je, aku tak boleh duduk senang lenang dekat depan tv atau kat mana je lah.
mesti kena ke dapur, tolong mak masak.
kalau tak tolong, boleh nampak ayah pandang lain macam je dekat aku.
itu pandangan suruh pergi tolong mak dekat dapur.
hasilnya, masakan yang boleh dibanggakan waktu sekolah rendah adalah ikan masak asam pedas. ok lah tu kan.

pernah sekali,
ayah tegur kami adik beradik,

"hangpa ingat mak hang orang gaji ka? pinggan sendiri tak reti nak basuh. ada pulak kuli yang nak pi basuh pinggan hangpa tu"

lepas kena tegur tu, lepas makan je kami terus pi basuh pinggan sendiri. takdak dah orang lain basuh.

kadang tu, bila ayah balik dari menjala ke, mancing ke, aku kena panggil.

"kak, pi siang ikan tu."
 kadang tu ada ikan sembilang, ikan putih, macam2 ikan lah.
ayah duduk tepi, tengok aku siang ikan.
kalau salah, ayah ajar cara siang ikan yang betul.

takdelah macam adik beradik lelaki aku yang lain,
depa berdiri keliling tengok aku siang ikan,
lepas tu cakap, "macammana kau siang ikan ni kak?"
depa ni memang kecoh je. tapi jadi penyeri lah jugak kat rumah tu.

bila dah besar ni, takde dah macam dulu.
phone ayah takde whatsapp.
aku selalu dapat gambar dari no phone sape tah. mungkin kawan ayah.
gambar muka ayah happy dapat ikan.
kadang, gambar ayah berkebun pun ada.
muka semuanya happy.

maafkan akak, ayah.